BAB 43

8.2K 293 6
                                    

"Lega hati ummi tengok Ainal tak ada apa-apa. Risau betul ummi fikirkan Ainal," Datin Zubaidah mengusap lembut pipi menantunya lalu memeluk bahu gadis itu. Ainal tersenyum manis. Tangan Datin Zubaidah diciumnya.

"Ainal tak ada apapun. Kurang air dalam badan je. Itu yang pengsan tu,"

"Ingatkan dapat anak buah," celah Haniz. Dia tersenyum senget. Ainal tersipu malu.

"Kalau ada rezeki, in shaa Allah."

Harraz yang baru keluar dari ruangan dapur tersengih. Pipi Ainal yang merona merah itu sangat mencuit hatinya. Comel!

"Tak apa. Masa banyak lagi, kan sayang? Kita cuba lagi ye?" Harraz melabuhkan punggungnya di sebelah Ainal sambil mengenyitkan matanya. Semakin panas pipi Ainal jadinya.

"Hish, kamu ni Harraz. Tengok pipi menantu ummi ni. Dah merah dah," Datin Zubaidah ketawa kecil. Kepala Ainal ditarik ke bahunya.

"Tu lah, ummi. Anak ummi tu gatal. Ada ke patutnya dia suruh Haniz berlakon jadi girlfriend dia sebab nak tengok Ainal ni jealous ke tak? Hish! Mengada!" Haniz menjulingkan matanya. Harraz tersengih sambil mengangkat dua batang jarinya tanda 'peace'.

"Dah, dah. Harraz dan Ainal duduk sini. Haniz, kamu pergi berehat. Jet lag kan?"

Haniz mengangguk. Memang dia penat gila punya. Pipi Ainal diciumnya sengaja nak buat Harraz geram sebelum dia berlalu ke tingkat atas. Harraz mendengus kegeraman. Suka hati je budak ni nak cium pipi buah hati aku!

"Harraz.. oh Harraz..." Datin Zubaidah menggelengkan kepalanya melihat wajah cemberut anaknya. Ainal tersenyum cuma. Lengan Harraz dipeluknya.

"Abang, ummi nak cakap tu." ujar Ainal lembut. Terus memekar senyuman Harraz. Kepala Ainal diusapnya.

"Hmm... ummi kenapa?" Pandangan ditala ke depan. Datin Zubaidah tersenyum seraya menolak senaskah majalah Pengantin. Ainal dan Harraz berpandangan sesama mereka.

"Ummi?" Harraz memandang Datin Zubaidah dengan riak tertanya-tanya. Ainal pula mula menyelak helaian demi helaian majalah tersebut. Cantik-cantik belaka busana mempelai yang diperagakan model dalam majalah itu.

"Ummi nak Harraz dengan Ainal pilih baju untuk majlis resepsi kamu berdua,"

"Baju untuk resepsi?" Harraz tercengang.

"Ya, Raz. Kita dah bincang hal ni sebelum kamu berdua berkahwin kan? Lupa?" Harraz menepuk dahinya. Dikerling sekilas ke arah Ainal yang memandang umminya lalu tersenyum pada Harraz.

"Nanti Raz bincang dengan Ainal ya, ummi?" Datin Zubaidah mengangguk. Ainal menutup semula majalah Pengantin itu lalu menghulurkan pada Datin Zubaidah.

"Pergilah berehat. Ummi nak keluar sekejap," sejurus itu Harraz dan Ainal beredar ke tingkat atas.

------

Losyen Carrie Junior disapu pada tangannya yang mulus sambil diperhatikan Harraz. Haish, kenapalah wangi sangat isteri aku ni? Abang taa kuad, saiyang! Desis hati Harraz. Pantas dia menggapai alat kawalan jauh televisyen LEDnya. Niat di hati ingin mengusir rasa yang dah makin 'lain' bila terhidu bauan Ainal yang sangat harum.

Selesai sahaja melaksanakan rutin hariannya, Ainal memanjat katil. Hairan dia melihat Harraz yang sepertinya terlalu fokus dengan rancangan televisyen. Iyalah, kalau ikut kebiasaan, Harraz pasti akan tegur dia atau bermanja dengan dia. Tapi... mamat ni dah kenapa fokus sangat tengok televisyen?

"Abang..." lengan Harraz digoncang. Harraz masih tak menoleh ke arah Ainal.

"Abang..."

"Hmm..."

Mr. Sour TalkerWhere stories live. Discover now