Doom! Doom! Doom! Bunyi lagu disko yang bergema kuat langsung tidak mampu untuk mententeramkan jiwa Nura yang kacau kala ini. Dia sekadar menjeling ke arah minumannya yang masih tidak berusik di atas meja bar. Walaupun dia 'buta agama' dia tidak pernah meneguk air kencing syaitan itu. Sesekali matanya meliar ke arah lantai tarian. "Hey girl, don't be shy! Come and dance!" Sherry yang merupakan kawannya melaung memanggilnya dari lantai tarian.
Apabila melihatkan tiada respon dari Nura, Sherry sekadar mengangkat bahu dan kembali menari. Sesekali badannya dipeluk lelaki yang menari bersamanya. Bahkan ada juga lelaki itu mencium pipi gadis itu. Namun tidak pula ditepis. Membuatkan Nura yang memerhati jadi meluat. Bukannya dia tidak pernah beraksi begitu. Tapi lelaki itu kelihatan dalam lingkungan separuh abad usianya. Inilah yang dinamakan tua-tua keladi!
Tiba-tiba datang seorang lelaki dan duduk di sebelahnya. "Wanna drink?" sapa lelaki itu. "No, thanks," jawab Nura. Sebaik saja dia menoleh untuk melihat gerangan lelaki yang menegurnya, rahangnya jatuh sehingga ternganga mulutnya. Nura terlampau terkejut sehingga tidak mampu untuk bersuara. Lelaki itu adalah....
*******
Riena sesekali mengetuk-ngetuk stereng keretanya sambil memandu. Sudah 3 jam lebih dia berpusing-pusing di seluruh KL untuk mencari Nura. Banglo kakaknya, pejabat, rumah Fasha, pusat membeli belah semuanya telah diredah semata-mata demi mencari kakak sulungnya itu. Walau apapun yang terjadi, Nura tetap kakaknya. Air yang dicincang takkan putus. Tapi kalau dituang tetap boleh tumpah. Kan?
Riena bersandar dan mengeluh. Manalah akak pergi ni? Kesian mama tak henti-henti nangis. Papa pulak berkurung je dalam bilik kerja. Kena heart attack kang orang tua tu. Hish, apalah mulut aku ni! Kata- kata tukan suatu doa. Marah Riena kepada diri sendiri. Riena sudah penat. Matanya juga seakan-akan memberat dan mendesak agar ditutup. Dia perlu pulang. Esok akan disambung misi pencariannya.
*******
Nura tersenyum ke arah lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu telah menghantar dirinya ke rumah Sherry yang sudah mabuk. Baginya ini adalah suatu kejutan. Kerana lelaki ini amat mengenali dan rapat kepada Riena. Sungguh tak diduga. Manusia bertopengkan syaitan. Suara sinis Nura bergema dalam kepalanya sahaja. Bahkan lelaki itu tadi dengan selamba meneguk arak di depannya. Juga terkinja-kinja di lantai tarian. This is impressive!
Siapa sangka Firdaus Adryan adalah gerangan lelaki yang menegurnya itu!
P/S: guys.. Sorry sngt2 klau pendek n spelling mistake... This is unedit yet.. I fikir nak update lagi as soon as possible... Sorry klau lama tunggu k... :)
YOU ARE READING
Kisah Hati Seorang Pencinta
RomanceRiena sering terluka kerana cinta. Namun kerana cinta juga dia bangkit. "Ira seumpama mutiara yang menerangi hidup Adam yang sekelam lautan.. Memberikan Adam harapan untuk terus hidup,"-Adam Faiz. "Kalau awak curang dengan saya, saya belasah awak s...