"Seorang ibu kepada tiga orang anak diragut ketika sedang melintas jalan di Klang tengahari tadi."
Hadi memandang kaca televisyen yang kini menyiarkan Buletin Utama.
Terpapar gambar seorang wanita yang agak muda terlantar di katil hospital. Tangannya berbalut.
"Kesan daripada insiden itu, mangsa hampir terputus tangan kanannya."
"Kau tengok ni, Hadi. Melampau-lampaukan orang zaman sekarang ni. Fikir cara mudah je nak dapat duit. Cuba bayangkan benda tu jadi kat mak diaorang, kakak ke adik perempuan ke. Nauzubillah. " Mata Sam masih tertacap pada kaca televisyen 59 inci yang dibeli oleh duit mereka bersama-sama. Sambil itu, dihirupnya air Nescafe yang dibuat tadi.
Hadi terdiam.
Ummi.
"Sekejap weh. Aku nak call Ummi kejap. Risau pulak aku."
Hadi mengambil handphonenya sekali dengan mug berisi kopi dan mengambil keputusan untuk menelefon Puan Azah di luar rumah.
Ruang luar rumah Hadi agak luas. Ada beberapa buah kerusi jati dan coffee table diletakkan di luar rumahnya. Memang sengaja disediakan untuk berehat-rehat. Angin dingin malam ni sejuk menikam kulit.
Hadi duduk di atas salah satu daripada kerusi jati itu dan menyilangkan kakinya di atas coffee table.
Baru sahaja tangannya hendak mencari nama Ummi dalam contact listnya, Ummi terlebih dahulu menelefon Hadi. Bergema sebentar lagu Faizal Tahir - Kau bagaikan udara , yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia, tanpamu ku lemah. Pasti aku tak berdaya kerna engkau maha karya cinta.
"Assalammualaikum Kashi. Lama dah tak telefon ummi ni. Kashi apa khabar?"
Hadi tersenyum mendengar suara Umminya yang memanggilnya Kashi. Yelah, kan nama penuhnya Hadi Zarkashi. Dah lama betul aku tak dengar orang panggil aku Kashi.
"Alhamdulillah, Kashi sihat. Ummi macam mana? Sorrylah Ummi, Kashi dah lama tak call Ummi. Busy sikit lately ni." Hadi menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.
"Ohh, Ummi ingatkan Kashi dah lupa Ummi. Balik pun tak. Telefon tak. " Ummi bersuara dengan suara yang rendah. Hadi ialah satu-satunya anak yang dimiliki olehnya. Dialah intan. Dialah permata.
"Ish Ummi ni. Apa cakap macam tu. Hmhm, Kashi ada benda nak bagitahu Ummi ni."
"Hah apa dia? Kamu dah ada bakal isteri ke? Ya Allah, syukur Alhamdulillah. Dapatlah Umm ni menimang cucu."
"Apa Ummi ni, sampai ke situ pulak. Bukanlah. Kashi nak cakap pasal Pak Yemlah, adik lelaki kesayangan Ummi tu."
"Ala Ummi dah excited dah nak jumpa future daughter-in-law Ummi. (Hadi tergelak dengar Ummi speaking). Kenapa dengan Pak Yem kamu tu?"
"Hmhm, Pak Yem suruh Kashi jadi CEO dekat syarikat dia. Hari tu, dia panggil Kashi masuk bilik dia, lepas tu dia cakap yang dia nak jadikan Kashi ni CEO sebab dia tak ada pewaris."
Hadi sambung meneguk air kopinya.
"Kan Si Hanah tu ada. Kenapa tak suruh Hanah je? " Hanah ni anak Pak Yem tapi dah lama tak berjumpa dengan Hadi sebab dia tengah sambung study kat luar negara.
"Entahlah Ummi, mungkin dia nak orang lelaki kut. Betul jugak kan. Kashi pun tak terpikir pasal Hanah. Tapi Hanah dah balik dari New Zealand ke?"
"Itu Ummi tak pasti pulak. Mungkinlah kut. Habis tu, kamu terima ke tak tawaran tu?"
YOU ARE READING
Cerinta Orang Istimewa
RomanceJangan malu-malu sangatlah nak baca vote and comment. HAHAHHAHAGAGAGA P/S : Cerita ini hanya untuk suka-suka, jangan cakap aku tak cakap. :')