"Cikgu Diyana, Cikgu Hamid nak jumpa awak dekat bilik dia".
Punyalah sedap aku tengah makan biskut oat krunch kat meja aku, guru besar pula panggil. Aduh.... Sebagai ucapan terima kasih aku senyum sahaja kat Cikgu Reen yang memberitahuku tadi.
Aku melangkah pergi dari meja aku dengan pertanyaan yang bermain-main lumba lari dalam fikiranku. Aik, kenapa pula guru besar nak jumpa aku. Aku ada buat salah laku guru ke. Bilik guru dengan pejabat tak jauh jaraknya, seminit pun sudah sampai.
Aku menghulurkan senyuman pada staf-staf pejabat- Encik Salleh, Cik Ainul. Pejabat nampak lengang mungkin kerana belum masuk waktu tengahari lagi. Aku ketuk pintu yang bertanda Encik Hamid bin Harun tiga kali.
"Masuk".
Terdengar suara yang tidak asing lagi, suara Encik Hamid, lelaki yang dalam lingkungan lewat 40-an. Beliau ini baik orangnya. Selalu memberi nasihat kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Megah ini lebih-lebih lagi kepada guru seperti aku yang mempunyai kekurangan.
Fikirannya yang jauh ke hadapan membuatkan beliau mudah diterima dalam kalangan orang seperti aku walaupun dia tidak buta, pekak dan sebagainya.
Aku memajukan diri ke hadapan dan sekali lagi mengukir senyuman. "Oh Cikgu Diyana. Mari, silakan duduk. " Lalu aku terus melabuhkan punggung ke kerusi biru di hadapannya.
"Saya panggil awak jumpa saya ini ada sebab." Menggigil jugalah aku dibuatnya. Ditambah dengan air-conditioner yang dipasang pada suhu yang agak rendah. Sejuk gila, tebal ke apa kulit Cikgu Hamid ni. Eh kejap, atas meja tu macam fail peribadi aku.
Aku perhatikan fail aku di atas mejanya. Gambar aku yang pada masa itu baru 18 tahun nampak kurang matang berbanding dengan sekarang. (Bandingkan muka korang sekarang dgn muka kat IC hahagaga).
Cikgu Hamid masih teruskan bercakap, " Saya tahu mungkin masa dan tempat ini tak sesuai, tapi saya takut kalau saya beritahu pada waktu lain, Cikgu Diyana tak mahu dengar".
Aku pandang dia dengan muka blur. Encik Hamid diam dan pandang aku. Kasi bunyi drum sikit, nervous ni.
"Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya"
Sumpah aku terkejut. Aku rasa macam seluruh pejabat dia ni, dinding syiling macam nak hempap aku, walaupun aku ni tak menghidap klaustrofobia.
Minutes are full with silence. Yang terdengar bunyi deruan air-conditioner je. (lalu cengkerik pun berbunyi, krik krik, krik krik haha).
Cikgu Hamid ehh aku rasa aku patut panggil Si Hamid ni da kenapa? Ya Allah, meh sini aku cerita kat kau orang, yang dia ini dah ada 2 orang bini woiiii!!!!
Aku bukanlah menolak poligami cuma aku hormati perasaan isteri-isteri dia. And takkanlah nak kahwin dengan lelaki tua. Ya Allah, mati kutu aku sekarang ni.
Dia perasan tingkah laku aku yang gelabah serupa beruk ni, lalu hulurkan sekeping kertas dengan pen. Okay aku lupa pula yang aku ni bisu and dia tak faham bahasa isyarat. Lalu aku coretkan 'Cikgu, biar betul? Cikgu main-main ke?'
Lepas sahaja dia baca tulisan aku itu, dia terus senyum. Eh da kenapa? Aku buat lawak ke? Wehhh, seram pulak aku ngan orang tua ni. Dan tadaaaa! Dia pun cakap benda yang paling aku tak suka nak dengar,
"Tak, saya serius. Saya nak jadikan awak bidadari ketiga saya".
Senyuman tu lekat lagi kat muka dia.
Ya Allah, kenapa jadi macam ni? Habis tu, selama ni dia baik-baik dengan aku sebab ni ke? Patutlah cikgu-cikgu semua buat muka bila dengar aku duduk puji dia ni. Aku pandang dia and he still wearing that sheepish smile.
Bilik ni tadi yang rasanya macam kat Kutub Utara, sekarang rasa macam kat Padang Sahara. Sepi. Sunyi. Senyap. And gerun.
Cuba bayangkan aku yg umur 24 ni kahwin dengan lelaki yang 20 kali ganda tuanya. Aku tengah hantar anak aku pergi sekolah and dalam kereta, anak aku tu manis mulut tanya, " Ibu, kenapa kawan Irfan/Irdina ejek ayah tu, atuk Irfan/Irdina?" (What? Kira okay apa aku dah fikir nama anak nak letak apa? Tipulah kau orang tak buat... )
Apa kau orang nak cakap ngan anak kau orang? Huhu.Aku tak nak duduk terkurung ngan Si Hamid ni lama-lama. So aku tulis lagi kat kertas tu, hentak pen, angkat kaki and blahhh.
Yang pasti, lepas je dia baca kertas tu and obviouslylah aku dah kat luar bilik dia terdengarlah satu jeritan "Diyana tunggu saya. Saya dah lama jatuh hati pada awak. Diyana!" Korang rasa, apa aku buat. Apa lagi, larilah. And pasal kertas tu aku tulis, 'Never, orang tua!'
What is sure is aku dah bersedia nak hadapi apa jua cabaran yang mendatang. Samada aku kena transfer sekolah lain atau dipecat dan yang sekutu dengannya esok.
Sepanjang waktu aku melarikan diri tu semua mata tertumpu kat aku, seolah-olah aku ni macam Fazura yang cun melecun macam Kim K. (Oopppss heheh) . Okey, aku dah tahu dah gossip apa yang akan disebar-sebarkan esok kat sekolah ni.
Haihhh, nasib badan...
Aku pergi meja aku, grab my handbag dan terus balik lagipun lepas ni tak ada kelas. Sebelum tu aku sempat bagitau Cikgu Hanah yang aku rasa tak sedap badan dan nak minta EL. Kepala aku ni dah rasa macam berat sangat. Mungkin sebab berat kut nak terima kenyataan ni. Aku baru sahaja dilamar lelaki beristeri dua.
Sampai je kat rumah, aku terus turn on air-conditioner lalu hempaskan badan kat sofa.
And satu lagi realiti yang menghempuk kepala aku ialah, aku Nur Diyana Hilmi yang bisu baru sahaja dilamar seseorang.
You know that feeling when you get the thing you most desire for your life.
Betul. Betul yang aku memang nak kahwin dalam lingkungan umur macam ni. Imagine, bangun pagi-pagi ada anak yang kita boleh cubit pipinya, suami yang kita boleh mess his hair up. Cute kan?
Aku memilih untuk layan movie bagi menghilangkan penat ni. Aku ni memang rare sikit. Orang lain pening, makan panadol, tidur. Aku ni hah duduk layan movie. Kebetulan pula Mira ada beli CD baru. Suami Aku Ustaz. (Ala, yang ada Ady Putra dengan Nora Danish tuuuu...)
Overall cerita tu memang best. Adalah part sedih dia bila Ady Putra kena masuk penjara. The most crucial thing is movie tu pasal cikgu bercinta dengan anak murid.
But me? Aku nyaris-nyaris nak buat movie Suami Aku Guru Besar. Eeeee geli wehhhhh...Kalau adalah cerita tu it must be starred by Nur Diyana and Hamid. Erghh, mohon muntah hijau.
***
Haha, baru tengok cerita tu. Tu yang excited tu. :)
YOU ARE READING
Cerinta Orang Istimewa
RomanceJangan malu-malu sangatlah nak baca vote and comment. HAHAHHAHAGAGAGA P/S : Cerita ini hanya untuk suka-suka, jangan cakap aku tak cakap. :')