"So, bila kau sampai sini? Pak Yem tak cakap apa-apa pun dengan aku."
Kata Hadi sambil matanya menerawang ke pedometer Range Rover yang dipandu Hanah.
Smart gila Range Rover ni.
"Hahaha actually aku tak bagitahu pun diaorang lagi yang aku nak balik. Lepas je turun flight, aku terus datang sini." Hanah mengukir senyuman. Tangannya masih cekap memandu kereta mewah itu. Sekali-sekali terkeluar juga perkatan bastard, dumbass, dan juga stupid daripada bibir merah jambunya kerana pemanduan pengguna lain yang tidak berhemah.Gilalah Hanah ni. Balik je dari oversea terus gi kondo dia, tak jumpa Pak Yem pun. Kalau aku buat macam tu, confirm Ummi tak mengaku anak.
"Kiranya kau nak cakap yang aku ni orang pertamalah kau jumpa gitu?"
"Aku sebenarnya tak nak buat kau bangga, kembang seluruh badan, but you can say that."
"Eleh, setakat kau nak jumpa aku, aku tak heranlah. Ingatkan artis manalah yang nak jumpa aku tadi."
"Ehh tolonglah eh. Bersyukur sikit aku kutip kau tadi. Dapat jugak kau merasa naik kereta aku." Sengaja Hanah menekankan perkataan kutip.
"Kutip is the only word in your dictionary is it? Banyak lagi kut ayat lain yang lebih tulus dan murni daripada kutip."
Hadi buat-buat menjeling kat dia.
Hanah gelak.
"Kalau kau pakai purdah, dah macam awek Arab dah kau jeling aku tadi. Kalau aku ni lelaki confirm aku melting."
"Tak payah pakai purdah pun, beratur perempuan nak kat aku." Hadi tersenyum bangga sambil menjongket-jongketkan keningnya.
Tiba-tiba Hanah gelak terbahak-bahak. Tangan sebelah kanannya masih memegang kemas stereng kereta manakala tangan sebelah kiri dia dah macam tentacles dah. Tentacles yang menepuk-nepuk bahu kanan Hadi.
Ishh dia ni. Dari kecik sampai dah besar, asal gelak je kena bertepuk-tampar. Tak berubah.
"Just focus on your drive Hanah. I don't want to end up in hospital after this. With you." Kata Hadi sambil memegang pemegang di bahagian atas pintu kereta. Tak pasal-pasal accident nanti.
"Kejap, apa kau cakap tadi? Beratur perempuan nak kat kau? Seriously dude! Bila kau last ada girlfried? Tak silap aku masa kau habis SPM dulu kan? Itupun dengan minah kilang mana entah. Lol, Hadi." Hanah tergelak lagi. Kali ini, Hanah mengelap air mata ketawanya yang mula terbentuk di hujung mata.
Hadi mencuka.
"Sekarang ni tak mainlah nak berawek-awek. Aku nak cari bakal isteri terus. Amacam? Haha."
"Biasanya orang yang cakap macam ni dah jumpa jodoh. So, you already found the one?"
Lampu isyarat di persimpangan jalan mula bertukar merah. Hanah memandang Hadi dengan penuh makna. Sambil itu jari telunjuknya digoyang-goyangkan ke arah Hadi seakan-akan aiyok, tak tahu, dan ingin menduga siapakah wanita yang menjadi pujaan sepupunya ini. Hadi memandang seketika ke tangan putih milik Hanah. Tersarung sebentuk cincin silver di jari manisnya. Pelik, Hanah tak suka pakai cincin.
YOU ARE READING
Cerinta Orang Istimewa
RomanceJangan malu-malu sangatlah nak baca vote and comment. HAHAHHAHAGAGAGA P/S : Cerita ini hanya untuk suka-suka, jangan cakap aku tak cakap. :')