Jam menunjukkan pukul 6 p.m. Kris memerhati sesekeliling bilik isterinya. Penuh dengan bahan bacaan dan barangan peribadi isterinya itu. Dia (Kris) cuba juga mencari bukti² atau tanda² kewujudan teman lelaki isterinya itu,tetapi tiada apa yang dijumpainya. Isterinya ini tiada teman lelaki ke? Kata budak terkenal dekat sekolah? Langsung x de surat peminat ke apa?
Di meja yang menempatkan barangan peribadi isterinya terdapat sebuah bingkai gambar sepasang kanak² sedang tersenyum gembira dengan ice cream di tangan masing².
'Macam pernah nampak gambar ni.' Desis Kris."Siapa suruh awak sentuh barang² saya?" Soal Jia secara mengejut.
Kris memandang isterinya dengan perasaan terkejut.
"Awak ni buat saya terkejut. Nasib baik x de sakit jantung." Bebel Kris.
"Siapa suruh sentuh barang saya." Jawab Jia selamba sambil mengeringkan rambutnya.
Jia berjalan mendekatinya dengan hanya memakai bathrobe.
"X nak mandi ke?" Soal Jia sarkastik.
"Aa... Ouh... nak mandi lah ni." Jawab Kris gugup.
"Sejak bila pulak Mr Wu kita ni gagap?" Jia tersenyum sambil mendekatkan wajahnya ke telinga Kris.
"Sejak dapat isteri yang sexy dan naughty macam awak." Jawab Kris selamba.
Pipi Jia dicium pantas sebelum memboloskan diri ke dalam bilik air.
Jia sudah terpegun di situ. Pipi yang baru sahaja di cium disentuh perlahan.
'Aishh... melampau betul!' Gerutu Jia di dalam hati.
***
"Mana Kris?" Soal Mrs Ryu sebaik sahaja melihat anak bongsunya itu menuruni tangga.
"Mandi. Omma buat apa?" Jawab Jia.
"Masaklah sayang. Omma x sempat nak masak macam²,malam ni kita makan bibimbap je eh." Balas Mrs Ryu.
"Okay omma. Bibimbap omma sedap apa." Jia berkata sambil duduk menghadap ommanya yang sedang menyediakan bahan.
Mrs Ryu tersenyum mendengar jawapan anaknya.
"Omma..."
"Hmm..."
"Omma rasa Jia dapat sambung A-level Jia dekat overseas x?" Soal Jia.
"A-level? Sejak bila Jia nak ambil medic ni?" Mrs Ryu ketawa.
"Sejak Jia rasa medic best choice. Omma... jawablah soalan Jia." Desak Jia.
"Sayang, omma rasa Jia better tanya suami Jia tentang tu. Omma dan Appa x kan halang cita² anak bongsu kami ni." Mrs Ryu tersenyum.
Jia mencebik.
"Macam x de harapan je kalau gitu." Rungut Jia.
"Kalau Kris x bagi,Jia sambung je A-level dekat Korea. Kan banyak universiti yang buat A-level." Balas Mrs Ryu.
"Omma... sambung A-level adalah suatu platform untuk Jia travel dan mungkin boleh terus menetap di sana." Jia berceramah.
"Dah agak dah point Jia sebenarnya. Jia nak sambung A-level dekat overseas tu sebab nak menetap dekat sana kan." Mrs Ryu membidas.
"Perancangan je. Mana tau dpt job dekat sana. Pendapatan pon lumayan apa dekat US tu." Jia tersengih.
"Haihh... anak omma yang sorang ni. Omma rasa better Jia sambung lawyer or politician."
"Lawyer? Politician? Kenapa pula?"
"Sebab anak omma ni banyak sangat benda nak cakap and kalau masuk competition debat,komfem champion." Mrs Ryu mencuit hidung anaknya.
YOU ARE READING
H²SO⁴ + NaOH = LOVE
Random*Have been released* Sorang macam asid sulfurik (H²SO⁴),Sorang lagi pulak macam natrium hidroksida (NaOH). Pergaduhan kecil pasti berlaku antara mereka jika bertemu. Sekuat mana sekali pon ke'alkali'an natrium hidroksida tapi dia masih mampu mena...