Bab 5 - Hadiah Tepi Tingkap

156 6 0
                                    

"Skrittt! Skrittt."

Bunyi tu lagi. Aku menoleh ke arah jam tangan Boniaku. Jarum panjang berada pada nombor 1 manakala jarum pendek pada nombor 2. Hmhm awal lagi kalau ada hantu pun. Aku singsing lengan baju kurungku sampai ke siku. Ni hantu ke pencuri ni. Aduh, Mira pun tak balik lagi ni. Pencuri ni pun satu. Aku tengah penat-penat balik dari sekolahlah, baru dia nak mencuri. Haihhh...

Aku melangkah dengan ketakutan ke arah tingkap bilikku. Silau yang menyakiti mataku ku tutup dengan tangan. Aku menyambar pemukul baseball yang memang aku sediakan untuk saat macam ni.

Bismillhirrahmanirrahim.

Aku membuka tingkap lalu secepat mungkin cuba menghayunkan pemukul baseball yang agak berat itu. Namun pencuri yang ada di hadapan aku mempunyai kelebihan berlari dengan pantas kerana tiada apa-apa di sebalik tingkapku.

Dia mesti dah lari ke atas bumbung ni.

Aku menjengukkan kepalaku ke kiri. Hmhm, tak ada apa-apa.

Aku menoleh pula ke kanan. Ya Allah!!! Benda tu dah perasan aku pandang dia. Dia mula menuju ke arahku. Aku takut. Aku takut dia terjatuh. Tup-tup dia dah menggesel kat lengan aku.

Ya, 'benda' tu ialah seekor kucing. Haha pandai kan aku buat suspens. Kucing biasa je bagi aku. Bulu oren hitamnya lembut menyentuh kulitku. Manjanya dia ni. Aku perasan yang dekat telinga kanan dia tu ada tompok warna putih. Lawak betul. Aku membawanya ke dakapanku lalu mengusap-usap perutnya.

Ehh kejap. Aku tengok balik ke tempat tadi di sebalik tingkap. Laaa, dia bawa anak rupanya. Ada lima ekor anaknya. Comel. Aku tengok seekor tu dah hampir-hampir nak terjatuh. Apalagi, cepat-cepatlah aku ambil sarung tangan berkebunku dalam almari baju lalu membawa anak kucing itu ke dalam bilik ku. Bukan apa, ibu kucing tak suka kalau anak dia ada bau orang yang dia tak kenal.

Nasib baiklah tangan aku ni sampai nak capai anak kucing tu. Mata dia yang berwarna biru tu pandang anak mata aku. Lepas tu dia mengiau. Mak kucing tu perhati je aku ni.

Aku ambil kesemuanya lalu kuletakkan di hadapan katil aku. Mak kucing tu menjilat anak-anaknya lepas tu baring kat atas lantai bilik aku. Dah baring, apa lagi, menyusulah. Comel diaorang beratur sederet minum susu. Aku tersenyum sambil menutup tingkap.

 Aku tersenyum sambil menutup tingkap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku melangkah ke arah mak kucing itu.

Hmhm, dia tak ada kolar nama kat leher. So maksudnya bukan kucing orang lah kan. Heheh.

Aku bergerak pantas menuju ke bilik stor lalu mencari sebuah besen. Aku lapikkan dasar besen itu dengan kain yang tebal. Cukup untuk menghilangkan kesejukan. Semangkuk air turut aku sediakan di sebelah besen itu. Aku pandang Along. Along mengiau manja sambil memandangku. Mulutnya seperti membentuk satu senyuman.

Yeahh, this is your new house!

'Mira, please! For this one time! I'm begging you.' Aku buat isyarat tangan kat Mira. Mira pun dalam proses nak belajar bahasa isyarat.

Cerinta Orang IstimewaWhere stories live. Discover now