Kekecewaan

502 18 6
                                    

Suasana senyap selama lebih kurang 5 minit setelah Riena selesai bercerita. Muka Tan Sri Faizul begitu tegang di mana dapat dilihat rahangnya bergerak-gerak. Puan Sri Shafira masih lagi menangis ekoran dari kejadian yang paling dahsyat yang pernah berlaku di rumah itu. Suara Riena memecahkan kesunyian itu. "Ma, pa, Riena tahu Riena buat salah. Riena mintak ampun, mama, papa. Riena menyesal sangat," Riena berlutut di antara Tan Sri Faizul dan Puan Sri Shafira.

Nura yang melihatkan perlakuan adiknya itu menjeling dengan penuh meluat sebelum membuka mulutnya. "See, dia memang hantar si Fakhrul tu untuk..." ayat Nura dipintas oleh Tan Sri Faizul. "Untuk halang kau dari menjatuhkan maruah keluarga kita di depan keluarga arwah Adam?" soalan sinis itu menghiris tangkai hati Nura. Sampai hati papa. Anak emasnya juga yang dibela. Getus hatinya. "Bangunlah Riena. Kamu tak bersalah dalam hal ni. Papa sebenarnya sangat menyokong perbuatan Riena. Cuma yang papa curious sekarang ni, kenapa Riena tak pernah beritahu papa dan mama pasal semua ni?" Tan Sri Faizul menoleh ke arah Riena.

Riena berdiri semula. "Riena ada tiga sebab kenapa Riena tak bagitau. Pertama, Riena bimbangkan kesihatan papa sebab papa mempunyai penyakit jantung. Kedua, Riena tak mahu mama dan papa pandang serong pada Kak Nura kerana walau apa pun yang berlaku, dia masih kakak Riena. Ketiga, Riena hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari perasaan takut. Riena takut mama dan papa akan membenci Riena disebabkan atas apa yang dah berlaku," Riena menjelaskan satu-persatu.

"Hei! Tak payahlah pura-pura bimbangkan papa sedangkan kau sebenarnya takut kena buang dengan mama dan papa kan? Riena, kau dengar apa yang aku nak cakap ni. Aku cintakan Adam. C.I.N.T.A. Aku. Cintakan. Adam. Kalau tak disebabkan hasad dengki kau, aku dan Adam dah lama kahwin tau! Eh, ak...." tengkingan Nura sekali lagi disampuk oleh Tan Sri Faizul. "Hasad dengki? Cermin diri kamu sebelum mengata adik kamu. Jika tidak disebabkan hasad dengki kamu sehingga sanggup memerangkap Adam, adik kamu dah bahagia dengan Adam sekarang ni tau!" dengan sekali nafas saja Tan Sri Faizul meluahkan kekesalannya.

"Balik-balik Riena! Lagi-lagi Riena! Kebahagiaan Riena je yang penting untuk mama dan papa. Kebahagiaan Nura? Pernah papa fikirkan pasal tu semua? Just now Riena cakap dia risaukan kesihatan papa, but why she told you anyway?" sayu sekali suara Nura. Betapa selama ini dia penat. Dia penat apabila dianggap tidak penting di dalam rumah ini. Dia berpelesiran di luar kerana dia merasakan setiap kali dia bersama kedua orang tuanya, mereka hanya melayannya acuh tak acuh saja. Dia sudah penat dengan semua drama ini.

Tan Sri Faizul membuka mulutnya, namun tiada suara yang keluar. "You can't give me a reason don't you? Walau satu pun alasan? Sebab semua yang Nura cakap itu benar kan?" soal Nura. Dia sedaya upaya menahan air matanya dari jatuh.

Melihatkan bapanya yang terdiam, Nura faham. Tempatnya bukan lagi di sini. Dia harus pergi. Nura melangkah ke biliknya. Kurang daripada 5 minit, Nura turun. Kali ini dia membawa sebuah bagasi yang besar bersamanya. Riena yang melihatkan beg itu tersentak. "A..akak nak pergi mana?" soal Riena pantas.

Nura masih tidak mempedulikan Riena. Dia pergi ke hadapan ibu bapanya. "Mama, Nura tahu Nura anak yang tak berguna. Selalu menyusahkan mama dan papa. Ampunkan segala dosa Nura. Halalkan segala susu yang mama berikan kepada Nura semasa kecil," dapat dilihat mata Nura bergenang sebaik sahaja melafazkan kata-kata itu. Puan Sri Shafira sudah tersedu-sedu. Dia beralih pula kepada papanya.

"Kalau selama ni papa fikir Nura menghabiskan duit papa dengan bershopping saja... Papa salah! Semua baju yang Nura ada itu adalah hadiah daripada kawan-kawan Nura. Papa langsung tak sedarkan yang Nura tak pernah walau sekalipun gunakan kad kredit Nura kan? Uncle Zamir tahu. Semua duit yang papa suruh dia bayar untuk kad kredit Nura tu, Nura suruh dia sedekahkan dekat anak-anak yatim. Ampunkan segala dosa-dosa Nura. Halalkan makan minum Nura sepanjang hidup Nura. Nura pergi dulu. Selamat tinggal mama, papa," dengan itu kesemua kad kredit, kad debit, kunci kereta, dan kunci rumahnya diletakkan di atas meja di hadapan Tan Sri Faizul. Ya, Tan Sri Faizul. Bukan lagi papa.

Saat Nura melangkah keluar dia terdengar suara Tan Sri Faizul. "Kamu mesti ingat, kalau kamu tetap keluar, kamu tak boleh kembali lagi!". Betapa luluhnya hati Nura mendengarkan kata-kata sedemikian daripada bapanya sendiri. Namun digagahkan jua dirinya untuk terus melangkah. Akhirnya bayang Nura hilang ditelan kegelapan malam. Di dalam rumah, Puan Sri Shafira sudah rebah tidak sedarkan diri.

"Mama!" teriak Riena yang segera menyambut ibu kesayangannya. Apakah nasib keluarga mereka selepas ini dengan perginya Nura, kebanggaan syarikat keluarga mereka? Janganlah mamanya turut meninggalkannya. Riena tak sanggup!

Author's note:

kay... im sorry sbb chapter ni pendek je... i just wanna tell pasal Nura yg tinggalkan familinya... jngn lupa..

vote

comment

kalau ada yg tidak berpuas hati, rajin2kanlah tangan tu untuk komen ya?

Kisah Hati Seorang PencintaWhere stories live. Discover now