RIENA berjalan menuju ke 7E. "Haih, pelik la pulak hari ni. Tiba-tiba rasa nak makan slurpee. Aku ni pulak asal berdebar-debar nih?" Riena berkata sendiri. Dilihatnya sekumpulan budak lelaki berkumpul dan melihat ke suatu arah.
"Weh, tengok awek tu. Fuyyoo! Seksi gila.. Macam omputih.. Tapi muka macam Melayu," kata seorang daripadanya. "Eh, korang ni.. dah tahu seksi kenapa tengok jugak? Kutuk-kutuk pun korang tengok jugak!" kata seorang daripada mereka yang memakai songkok.
Riena yang mendengar butir bicara mereka menjenguk untuk turut melihat. Berderau darah Riena sebaik sahaja matanya menangkap figura yang menjadi perhatian ramai itu. Kelihatan seorang gadis yang berambut perang separa pinggang sedang memeluk seorang pemuda yang sesuka hati memegang tubuh gadis itu.
Astaghfirullahalazim. Riena beristighfar panjang. Pakaian gadis itu cuma cukup syarat menutup tempat tertentu saja. Tak ubah bagaikan bikini! Yang membuatkan Riena bagaikan terkeluar biji mata adalah kerana gadis itu amat dikenalinya.
Gadis itu adalah sahabatnya yang paling karib. Yang sama-sama membesar dengannya. Tak lain tak bukan, Nura Shahira! Kakaknya sendiri! Segera langkah diatur menuju ke gadis itu.
"Miss Nura Shahira! What do you think you're doing? Hey, you know what? I suddenly felt ashamed to have you as my sister. Hah! You are a Muslim! Don't you remember?! You are totally not a.. a Hollywood actress. Don't you have enough money to buy a long jeans and a t-shirt?" jerkahan Riena yang berbaur sindiran itu mengejutkan Nura yang sedang mengucup pipi pemuda itu.
Riena bagaikan diserang histeria. Sesiapa pun akan jadi begitu sekiranya melihat saudara kandungnya bagaikan tidak punya maruah. "Riena... Akak.. I mean.. Ermm.." Nura tergagap-gagap menjawab soalan bertubi-tubi daripada Riena.
"Jangan jelaskan pada Riena. Jelaskan pada mama dan papa," ujar Riena. "Maksud Riena?" soal Nura separuh takut. "I have sent your pic to mama and papa just now," kata Riena sebelum berlalu pergi. Nura masih terpaku di situ.
YOU ARE READING
Kisah Hati Seorang Pencinta
RomanceRiena sering terluka kerana cinta. Namun kerana cinta juga dia bangkit. "Ira seumpama mutiara yang menerangi hidup Adam yang sekelam lautan.. Memberikan Adam harapan untuk terus hidup,"-Adam Faiz. "Kalau awak curang dengan saya, saya belasah awak s...