Adam Yang Telah Pergi

854 17 2
                                    

Bab 3

"TERIMA kasih Faiz sebab tolong bawa Riena ke hospital. Macam mana Riena boleh pengsan pula?" soal Tan Sri Faizul. Faiz tersenyum segaris sebelum menjawab. "Tadi Riena tiba-tiba datang dekat saya Papa Aiz.. eh, maksud saya Tan Sri Faizul. Lepas tu.. Riena pandang saya semacam dan tiba-tiba pengsan," Faiz segera membetulkan kesilapannya setelah menyedari dia hampir memecahkan rahsianya.

Tan Sri Faizul tersentak. Papa Aiz? Benarkah apa yang didengarinya tadi? Dalam dunia ini hanya seorang sahaja yang panggil dia begitu. Arwah Adam.

Tan Sri Faizul terus berbual dengan Faiz bersama curiga yang bersarang di hati. Wajah Faiz juga mirip wajah Adam. Ah, mana mungkin! Hati Tan Sri Faizul menyangkal. Yang telah pergi mana mungkin kembali. Dia harus redha.

RIENA memegang kepalanya yang sakit. Dia berkali-kali mencuba untuk fokuskan pandangan matanya ke kawasan sekeliling. Matanya seakan berpinar. Digagahkan jua dirinya untuk sedar. Akhirnya dia berjaya melihat persekitarannya dengan jelas.

Riena terkejut apabila melihatkan seorang lelaki sedang tidur dengan kepala dilentokkan ke atas katilnya. Riena menarik nafas lega sebaik sahaja menyedari gerangan lelaki tersebut. Mm.. Faiz rupanya. Ingatkan sapa. Kenapa Fir tak jaga aku? Akukan tunang dia. Riena tahu dia berada di hospital. Mungkin Faiz call papa pastu papa bawak aku ke hospital. Riena membuat andaian.

Riena tiba-tiba teringat punca dia pengsan. Dia terlampau merindui arwah Adam. Alamak! Malunya! Dia pengsan di depan pelajar kampus. Depan Faiz lagi tu.

Faiz yang hanya tidur ayam segera tersedar sebaik saja merasakan Riena bergerak. "Alhamdulillah. Awak dah sedar pun. Risau saya tadi tau!" Faiz tersenyum segaris lalu menadahkan tangan. Riena turut tersenyum. "Terima kasihlah sudi temankan saya di hospital. Tadi masa saya pengsan awak call papa saya eh?" Riena bertanya.

Faiz yang tak mahu memanjangkan cerita hanya mengangguk. "Ermm... papa awak cakap awak pengsan sebab muka saya yang handsome ni eh?" Faiz menyelitkan gurauan dalam kata-katanya. Riena terkejut kerana dia dan Faiz tidaklah rapat tapi Faiz boleh bergurau dengannya. Setahunya Faiz seorang yang serius dan agak pendiam.

"Riena?" Faiz memanggil perlahan. "Ya.." sahut Riena. "Boleh saya tahu siapa tu Firdaus Adryan? Tadi papa awak ada sebut nama dia tapi tak cakap apa-apa pun kecuali part dia tengah outstation sekarang.." Faiz bertanya dengan hanya senafas. Riena terkedu kerana tidak menjangkakan soalan itu. "Erm.. aa... dia tu... tunang saya... Saya... entahlah.. Kami tunang dah dekat setahun.. tapi... saya tak cintakan dia... saya cuma anggap dia sebagai sahabat. Tapi saya tak mahu kecewakan dia yang menaruh hati kepada saya. Saya sebenarnya masih mencintai arwah tunang saya. Adam Fariz namanya. Muka dia persis muka awak. Nama pun hampir sama. Sebab tulah saya histeria tadi. Saya terlampau merindui dia. Kami dah bersama since kitorang 15 tahun lagi. Kitorang sepatutnya get married pada 21 Oktober 2009. Ketika kami berusia 18 tahun. Tapi... dia meninggal sebab kemalangan. Kalaulah saya tak ajak dia keluar jalan-jalan haritu mesti kami dah kahwin dan punya anak-anak yang ramai.." Riena menceritakan kisah cintanya bersama Adam sambil menangis.

Tanpa disangka-sangka Faiz turut menangis mendengarkan cerita Riena yang menyebabkan Riena jadi hairan.

"Awak mesti pelik tengok saya nangis kan?" Faiz tiba-tiba bertanya. Riena mengangguk perlahan. "Kisah cinta awak mungkin rumit. Tapi kisah cinta saya jauh lebih rumit. Awak nak dengar tak?" Faiz menunggu jawapan Riena.

"Nak nak!" Riena menyahut bagaikan kanak-kanak yang minta dibacakan cerita. Faiz menarik nafas panjang sebelum bercerita.

Kisah Hati Seorang PencintaWhere stories live. Discover now