Kisah Hati Seorang Pencinta

3.4K 33 3
                                    

Prolog

Riena Ashira menangis teresak-esak sambil merenung kubur arwah Adam yang merupakan tunangnya. Sudah hampir setahun arwah meninggalkannya, namun dia tetap tidak dapat melupakan lelaki kesayangannya itu.

Besok sepatutnya menjadi hari perkahwinan mereka yang akan diadakan dengan penuh gilang. Ah.. benarlah, kita merancang namun Allah menentukan. Puan Sri Shafira yang melihat keadaan anaknya berasa pilu.

Manakan tidak, dulu anaknya seorang yang ceria, peramah dan mesra dengan semua orang namun kini anaknya murung, pendiam dan kurang bersosial lagi. Telah pelbagai cara dilakukan untuk menceriakan anak gadisnya yang kedua itu. Namun hampa. Anaknya itu bagaikan hidup dalam dunia sendiri. Badan Riena juga kian susut. Sekira tidak dipaksa untuk makan sememangnya dia tidak makan. Puan Sri Shafira mengeluh.

Kisah Hati Seorang PencintaWhere stories live. Discover now