*knock knock*
"Jia,buka pintu ni. Saya nak masuk." Ucap Kris disebalik pintu.
Jia yang sedang mengelamum, terkejut dengan suara suaminya itu menyelubungkan diri di dalam selimut.
'X kuasa aku nak buka pintu tu. Pandai² lah kau hidup. Tidur luar pun bagus.' Desis Jia
Mata dipejam serapat mungkin. Seluruh tubuhnya di dalam selimut.
***
'Haihh... dah tidur ke budak ni.' Desis Kris.
"Hyung,kenapa x masuk bilik lagi ni?" Soal Dong Hui kepada Kris.
"Errr...Jia dah tidur kot. Appa ada simpan kunci pendua x?" Soal Kris.
"Ouh... Jia memang suka kunci pintu. Jap, Dong Hui tanya appa dulu." Balas Dong Hui.
"Okay,thanks." Kris tersenyum.
Dong Hui menuju ke arah bilik kerja Mr Ryu kerana appanya berada di situ.
Tidak lama selepas itu,Dong Hui kembali dengan segugus kunci ditangannya.
Kris tersenyum.
"Terima kasih Dong Hui." Kris menyambut huluran gugusan kunci daripada Dong Hui.
"Sama². Appa kata,better kalau hyung simpan je kunci bilik Jia tu. Senang nanti." Dong Hui berkata.
"Okay. X pe, Dong Hui masuklah bilik dulu. Nanti hyung pulangkan kunci ni dekat appa." Kris menepuk-nepuk lembut bahu Dong Hui.
"Goodnight hyung." Dong Hui berkata sebelum meninggalkan Kris.
*click click*
Kris memandang ke arah katil. Isterinya sudah tertidur.
'Nasib kaulah Kris dapat isteri budak² macam ni. Layan jelah.' Ucap Kris di dalam hati.
Matanya tidak mahu terlelap lagi,walaupun badannya sudah seperti mahu patah dua. Kris bergerak ke arah balkoni yang terdapat di dalam bilik isterinya. Mengambil angin malam diluar. Ditenung langit gelap. Kawasan kejiranan sudah gelap gelita,hanya lampu jalan yang masih menerangi kawasan kejiranan itu. Sebuah keluhan dilepaskan. Rambut yang sudah sedikit panjang dilurut ke belakang. Kebelakangan ini otaknya berserabut memikirkan masa depan sendiri. Mampukah dirinya menjadi seorang ketua keluarga yang baik untuk keluarganya? Dia sendiri tidak pasti.
Jia yang berpura-pura tidur sebentar tadi mengintai ke arah suaminya secara senyap² di dalam selimut. Dilihat suaminya seperti sedang bermasalah.'Kris ada masalah ke?' Desis Jia.
Tiba² iphone 6s+ Kris berbunyi menandakan sesorang menelefonnya. Jia sudah kembali menyelubungi badannya,takut Kris menyedari dirinya masih belum tidur.
Kris bergerak masuk ke dalam bilik dan dicapai telefonnya. Belum sempat menjawab panggilan tersebut sudah dimatikan. Jam di dinding dilihat sebentar. 12 a.m. Siapa pula yang menelefonnya malam² buta seperti ini?
Nombor itu di dail semula.
"Hello,siapa ni?" Soal Kris.
"Hello,Kris. Aku ni Luhan." Jawab pemanggil.
"Ouh... Han. Kenapa call aku malam² ni?" Balas Kris.
"Sorrylah Kris,aku lupa kau baru kahwin. Kacau daun ke?" Soal Luhan mengusik.
"X de maknanya lah. Kau nak apa?" Jawab Kris bosan.
"Hahahahaha... sorry². Ni ha nak bagitau yang result tesis untuk PhD tu dah keluar."
YOU ARE READING
H²SO⁴ + NaOH = LOVE
Aléatoire*Have been released* Sorang macam asid sulfurik (H²SO⁴),Sorang lagi pulak macam natrium hidroksida (NaOH). Pergaduhan kecil pasti berlaku antara mereka jika bertemu. Sekuat mana sekali pon ke'alkali'an natrium hidroksida tapi dia masih mampu mena...