Bab 1
5 tahun kemudian...
Riena terkocoh-kocoh menuruni tangga. baru saja tadi sahabatnya, Najwa call dia masa tengah sedap-sedap baca novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Hish, apalah. Kacau daun jer! Entah apalah emergency sangat. Entah entah minah ni saje nak bagi dia angin kut.
Kalau betul memang kenelah nanti.
"Assalamualaikum mama, papa. Mana Kak Nora?" Riena menyapa kedua-dua orang tuanya di meja makan. Puan Sri Shafira tersenyum seraya berkata "Waa'laikumsalam.. Kak Nora tu ke mana lagi kalau hari Khamis?". Riena dan mamanya mengangkat kening dan berbalas isyarat mata lalu menjerit kecil serentak "Shopping!" sambil membuat gaya gedik. Papanya, Tan Sri Faizul tergelak kecil melihatkan aksi anak kedua dan isterinya meniru gaya anak sulungnya, Nura Shahira.
Dah elok nama Nura tukar jadi Nora. Hai, pening dirinya memikirkan gelagat anak sulungnya.
"Alamak! Riena pergi dululah. Dah janji nak jumpa Najwa tadi. Assalamualaikum!" Riena segera mengucup tangan mama dan papanya dan segera berlalu ke garaj untuk mendapatkan keretanya yang telah dihidupkan. Ce teka kereta ape? Ferarri Enzo weh! Hehe.. terlebih sudah..
RIENA membuat muka bosan. Dia dah agak dah takde hal penting pon.. Si Najwa ni sesaje je nak jumpa tunang dia. Tapi Riena kesian dekat Najwa. Mana tak.. bayangkan.. dah bertunang tapi si tunang tu tetap tak suka kat kita. Mana tak, tunang paksa! Kalau dia ni bukan kawan Najwa, mesti minah tu dah ditarbiahnya. Si tunang tu nama Faiz Fariz. Hensem tahap tertinggi. Tapi Riena tak suka bila diajak berjumpa dengan Faiz sebab dia akan terimbau kenangan lama. Muka Faiz persis muka arwah tunangnya, Adam.
Sebenarnya, Faiz ni menyampah giler dekat Najwa sebab selalu terhegeh-hegeh dekat dia. Dengar citernya, Faiz bertuah tu dah ada kekasih hati. Hmm.. kesian mamat tu.
Aku faham kenapa dia benci giler kat Najwa. Sebab Najwa pisahkan dier ngan kekasih dier. Tapi jodoh di tangan Tuhan. Benci trilion kali pon.. kalau dah jodoh... tetap kawin kan?
YOU ARE READING
Kisah Hati Seorang Pencinta
RomantizmRiena sering terluka kerana cinta. Namun kerana cinta juga dia bangkit. "Ira seumpama mutiara yang menerangi hidup Adam yang sekelam lautan.. Memberikan Adam harapan untuk terus hidup,"-Adam Faiz. "Kalau awak curang dengan saya, saya belasah awak s...