Prolog
Riena Ashira menangis teresak-esak sambil merenung kubur arwah Adam yang merupakan tunangnya. Sudah hampir setahun arwah meninggalkannya, namun dia tetap tidak dapat melupakan lelaki kesayangannya itu.
Besok sepatutnya menjadi hari perkahwinan mereka yang akan diadakan dengan penuh gilang. Ah.. benarlah, kita merancang namun Allah menentukan. Puan Sri Shafira yang melihat keadaan anaknya berasa pilu.
Manakan tidak, dulu anaknya seorang yang ceria, peramah dan mesra dengan semua orang namun kini anaknya murung, pendiam dan kurang bersosial lagi. Telah pelbagai cara dilakukan untuk menceriakan anak gadisnya yang kedua itu. Namun hampa. Anaknya itu bagaikan hidup dalam dunia sendiri. Badan Riena juga kian susut. Sekira tidak dipaksa untuk makan sememangnya dia tidak makan. Puan Sri Shafira mengeluh.
YOU ARE READING
Kisah Hati Seorang Pencinta
RomanceRiena sering terluka kerana cinta. Namun kerana cinta juga dia bangkit. "Ira seumpama mutiara yang menerangi hidup Adam yang sekelam lautan.. Memberikan Adam harapan untuk terus hidup,"-Adam Faiz. "Kalau awak curang dengan saya, saya belasah awak s...