BAB 45

7.3K 232 4
                                    

*Sorry terdelete tadi gais. Ada masalah dengan chapter ni. Tak tau pasaipa tak load dengan yang dah save dalam draft. Enjoy!*

Ainal menyedut jus tembikai yang baru sahaja tiba di mejanya beberapa saat yang lalu. Wajah Damian dijelingnya geram. Damian tersenyum kemenangan memandang wajah Ainal yang mencuka itu.

"Yes, Ainal?" Damian menopang dagunya. Ainal mendengus perlahan.

"You ni memang suka ugut orang kan?"

Damian tertawa kecil. Tahulah dia bahawa Ainal masih marah akan dirinya. Setengah jam yang lepas, dia telah pun mengugut Ainal agar mengikutnya lunch. Kalau Ainal menolak, dia takkan membantu Ainal dalam menguruskan projek tender antara syarikat antarabangsa yang diarahkan oleh Dato' Azamuddin kepada gadis itu.

"Apa? Kalau you tak nak I tolong you, you boleh je tolak kan?"

Ainal memutarkan bola matanya. Pandai betul si mat saleh celup ini memutar belitkan ceritanya. "Terpaksa okay. Terpaksa. Kak Liyana dah lah tengah cuti."

Disebabkan itulah, Dato' Azamuddin memintanya menguruskan projek besar ini atas sebab Liyana harus pulang ke kampung halamannya. Ada kecemasan.

"Ohh... baru I perasan something." Damian mengecilkan matanya. Ainal pula mengerutkan dahinya kepelikan.

"Apa?"

"You ni. Kalau dengan Liyana, you boleh pulak panggil dia kakak. Kalau dengan I, amboi... tak ada pun dengar panggilan macam tu."

"Habis you nak I panggil you apa?"

"Panggil abang. Ataupun sayang pun boleh." Damian tersenyum senget. Membulat mata Ainal.

"Abang?! Ewww, geli anak tekak I ni nak panggil you macam tu. You tu dah lah bos I. Ada ke patut I panggil macam tu?" Ainal membuat aksi ingin muntah. Damian tergelak besar.

"Eleh, geli konon. Macam suka je tu." Usik Damian lagi. Ainal mengeluh kecil. Rasa nak cekik je si mat saleh celup ni. Suka betul dia kacau Ainal.

"Tak ada maknanya."

Mereka berbual dan menikmati lunch sejurus pesanan makanan mereka tiba. Sesekali diselangi dengan usikan gedik Damian.

-------------

"Bro, kau nak apa ni?" Tepukan di bahu mengejutkan Harraz. Dia berpaling ke arah temannya yang sedang memesan minuman jus di kiosk Cool Blog.

"Apa?"

Shauqi mengeluh perlahan. Boleh pula si Harraz ni blur. Awek Cool Blog ni dah lama tunggu dah ni nak ambil pesanan.

"Kau nak flavour apa ni?" Soal Shauqi sekali lagi. Harraz senyum kecil lalu menggeleng.

"Tak apalah. Tak haus."

Shauqi mengangguk dan menggamit Harraz duduk di meja yang tidak jauh dari kaunter. Wajah Harraz yang berubah kelam itu dipandang Shauqi. Pelik. Tadi mood okay, sekarang ni macam dah ke laut aje.

"Kau okay tak ni?"

Harraz mengangguk cuma. Shauqi rasa tidak puas hati dengan jawapannya. Dia memeluk tubuhnya.

"Sakit perut?"

Harraz geleng.

"Pening kepala?"

Geleng lagi.

Jeda. Shauqi bangkit untuk ambil semula pesanannya yang telah siap. Sempat dia mengenyit mata ke arah awek tadi sebelum dia kembali ke meja. Riak wajah Harraz masih sama.

"Kau tak puas berak pagi tadi ke?"

Pantas Harraz mencampakkan begnya pada Shauqi. Wajah Shauqi yang agak serius ketika itu menggelikan hati Harraz.

"Tak senonoh lah kau ni! Apa sia berak pulak?!" Merah wajah Harraz. Malu bhai. Awek kaunter tadi dah tersenyum. Mungkin dia ada terdengar soalan bodoh Shauqi kot?

"Yelah. Manalah tahu. Muka kau macam ada masalah berak tau."

Kali ini sepakan 'mesra' dihadiahkan kepada Shauqi. Terhambur tawa Shauqi. Harraz menjeling sesaat sebelum turut ketawa.

"Tak ada apalah." Ujar Harraz setelah tawanya habis. Wajahnya kembali kelam. Shauqi menggelengkan kepalanya tanda dia tidak percaya akan kata-kata rakan baiknya itu.

"Tak payah tipu akulah, Raz. Kau nampak gloomy sangat ni. Cerita je lah masalah kau." Shauqi menyedut air minumannya sedikit. Harraz pandang Shauqi sekilas. Perlu ke dia berterus-terang tentang dirinya? Atau terus luahkan apa yang dia rasa ketika ini?

Harraz menopang dagunya. Matanya kembali menyorot ke meja. Rahsia? Tak perlu berahsia lagi kot?

"Shau, aku ada rahsia." Harraz berkata setelah dia menenggelamkan dirinya ke dalam fikiran buat seketika tadi. Shauqi angkat keningnya.

"Rahsia??"

Harraz mengangguk. Dia bersandar longlai pada kerusi. Wajahnya yang serius itu mematikan niat Shauqi untuk bergurau.

"Rahsia apa?" Shauqi memandang tepat ke arah Harraz.

"Sebenarnya, aku...."

-------------------

Penerbangan yang memakan masa 14 jam agak meletihkan. Namun, setelah tiba di tanah air sendiri, keletihan itu terus sahaja lenyap. Tambahan pula, sekembalinya dia di Malaysia ini hanya untuk melunaskan niatnya. Demi bekas kekasih yang masih dicintainya.

Bibir mungilnya yang tercalit gincu merah menarik senyum. Gembira bukan kepalang. Langkahnya diatur ke arah pemandu peribadinya yang menunggu ketibaannya sedari tadi. Tiba sahaja di depan pemandu peribadinya, dia menoleh ke belakang.

"What are you waiting for, honey?" Soalnya pada jejaka tinggi lampai yang bersamanya sepanjang perjalanan pulangnya. Lelaki itu berjalan ke arahnya.

"Take my bags and his, too." Arah si gadis itu pada pemandu peribadinya. Laju saja pemandu peribadinya menurut arahan.

"Let's go." Ucap gadis itu lalu memeluk lengan lelaki yang bersamanya tadi. Walaupun lelaki itu agak dingin, namun dia langsung tidak peduli.

"Welcome back, Safwa Nazirah." Ujar Lelaki itu dalam nada separa berbisik. Safwa Nazirah tersenyum lebar.

"Thank you, my precious Tengku Irham."

-----

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now