Fasha yang telah memahami status sebenar Riena dan Firdaus tersenyum pahit. Dia bersandar di kepala katil Riena. Mereka yang saling bertukar cerita di dalam bilik Riena terdiam seketika.
"Maafkan aku sebab tuduh kau yang bukan-bukan tadi... Aku just.. huh! Moody sikit tadi.." Fasha meminta maaf. Riena hanya tersenyum. "Macam mana kau boleh kenal Firdaus?" soal Riena. Perlahan-lahan raut wajah Fasha berubah. Tanpa sebarang amaran Fasha mendakap erat tubuh Riena lalu menangis teresak-esak.
Riena mengusap lembut belakang Fasha. Setelah tangisan Fasha mulai reda, dia memulakan bicaranya.
"ISH! Mana Ismirul ni? Aku arahkan dia datang tepat pukul 3... Ni dah 3.30 dah. Hesy! Tak tahu ke aku ada kelas lepas ni?" Fasha mulai mengomel sendiri sebelum mengambil keputusan berjalan kaki ke stesen teksi yang paling dekat yang 7 km jauhnya.
Tiba-tiba seorang lelaki berhud datang lalu merampas telefon bimbit Iphone 4 yang dipegang oleh Fasha dan terus melarikan diri.
Fasha yang tergamam dengan situasi itu tersedar apabila seorang lelaki berbadan tegap mengejar lelaki berhud itu tadi. Sepantas kilat lelaki berhud itu jatuh ke tanah akibat disepak oleh lelaki sasa itu tadi. Lelaki sasa itu merampas telefon di tangan pencuri itu lalu menuju ke arah Fasha.
"Telefon awak, miss.." dengan maco lelaki itu menghulurkan telefon Fasha. "Terima kasih..." ayat Fasha disambung pula oleh lelaki itu. "Firdaus Adryan. You may call me Ryan,". Fasha mengangguk. "Nama I Fasha Cahaya Nur Intan. Nice to meet you," giliran Fasha pula mengenalkan dirinya. Firdaus tersengih lalu berkata "Tak tanya pun,". "Tak tanya sudah. Nama you Dolah. Kawin dengan..." sekali lagi ayatnya dipintas oleh Firdaus. "...dengan you sudah," Firdaus tersengih nakal lalu mengenyitkan matanya. Pipi Fasha mulai memerah.
"Anyway you nak pergi mana? Biar I hantarkan," Firdaus mempelawa. "I nak balik rumah tapi driver I tak sampai-sampai lagi ni nampaknya. Boleh jugak kalau you sudi hantarkan I,". Firdaus membawa Fasha ke kereta BMW X5nya dan membukakan pintu untuk Fasha sambil berkata "Silakan tuan putri,".
Mulai hari itu, hati Fasha mulai terpaut kepada kenakalan dan keceriaan yang dipamerkan Firdaus.
"TAPI aku tak sangka pulak Ryan dah bertunang dengan kau. Apa-apa pun, I wish for your happiness. Asalkan kau gembira, itu dah cukup," Fasha tersenyum tawar. Riena hanya mendiamkan diri. Ketahuilah Fasha, tak pernah terniat di hati ini untuk merampas cintamu sekaligus meragut kebahagiaanmu. Hati Riena merintih pilu.
Chappy ini ditujukan buat AinSyuhadah, Kuekoci, NamiWiyyam, Asyfahazira, Kamaliaaqilah, Lavender99 dan para pembaca sekalian. Have a nice day and Salam Kuching.
YOU ARE READING
Kisah Hati Seorang Pencinta
RomantizmRiena sering terluka kerana cinta. Namun kerana cinta juga dia bangkit. "Ira seumpama mutiara yang menerangi hidup Adam yang sekelam lautan.. Memberikan Adam harapan untuk terus hidup,"-Adam Faiz. "Kalau awak curang dengan saya, saya belasah awak s...