Bab 4 - Tawaran Special

200 7 0
                                    

Nervous. Itu yang dirasai oleh Hadi Zarkashi apabila dipanggil oleh Datuk Ibrahim Mahmud, big bosnya merangkap bapa saudaranya. Ya, pak cik sebelah umminya.

Apa lagi lah yang dia ni nak daripada aku. Eiii. Hadi mengetuk pintu Datuk Ibrahim.

"Masuk." Sahut Datuk Ibrahim.

Hadi masuk ke ruangan pejabat Datuk Ibrahim. Mewah. Cat biliknya yang berwarna biru laut seakan-akan memberi ketenangan kepada Hadi yang sedang berdebar-debar. Ada ruangan sofa dan meja bulat di sudut bilik itu. Meja kerja Datuk Ibrahim terletak berdekatan dengan tingkap kaca. Fully glass. From top to bottom. Boleh nampak Stesen Komuter Bandar Tun Razak dari sini.

"Hadi, jemput duduk." Datuk Ibrahim tersenyum ikhlas sambil mendepakan tangannya menyuruh Hadi duduk di atas kerusi jati mewahnya yang diukir dengan kerawang bunga di hadapan meja kerjanya.

Hadi tersenyum juga. Takut dikata biadap pula kalau membatukan diri.

"Kenapa Datuk panggil saya?"
Hadi mula cuak. Peluh jantannya mula menitik walaupun suhu di bilik ini hanya serendah 20 degree celcius.

"Eh dah berapa kali Pak Yem cakap jangan panggil Datuk. Panggil macam biasa je."

"Tapi kita kat tempat kerja ni Datuk. Seganlah orang dengar. Diaorang pun tak tahu saya ni anak saudara Datuk." Hadi tersenyum tawar. Dia memang merahsiakan perkara itu daripada staf-staf yang lain. Dia tidak mahu dicop anak emas Datuk dan sebagainya. Cukuplah dia masuk di sini atas bantuan Datuk Ibrahim. Dia tidak mahu orang mengata dia mengambil kesempatan.

Datuk Ibrahim mengukir senyuman.

"Ni yang Pak Yem suka tentang kamu. Kamu ni merendah diri, tak sombong. Jarang ada anak muda yang macam kamu ni. Hmhm." Dia mula melangkah ke arah aku dan masih memakai senyuman yang sama.

Makin lama aku perhatikan senyuman dia makin pelik. Hmhm, dia nak apa sebenarnya ni.

Hadi menyilangkan lengannya ke bahu sperti wanita yang takut diapa-apakan.

"Datuk nak apa sebenarnya ni? Memang saya ni belum kahwin, girlfriend pun tak ada. Tapi tu tak bermaksud saya bersetuju dengan tawaran Datuk. Salah benda yang Datuk nak buat tu."

Hadi meningkah sambil bangun daripada kerusi lalu bergerak ke arah yang bertentangan. Tak ingin aku jadi anak ikan dia.

Datuk Ibrahim memberhentikan langkahnya lalu bertanya " Kamu dah tahu pasal tawaran tu? Jadi apa salahnya kalau kamu terima? Ini untuk kepentingan kamu juga. Masa depan kamu."

"Ya Allah, Datuk Ibrahim. Walaupun saya teringin sekali nak hidup senang, tak pernah terlintas dekat kepala otak saya ni nak buat perkara keji tu." Aku taulah kau ni Datuk tapi tak semestinya kau boleh paksa-paksa aku.

"Apa yang kamu cakapkan ni. Takkanlah niat Pak Yem nak jadikan kamu sebagai ahli CEO syarikat ni kamu kata keji?" Datuk Ibrahim mula mengalihkan pandangannya ke arah tingkap kacanya.

Ohh okay. Aku yang fikir lain. Lol. Sentap pula orang tua ni. Okay back to reality. Biar papaya (betik jugak kannn) dia nak jadikan aku CEO syarikat ni. This is unbelievable. Seolah-olah aku baru sahaja menang cabutan bertuah rumah banglo tepi pantai ataupun mendapat tiket percuma ke Australia. Sungguh aku tak percaya. Sungguh aku terkejut. Sungguh sungguh sungguh! Hati Hadi mula berkata-kata.

"Tak apa. Pak Yem bagi kamu masa untuk berfikir. Ambillah masa kamu sepuasnya. Tapi janganlah lama sangat. I'm not young anymore, Hadi." Sempat pula Datuk Ibrahim berseloroh.

Cerinta Orang IstimewaWhere stories live. Discover now