Mimpi Itu Petanda?

597 15 10
                                    

Author's note:

Hiii... N assalamualaikum.. Seriously ive been thinking.. I want to delete this story if the votes number are too small. U see, people who are reading this story is a lot. But the one who is voting just like 1:10.. Yea i really feel sad bout it.. Still.. Fighting!!

This chapter is dedicated to @KesyaKayla @White_Hacker @MacBOncet @izzah_165 n others who are loyal to this story.. Sob sob.. Haha... XD

Riena berlari-lari anak. Kawasan sekelilingnya tidak dikenali. Sehitam hitamnya. Pitch black. Tidak mampu untuk melihat, Riena terus berlari. Ada suara yang berbisik lembut di telinganya yang menyuruhnya agar terus berlari. Perlahan-lahan kegelapan yang menyelebungi itu beransur pergi. Kini Riena ngeri melihatkan perubahan yang berlaku. Warna yang baru mewarnai dunia itu adalah merah. Api menjulang marak di kiri dan kanannya.

Firdaus Adryan bersama kakaknya berdiri di sebelah kirinya. Mereka saling berpelukan dan tersenyum sinis kepadanya. Riena yang tidak mengerti cuba mencapai tangan Nura. Namun tidak terjangkau tangannya apabila api itu hampir membakar tangannya. Mereka ketawa mengejeknya. Riena mulai tersedu-sedu. Riena berpaling ke belakang apabila ada angin dingin yang bertiup ke tengkuknya.

Seorang lelaki yang sangat indah rupanya. Dia yang meniup angin itu. Dengan ketibaannya api yang tadinya marak kian padam. Warna tempat itu bertukar lagi. Warna putih suci. Bayangan Nura dan Firdaus juga kian menghilang. Lelaki itu menapak ke arahku. Wajahnya yang bercahaya tidak menyilaukan mataku. Aku terpukau melihat wajahnya. Masyaallah! Mahu gugur jantungnya apabila melihatkan rupa lelaki itu. Suatu rasa yang aneh mengalir dalam dirinya. Perasaan yang tidak pernah dialaminya sebelum. Tidak juga bersama arwah Adam. Dia tersenyum. Dan sekali lagi aku terpaku. Senyuman dia, menawan hatinya. Menusuk jauh ke dalam jiwa. Apakah rasa ini? Apabila lelaki itu merenungnya dengan penuh kasih sayang, Riena mulai hairan. Mengapakah matanya dipenuhi kasih sayang buatnya? Siapakah dia? Riena menatap mata lelaki itu. Dia berharap agar mata lelaki itu kekal dalam kotak ingatannya.

Tiba-tiba lelaki itu menoleh ke belakang. Lelaki itu melihat kembali ke arah Riena dan melambaikan tangannya dengan sayu. "Kita akan jumpa lagi," gemersik suara lelaki itu mengiringi kepergiannya ke dalam kabus yang tebal. Riena yang mengejar terhenti. Riena menganggukkan kepalanya. Kita akan jumpa lagi. Dia tidak tahu bagaimana tapi dia percayakan lelaki itu.

Riena terduduk. Selimutnya yang digenggam erat perlahan-lahan dilepaskan. Riena melepaskan keluhan. Dia mimpi rupanya. Dia cuba untuk mengingati wajah lelaki itu. Gagal. Blank! Yang dia ingat hanyalah sepasang mata kelabu yang begitu menawan. Riena tersenyum mengingatkan mimpinya. Jam di sebelah katilnya dikerling sekilas. 6.00 pagi. Riena bangkit dan menuju ke arah almari pakaiannya. Lebih kepada bilik pakaian. Saiz bilik itu separuh saiz biliknya. Walaupun Riena ini bukannya shopaholic, dia mempunyai baju yang bergaya yang begitu banyak. Riena melintasi satu persatu rak pakaian sehinggalah tiba kepada dress. Seingatnya, kali terakhir dia memakai dress, arwah Adam masih hidup. Baju green flowery summer dipegangnya. Gaun paras betis itu dibeleknya. Dress itu adalah yang paling berharga kerana itu merupakan dress pertamanya dan hadiah daripada arwah Adam. Bukannya mama dan papanya tidak pernah menawarkan dress untuknya. Dia saja yang menolak. Kalau Shira pakai baju tu, mesti nampak lebih cantik. Nampak lebih... lembut. Tengiang-ngiang di telinganya suara arwah Adam. Apa aku tak cukup lembut? Soal Riena kepada dirinya sendiri. Arwah Adam seringkali mengatakan dirinya istimewa. Sejak akhir-akhir Riena jadi rindu pada arwah Adam. Semua benda yang dilakukannya mengingatkannya kepada arwah Adam.

Riena menggelengkan kepalanya. Sampai bila dia harus jadi begini? Untuk apa dia terus menyeksa jiwanya selama ini? Adakah dia akan berkabung sepanjang hayatnya? Adakah itu yang diharapkan oleh Adam sekiranya beliau masih hidup? Air matanya laju menuruni pipi. Bahunya terhinggut-hinggut. Past is past sayang.. You need to move on. Jangan seksa diri sendiri Shira. Jangan seksa Adam juga sayang. Bagaikan suara arwah Adam berbisik lembut di telinganya.

Kisah Hati Seorang PencintaWhere stories live. Discover now