Bab 10 - Layak Ke?

173 7 0
                                    

"Mona, Big Bos ada kat dalam tak?" Aku bertanya kepada Mona Seksi yang sedang sibuk membelek fail berwarna hitam yang agak besar.

Dia menjeling aku seolah-olah aku baru sahaja bertanya : katak boleh melompat ke?

Mona mengerutkan keningnya yang agak fake itu. "Kau tak nampak ke Big Bos kat dalam tu?" Aku pandang cermin kaca di sebelah pintu kayu bilik, teserlah kepala Datuk Ibrahim yang hampir botak tu. I should suggest Yun Nom Hair Care to him after this.

Hadi tersengih. "Lek lu... "

Dia mengetuk pintu Pak Yem.

"Masuk."

Hadi menapakkan kaki ke ruangannya. Aku bukan nak cakap apa tapi bilik dia ni, tak pernah gagal nak buatkan aku impressed.

Datuk Ibrahim memandang Hadi. Senyuman yang tidak asing lagi terukir di bibirnya. Dia menghulurkan salam kepada Hadi.

"Datuk, saya datang sebab nak bincang pasal CEO tu. " Hadi berkata sambil menyambut salam Datuk Ibrahim lalu duduk tanpa dijemput.

Mereka duduk bertentangan di ruangan sofa di tengah-tengah bilik Datuk Ibrahim. Coffe table yang elegan bewarna putih dan emas berada di antara mereka.

Datuk Ibrahim tersenyum. "Hah, macam mana? Kamu setuju?"

Hadi diam. Dia mengambil nafas dalam-dalam. Seakan-akan mahu menyedut ketenangan ke dalam jiwanya. Bismillahirrahmanirrahim.

"Saya setuju."

"I know you won't dissapoint me, Hadi." Senyuman masih tidak lekang di bibir kusam Datuk Ibrahim akibat menghisap rokok.

"Don't be too happy Datuk. I still don't get it. Saya ni tak ada kelulusan pun dalam bidang business. Kenapa Datuk nak lantik saya? Lagipun Hanah kan ada untuk memimpin company ni?" Kening lebat Hadi mula membentuk satu kerutan. Pelik. Ya, memang pelik. Hari ni kerja di HR esok lusa dapat jadi CEO. It's like a dream comes true.

Datuk Ibrahim sudah mengagak bahawa soalan-soalan itu yang akan keluar dari mulut Hadi. Dia menuju ke arah tingkap kacanya sambil menyilangkan tangan ke belakang.

"Kamu ingat Pak Yem buka company ni, ada master ke? PHD? I learnt from experiences, Hadi. And I believe, you too. You know this company so well. I have no doubt on it. Dah berapa lama Hadi kerja dengan company ni? Dah cukup lama Hadi. Dah tiba masa untuk Hadi majukan diri. Lagipun Hadi ni bukannya sesiapa pun, Hadi ni anak buah Pak Yem juga." Mata Datuk Ibrahim masih memandang tingkap full glassnya. Kereta-kereta di bawah kelihatan seperti semut dari atas sini.

"Pasal Hanah tu, she will join us soon. Kamu dengan dia akan bersama-sama memajukan company ni. Hanah akan membantu kamu menguruskan hal bisnes dan kamu akan tolong Hanah mengenali company ni." Sambung Datuk Ibrahim.

Hadi terdiam. Semuanya seolah-olah diaturkan. Dia hanya perlu mempersiapkan diri dan tingkatkan keyakinan diri.

Dia masih belum bersedia lagi sebenarnya. Syarikat Datuk Ibrahim merupakan syarikat yang menghasilkan cooking utensils atau dengan kata nama lainnya ialah peralatan memasak. Steelpower Holdings. Kuali, periuk, penapis, food processors, dan senduk merupakan sebahagian daripada peralatan memasak yang dihasilkan oleh Steelpower Holdings. Setakat ini, Steelpower Holdings baru sahaja bertapak di Kuala Lumpur dan mempunyai dua buah kilang di Shah Alam dan Meru. Hadi risau untuk memikul tanggungjawab ini sebenarnya.

"Tapi Datuk.."

"Hadi, jangan sesekali kamu berasa rendah diri dengan kekurangan kamu. Keganjilan kita, kekurangan kita, itu semua yang buatkan kita istimewa, lain daripada yang lain. Tak semua orang macam Hadi. Hadi sepatutnya grab the chance. Buktikan kat semua orang yang Hadi ni bukan selemah yang disangkakan. Jangan biar orang memandang kamu dengan sebelah mata, biar diaorang memandang kamu dengan kedua-dua belah mata sampai terbeliak pun tak apa sebab kamu mempunyai kelebihan yang tiada pada orang lain, tapi ada pada kamu. " Fuhhh, tiba-tiba rasa semangat pulak dengar ayat Pak Yem ni.

Cerinta Orang IstimewaWhere stories live. Discover now