Hadi tergesa-gesa pagi itu. Dia sudah terlambat ke pejabatnya. Dia hanya bekerja di bahagian HR yang mempunyai gaji sebanyak RM 3000 sebulan. Sedikit bukan? Nak buat macam mana, redha je lah. Dulu suruh buat SPM baik-baik tak nak dengar. Huhuhu."Sam, bangunlah weh." Hadi menolak badan Sam. Gedebuk! Sam terjatuh macam nangka dari sofa tempat mereka tidur tadi.
"Hisyyy, ko nak apa lagi?" Sam mengesat matanya lalu berkata "Apahal selak langsir? Aku mengantuk lagi lah wehh" lalu menyambung tidurnya. Sengal punya kawan.
"SAM, DAH LAMBAT DAH NI! AKU NAK PERGI OFFICE WEHHH!" Hadi menjerit dekat telinga Sam. Huh, padan muka.
Sam terpisat-pisat lalu duduk di atas lantai. "Ohh ye ke? Heheh" Dia tersengih macam kerang busuk.
"Hah, baju apa kau nak pakai? Merah? Hijau?" Sam mula bangkit menuju realiti. Syukur. Kalau tak lagi kena hempuk dengan aku.
"Aku nak pakai baju warna hijau cair hari ini. Tolong carikan." Hadi membuka almarinya yang tidak asing lagi bagi Sam.
Sam berdiri lalu menuju ke baju-baju kemeja yang tergantung dalam almari Hadi. Jari jemarinya menyelak satu demi satu helai baju sehingga terjumpa satu yang berwarna hijau cair.
Sambil itu, laju sahaja mulut dia bertanya "Kenapa tiba-tiba terdetik nak pakai warna pembangkang ni?" sambil menghulurkan kemeja itu kepada Hadi.
Sam tersengih lagi menyerlahkan giginya yang kekuningan and of course disertakan sekali dengan morning breath. Yukss.
"Warna je lah. Huh, typical Malaysian. Pergi gosok gigi tu. Berkarat dah aku tengok." Hadi mendengus lalu berlalu pergi sambil mengucapkan terima kasih. Dan sudah tentu dibalas dengan flying kiss berbau oleh Sam.
Hadi melangkah keluar dari rumahnya dengan tie disangkut di lengan. Sungguh tak sempat. Ini semua gara-gara stay up late layan movie Jwanita malam tadi. Siut punya Sam. Takut nak tengok seorang-seorang diajaknya aku. Lahabau betul.
Last-last, aku bangun pagi dengan Sam merangkul aku. Macam gay pun ada. Dah lah air liur meleleh. Jijik.
Hadi hanya menolak grill rumah tanpa menguncinya. Cukuplah pintu dan pagar rumah sahaja yang dikunci. Sam? Ohh Sam memang bangun lambat macam tu. Diakan journalist. Suka hati dia lah nak bangun pukul berapa. Untung...
Rumah Hadi ni biasa je. Rumah teres 2 tingkat di Cheras. Untungnya, famili dia memang dah bagi rumah ni kat Hadi. Dia dengan Sam tinggal bayar bil air, bil elektrik je.
Kaki Hadi bergegas melangkah ke stesen komuter Cheras berdekatan rumahnya. Hadi seorang sahaja di situ. Dia membelek jam. Alhamdulillah tak terlambat.Dia mengatur langkah untuk membeli tiket komuter ke Bandar Tun Razak. Selang lima minit komuter pun sampai.
Dia melabuhkan punggung di kerusi komuter. Tak ramai orang memilih untuk pergi ke kerja dengan public transport. Pertama mungkin sebab privasi. Kedua pengangkutan awam ni tak lalu tempat yang mereka nak pergi. Ketiga mungkin sebab mereka tidak berasa yakin dengan keselamatan pengangkutan awam.
Tapi apa yang pasti hanya sebilangan sahaja yang mempunyai sebab yang sama dengannya. Ya, Hadi Zarkashi rabun warna. Terutamanya warna hijau dan merah.
Komuter yang dia naiki akhirnya sampai ke stesen komuter di Bandar Tun Razak di mana pejabatnya berada. Dia berlari-lari anak ke pejabatnya yang tidak jauh dari situ. Itulah rutin hariannya.
Sebelum kakinya melangkah masuk ke pejabatnya di tingkat dua, dia ditegur oleh Juliana pekerja di restoran Masakan Bonda bersebelahan dengan banggunan pejabatnya.
YOU ARE READING
Cerinta Orang Istimewa
RomanceJangan malu-malu sangatlah nak baca vote and comment. HAHAHHAHAGAGAGA P/S : Cerita ini hanya untuk suka-suka, jangan cakap aku tak cakap. :')