"Mana sujeong ni? Dia tahu tak masuk sekolah pukul tujuh suku. Sekarang dah pukul tujuh." Membebel L dalam hati.
Sujeong menuruni anak tangganya dengan laju untuk berasarapan. Lalu nenarik kerusi dan duduk.
"Woi! Sempat lagi kau nak duduk. Kau tahu tak sekarang dah pukul berape?" Marah L
"Ish,yelah yelah." Sujeong mengeluh. Dan bergegas membawa sekeping roti menggunakan giginya terus keluar untuk memakai kasut. L yang sudah lama menunggu di pagar sudah terlentok kepalanya.
Sujeong yang sudah siap memakai kasut menarik telinga L. "Ih! Sakitlah. Kau ni." Mereka berdua berlari ke kereta dan meminta maaf kepada appa sujeong kerana lewat.
Di dalam kereta...
"Sujeong, kau tau tak kenapa kau lambat. Sebab kau mandi sampai 20 minit. Kau tahu? Orang pagi-pagi mandi 5 minit je."
"Oklah tu 20 minit. Kau tu yang mandi kerbau 5 minit je." Sujeong membalas balik kata-kata L.
"Eh, bagi kau kejap bagi aku lama." Marah L sambil memerhati keadaan sujeong yang kelam-kabut. L tertawa kecil apabila ternampak kasut sujeong yang kelakar.
"Kau pahal gelak?" Pelik sujeong sambil mengerutkan dahinya.
"Kasut kau. Kenapa kau tak beli kasut tali. Lepastu kenapa kau kau beli kasut jenama disney ni. Like a kid you know. Serieusly kelakar."
"Tak lawak lah. Lagi pun kasut ni senang daripada tali yang berbelit-belit tu." Balas sujeong sujeong sambil membelek-belek kasutnya.
Sesampainya di hadapan pagar sekolah...
"Pak cik sekejap, jangan tutup pagar lagi!" Jerit L apabila ternampak pak cik guard yang hampir menutup pagar sekolah.
Nasib pak cik guard tu tak pekak. Kalau tak mereka berdua kena panjat pagar lagi macam tahun lepas. "Maaf ya pak cik kami lambat 5 minit." Tunduk L dan sujeong meminta maaf.
Lalu dia membuka pagar itu tanpa berbebel seperti cikgu Ji Sukjin. Lantas L memegang tangan Sujeong dan berlari ke arah tapak perhimpunan.
"Alamak, mana kelas kita ni L?" Cemas sujeong. "Ha! Tu pun Chorong. Bye bye L pandai-pandailah kau cari kelas kau." Sujeong berlari ke arah Chorong.
"Woi! Sujeong. Sampai hati kau tinggalkan aku. Kau tahu tak kau yang lambat. Tolonglah aku cari kelas aku." Jerit L dengan nada perlahan.
"Eh sujeong kenapa kau lambat?" Tanya chorong. "Adalah dengan sebab-sebab yang tertentu." Balas sujeong tanpa memikir ape-ape.
30 minit kemudian...
"Eh lama gila cikgu sukjin berucap. Daripada tadi muka dia je. Kalau macam ni tadi lagi lambat pun tak ape." Bebel sujeong
Tepat pukul lapan semua murid-murid masuk ke kelas masing-masing.
"Akhirnya masuk juga kelas.""Chorong nak duduk mana eh?" Tanya sujeong sambil matanya meliar ke seluruh kelas.
Tiba-tiba ada seorang mamat menolak sujeong dari belakang. "Gile eh. Tercongok dekat sini buat ape orang nak lalulah gile. Gedik!" Marah seorang lelaki tu.
Sujeong yang seperti kenal suara itu menoleh ke belakang. Dah agak dah. "Kau lagi. Kenapa kau mesti muncul dekat mata aku? Alien!"geram sujeong apabila ternampak muka si Alien tu. Sujeong bertekad dalam hati yang dia akan duduk berjauhan dengan v.
"Ha! Kita duduk sanalah sujeong." Chorong menarik tangan sujeong. Sujeong masih memandang muka V dengan mimik muka menyampah.
Semua murid-murid sudah mempunyai tempat duduk. Apa lagi kalau cikgu belum masuk kelas. Kelas pon akan jadi macam pasar.
"Chorong, agak-agak siapa guru kelas kita?" Tanya sujeong.
Tok! Tok! Tok!
Itu dia guru kelas ni. Cikgu Jihyo melangkah masuk ke dalam kelas yang bising seperti pasar.
"Selamat pagi semua"
"Selamat pagi cikgu Jihyo." Mereka semua membalas dengan nada ala-ala malas gitu.
"Semua boleh duduk"
Mereka semua bising semula dan langsung tidak endahkan guru di hadapan mereka.
Cikgu Jihyo hanya memerhati perlakuan mereka semua yang tidak menghormati guru. Dengan tidak semena cikgu Jihyo yang tidak garang itu serta-merta mengetuk meja tanda marah. Membuatkan semua pelajar terpaku dan tidak percaya akan tindakan cikgu Jihyo. Lalu cikgu Jihyo membuka suara dengan nada marah.
"Baru hari pertama sekolah dah macam ni ye!" Tegas cikgu Jihyo.
"Saya nak semua orang bawa beg dan berdiri di depan papan hitam. Sebab saya nak atur kedudukan kelas. Saya tahu kamu semua bising sebab berbual dengan kawan kamu. Biar saya pisahkan kamu dengan kawan kamu biar tak bising kelas ni. Satu meja untuk lima orang. Faham!" Cikgu Jihyo memang betul-betul garang pada masa ini.
Sujeong amat berharap agar dia satu meja dengan Chorong kerana ada tiga meja sahaja yang tinggal. Dan cikgu mengumumkan meja ketiga yang terakhir ini.
"Saya nak Yein duduk situ." Cikgu menunjuk ke arah tempat yang kosong itu.
"Jebal. Jebal. Jebal." Sujeong tak habis habis menjebal dalam hati.
"Orang yang kedua Chorong." Sujeong kini amat berharap dia akan duduk di meja itu.
"Yang ketiga V."
"What! Apa semua ni! Aku tak tahu nak duduk dalam kumpulan tu atau tak." Hancur harapan Sujeong apabila diumumkan orang yang kedua Chorong dan ketiga V. Diorang berdua ada dalam satu kumpulan. Dalam tu ada kawan baik dengan musuh ketat.
Aku pasrah jelah."Orang yang keempat.......ha! Yang ikat rambut satu tu"
"Eh, akulah" Sujeong hanya mengikut apa yang cikgu itu suruh. Perasaan yang tidak boleh digambarkan kerana gembira dapat semeja dengan kawan baik dan marah kerana semeja dengan musuh ketat forever.
"Yang kelima Jungkook." Sujeong masih terpaku dengan apa yang telah terjadi.
"Adwaeeeeeee!!!!!!!"
YOU ARE READING
You Are My Sunshine Of My Life | K.T.H
De Todo'TAEJEONG ENEMY FOREVER' "I love you, enemy."💕