Ting ! Ting ! Ting !
( Sunggi's P.O.V )
Tepat pada jam 3 petang , aku sah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang aku tak kenal.
Kenapa semuanya aku ? Aku pun ada hak. Tak semesti nak ikut hak mak ayah aku je.
Krekkk
Pintu bilik dibuka seseorang. Dan muncul seseorang di muka pintu.
" Sunggi ? Tak siap lagi ? Kejap lagi dah nak pukul 3. Baik kamu siap cepat. " Puan Lee , ibu aku , menyerahkan baju wedding kepada aku.
" Mama , Sunggi tak nak lah. Sunggi tak kenal pun dia tu. " aku memeluk diriku. Harap2 dengan cara ni Mama mengalah.
" You cannot cancel it last minute dear. Jangan malukan Papa dengan Mama depan khalayak ramai. Kamu siap pakai cepat. Nanti mama datang balik. " Mama menjinjing bag tangannya lalu membuka pintu bilik.
" Tapi ingat , jangan harap yang kamu akan larikan diri dari wedding ni. Kamu dengan Younha tu ber-plan macam2. Ingat mama tak tahu ? Huh. " Mama menjeling. Lalu keluar dari bilik.
Ishhh!!! Kenapa plan aku semuanya bakal rosak ?! Urgh.
Aku mencampak baju wedding ke atas katil. Terasa benci pulak tengok baju tu.
******
Selesai sudah Sunggi memakai anting2 serta mahkota kecil di atas kepala , pembantunya menyerahkan bunga rose putih yang sudah sedia diikat dengan reben.
" Mari. " pembantu Sunggi mula mengiiringi Sunggi sehingga lah tiba di pintu dewan.
Dan papa mula muncul. Sunggi menyelitkan tangannya ke tangan Tuan Lee. Sedikit senyuman tawar terukir. Pintu dewan masih tertutup , tapi boleh kedengaran suara riuh tetamu.
" Ready ? " Tuan Lee senyum ke arah Sunggi.
" Yes Papa. " Sunggi membalas senyuman tersebut.
Krekkkk !!
Pintu dewan besar dibuka oleh pekerja2 yang telah ditugaskan. Para tetamu tertumpu ke arah pintu. Masing2 senyap. Ramai mata2 yang tertumpu ke arah Sunggi dan Tuan Lee. Jantung mula berdegup laju.
*********
( Hoshi's P.O.V )
Berdiri nya aku disini dengan kaki yang menggigil dari tadi tak henti menggigil membuatkan jantung aku berdegup laju. Nasib tak terkeluar. Kalau keluar tadi , confirm mati.
Berbalik pada cerita , setelah pintu dewan dibuka , lansung aku tak nampak muka pengantin perempuan. I mean my wife to be. Urgh please. Yang aku nampak susuk tubuh orang yang kiri kanan ada cahaya terpancar. Silau mata aku.
*******
( Sunggi's P.O.V )
Pintu dewan buka je , orang pertama aku nampak tu ha orang depan sekali tu. Bakal suami lah dikatakan.
Setapak aku jalan , muzik mula mengiringi. Hebat lah aku ni. Jalan je muzik dah ada. Hebat.
Setibanya di depan bakal suami aku tu , Papa mula menyerahkan tangan aku ke tangan lelaki itu. Andwaeee!!
Aku menyahut tangan lelaki tersebut. Berdiri sebelah dia. Dengan kain veil yang tutup muka aku ni , susah aku nak tengok muka dia dengan jelas. Huh!
" Cik Lee Sunggi , sudikah Cik menerima Kwon Soonyoung sebagai pasangan hidup cik semasa bahagia dan juga sedih ? ( hentam bha xD ) dan juga sedia menjaga dia tatkala dia kesakitan ? " paderi (?) Ntah lah. Mula mengajukan soalan ke aku.
" Ya saya terima. " jantung aku berdegup kencang.
Ahhhh !! Tidak!! Kenapa aku cakap terima ?! OMG !!! No!!
" Baiklah. Encik Kwon Soonyoung , sudikah encik menerima Lee Sunggi sebagai pasangan hidup encik seumur semati ? semasa bahagia dan juga sedih ? ( hentam bha xD ) dan juga sedia menjaga dia tatkala dia kesakitan ? " diajukan lagi soalan.
" Ya. Saya terima. " jawab lelaki itu.
Kenapa kau tak jawab TIDAK ?! Susah sangat ke ?! Ohmakk!!
" Baiklah , kedua pasangan pengantin dibenarkan bercium sebagai tanda sah. " kali ni , apa punya bangang lah kata dia pi cakap.
Lelaki itu pun memusingkan badan aku menghadap dia. Lepas buka je kain veil ni , dapatlah aku tengok muka dia.
Kain veil aku mula diselak dan ditolak ke belakang.
Hoshi ?
Mata aku terbuntang luas melihat wajah musuh ketat aku.
What ? Dia husband aku ?! Takde orang lain ke ?!
Hoshi pulak hanya tersenyum senget. Apa lah masalah dia ni senyum senget tengok aku. Dah lah mata sepet. Tidur ke apa ? Huh.
Hoshi memegang kedua pipi aku dan dia mendekatkan muka aku dengan dia , dan....
Dengan sekali tarikan tangannya , bibir aku dan bibir Hoshi bersentuh.
Andwae !! Dia curi first kiss aku !! Urghhh!!
Dan.. dia memperdalamkan ciuman itu.
Hoii!! Dah lah tu!!! Takyah nak.over sangat lah!! Dahlah curi first kiss aku!! Hoii !! Kiss aku ni untuk Jimin lah!! BTS tu ha!! Hoshi!!!!
Ciuman dileraikan. Kedengaran tetamu bersorak serta menepuk tangan. Aku hanya mampu tersenyum dan menunduk tanda hormat kepada tetamu.
********
Sampai sudah ke Hotel Chamdaun , dan biliknya juga , Sunggi terus menghempaskan badan ke atas katil.
" Tepilah. " Hoshi menolak Sunggi.
" Yah! Apa masalah kau ? Dari sekolah tak habis2 nak kacau. " Sunggi menjeling tajam.
" Lantak aku lah. Ni diri aku. Bukan kau. Sibuk je. " Hoshi membaringkan dirinya ke atas katil lalu melelapkan matanya.
" Kenapa kau jugak yang aku kena kahwin ? Punya banyak lah lelaki lain yang baik dari kau , kau jugak. " Sunggi mencucuk perut Hoshi.
" Yah! Sakitlah. " Hoshi menepis tangan Sunggi.
" Aku pun tak nak kahwin dengan kau. Tapi mak ayah aku yang paksa , kalau aku tolak , dorang kata aku ni anak derhaka pulak. " Hoshi jeling. Tajam.
" Kenapalah kau jugak yang ditakdirkan ? Macam takde orang lain. " Sunggi bangun lalu mencapai kain tualanya lalu masuk ke bilik air.
" Whatever lah. " Hoshi memejamkan matanya.
********