Bab 1 - Hantu

370 7 0
                                    

Jam dinding merah jambu yang arwah ayah bagi dulu aku tenung lama-lama. Mata aku ni dah kuyu, rasa berat je nak melabuhkan mata mengukir mimpi indah di sebalik senyuman indah si bulan.

Tapi apakan nasib badan, kerja sekolah pelajar-pelajar aku semua aku belum tanda. Ada setimbun lagi ni belum bertanda. Itulah nak sangat bagi kerja sekolah kat diaorang, hah sekarang tanggunglah sendiri.

"Skreettt" aku tiba tiba dengar bunyi tingkap bilik aku ni macam dicakar sesuatu. Aikkk, malam-malam dengar bunyi macam ni menyeramkan betul. Agaknya kucing rumah sebelah mencakar tingkap aku, itulah usaha aku nak sedapkan hati yang tengah gundah gulana ni. Nak buka tingkap rasanya bukan satu cara yang bagus. Dibuatnya 'benda' tu terjah aku, eiii naya.

Aku tenangkan hati dengan sumbat earphone kat telinga ni. Berkumandanglah lagu Hello nyanyian Adele kat minda aku ni. Akhirnya tangan aku kembali ligat menanda buku. Tapi tak lama pun, sebab lepas 10 minit macam tu, bulu roma aku berdiri. Apa yang aku belajar dulu sebab vasoconstriction, pengecutan urat darah kerana suhu yg sejuk. Pelik betul, bilik aku mana ada pasang air-conditioner. Aku toleh ke kanan sebab nak ambil mug susu panas yang aku buat tadi. Sekali kau.....

Muka aku betul-betul (beza berapa sentimeter je) berhadapan dengan muka Mira yang ditepek penuh dengan bedak sejuk. Mata pula dah ditutupnya dengan timun. Hah, apalagi tergolek lah aku dengan kerusi tu sekali ke atas lantai.Gila tak terkejut. Aku tak tahulah dari mana aku kutip housemate aku ni.

Mira terus ketawa berdekah dekah sambil menekan perutnya. Tak cukup dengan tu dia golek golek kat tilam aku yang tak berapa nak empuk tu. Eh dia ni, nanti dia pulak yang aku hempuk. Aku rasa kalau mata aku ni tak ada hijab dah berpuluh syaitan terjun masuk dalam mulut dia. Bukan apa, gelaknya besar sangat. Biasalah, gelak kalau kenakan orang memang macam tu.

Aku bangun daripada jatuh aku lalu terus membetulkan kerusi yang turut setia jatuh dengan aku. Ala-ala cikgu disiplin, aku letak tangan kat pinggang aku sambil buat muka 'apa yang lawak sangat' .

"Sorrylah Nana. Kau fokus sangat semak buku students kau tu. Aku ingat kau dah perasan dah aku duduk sebelah kau." Kata Mir
a. Sempat pula tu dia lap air mata ketawa dia tu dengan bahagian depan tangan. Eiiii. Tak makan saman punya kawan.

Aku terus ambil pen dan kertas kosong lalu aku tulis 'Why thank you! =.= ' Lepas aku tunjuk pada Mira baru dia berhenti gelak. Itu pun ada lagi sisa-sisanya.

"Ala, Nana. Janganlah marah beb. Aku tak sengaja. Aku nak menziarah kau je sebenarnya, nak skodeng kau buat apa." Mira memuncungkan mulutnya tanda merajuk. Siapa yang sepatutnya merajuk sekarang ni. Aku ke dia. Uhuk.

Aku tulis lagi, ' Aku okeylah sihat walafiat lagi ni. Tapi aku tak kira esok kau kena belanja aku nasi lemak Kak Leha. Sakit tahu tak lutut aku ni jatuh atas lantai. :'( ' aku memang orang yang suka menggambarkan perasaan dengan emoji. I don't know why but I just love to.

"Alah benda tu small matter je lah. Aku belanja kau dua bungkus. Nak? Haha. Dah, dah. Pergi tidur. Kau tu liat nak bangun pagi nanti aku pulak yang jadi alarm clock tak berbayar kau." Dia sengih lepas tu tepuk-tepuk tilam kat sebelah kanan dia tanda suruh aku tidur sebelah dia. Eh dia fikir ni tilam dia. Sedap-sedap je dia baring kat katil aku. Dah lah katilnya kecil, jadi sardin lah aku kat situ. Tak kuasa aku.

'Aku dah nak tidur lah ni. Wahai Kak Mira oiiiiii. Bilik awak kat sebelah ya, bukan kat sini. Now, move your big ass from my bed okay. Goodnight. Sweet dreams. 'Aku hulurkan kertas tu macam bagi surat saman kat dia.

Dengan tak malunya dia pergi tengok dia punya tu ( tahu kan apaaaa haha) . Then dia kata "Lmao, kau jelous. Kau punya kecil." Dia gelak sakan dan sambung cakap "Okeylah, I will get my ass off from your bed. Goodnight too." Sebelum dia tutup pintu bilik aku, dia peluk aku lalu letakkan timun yang sebelum ni dekat mata dia ( tapi dah terjatuh atas tilam sebab gelak banyak sangat ) kat mata aku pula.

Kalaulah mulut aku ni boleh keluarkan suara dah lama aku menjerit 'Miraaaaaaa!!!!!!' Aku menggeleng kepala tengok dia berlalu pergi.

Aku hirup susu tadi yang ada atas meja tadi. Mindaku sedang dibanjiri persoalan. Apa akan jadi kalau aku ni tak bisu? Macam mana kalau aku ni wanita normal? Aku pegang dua ulas bibir aku. 'Sayang bibir cantik tapi tak bersuara.' Aku bermonolog.

Keluhan dilepaskan. Mindaku mula bergerak perlahan lahan ke awangan mengingati sesuatu.

"You're nothing but a burden!" Tempelak Ibu sambil menarik rambut aku. Tidak cukup dengan itu diterajangnya aku di perut. Aku tidak mampu melawan.Aku sendiri sebenarnya tidak menyangka bahawa aku merupakan satu bebanan untuk ibu kandungku sendiri.

"Kenapalah kau ni tak mati je dalam perut hah? Hari-hari duduk menyusahkan aku. Bercakap pun bisu. Suruh masak pun susah ke?" Ibu menonyoh-nonyoh muka aku dengan jarinya.

Aku tak sangka disebabkan aku balik lewat kerana menghadiri kelas tambahan SPM, ibu kesayanganku bertukar menjadi Hulk version wanita. Mataku mula mengalirkan air mata. Ayah, tolong kakak! Ayah sahaja yang mampu berdiri teguh melindungi aku walaupun ayah sendiri perlu meninggikan suara terhadap isterinya.

"Hey perempuan bisu! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni hah! Don't you dare to tell your father.Kalau tak..... Siaplah kau!" Ibu menghempaskan badanku ke dinding sebelum berlalu pergi.

Aku mengusap lenganku yang mula memerah. Nampaknya lebam lagilah badan aku ni. Aku membuka kain sekolah pengawasku yang berwarna merah. I can see the future bruises on my calf. Aku belek pula muka ni di cermin, nasib baiklah tak ada lebam.

Tanganku terus mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu lalu terus bergerak ke bilik air. Kenapa ibu jadikan aku punching bagnya? Aku terlambat masak sahaja tadi. Aku mengeluh. Ya Allah kenapa Kau kunci mulutku Ya Allah...

Aku mula rasa penat nak menangis. Things won't change if I'm crying, anyway. Aku dah penat sangat. Perut ni, tak diisi dengan apa apa pun kecuali masa breakfast tadi. Itupun hanya dua keping roti dengan milo.

"Skreetttttt" bunyi cakaran itu menyedarkan aku ke alam realiti. Aku terus memaksa diri untuk tidur, satu cara untuk merehatkan diri daripada tekanan. Namun wajah ayah dan ibu berlegar legar di fikiranku. Aku rindu sebenarnya. Bukan rindu nak jadi punching bag ibu, tapi rindu masa dia belum jadi Hulk. Aku rindu ayah yang suka mengusap rambutku. Allah lebih menyangi mereka. Mulalah air mata ni bergenang di tubir mata. Okay, Nur Diyana. It's time for sleep.

Tiba tiba cicak kat dinding bilik aku berbunyi. Ya lah cicak oiiii...

***
It was my best friend's favourite song yeah before we bickered.

Nama ibu Diyana ialah Raudhah yaaa. Bukan Rozita. Maafkan kesilapan teknikal. Ciss wattpad ni.

Soundcloud by Leroy Sanchez. :*

Cerinta Orang IstimewaWhere stories live. Discover now