Seminggu sudah pun berlalu. Hoshi sangat menjaga Sunggi. Cara pemakanan , cara berjalan semuanya Hoshi menjaga.
" Jagiya , mari makan. " Hoshi menghidangkan makanan ke atas meja makan.
" Nae. " Sunggi terus bangun dari tempat duduknya.
" Ehh hati-hati. Jangan bangun laju-laju. Kesian baby dalam perut tu. " Hoshi memimpin Sunggi.
" Baru seminggu. Belum 6 bulan lah. " Sunggi tersengih sehingga menampakkan barisan gigi.
" Seminggu ke 6 bulan ke 9 bulan ke , tetap kena jaga. Arra ? " Hoshi membuka kan kerusi kepada Sunggi.
" Haih , ye lah. " Sunggi menjamu selera.
*********
Keesokkan hari nya.
" Jagiya , ireona. " Hoshi mengejutkan Sunggi yg sedang lena dibuai mimpi.
" Jagiya. Jagiya. Ireona. " Hoshi masih mengejutkannya.
" Ermm ? " Sunggi menggosok matanya.
" Nae oppa ? " Sunggi membetulkan kedudukannya dari baring ke duduk.
" Hoshi dah masak kat bawah tu. Makan tengah hari nanti Hoshi balik tau. Jagi jangan masak. Jaga baby tu dah cukup. Jalan tu hati-hati. Tengok langkah masa turun tangga. Jangan gelojoh turun tangga. Mandi , pastikan lap kaki ada dan tak basah. Kalau tak da , tunggu dalam bilik air sampai agak kering. Lepas tu , bila ada orang datang ke takyah buka pintu. Buat keras je dalam rumah. Tau ? " panjang lebar Hoshi cakap. Sambil tu membelai rambut isterinya.
" Hehee , tau. " Sunggi sengih.
" Okay lah , Hoshi nak pergi kerja ni. Jaljayo. Hati-hati duduk rumah. Ingat pesanan Hoshi. " Hoshi mengucup dahi Sunggi lalu berlalu keluar dari bilik.
3 minit kemudian..
Kedengaran kereta Mitsubishi milik Hoshi berlalu pergi.
Sunggi menggeleng sambil tersenyum. Mengusap perut nya yang masih kempis. Baru 2 minggu belum 6 7 8 bulan.
" Omo! Aku lupa. " Sunggi mencapai hpnya lalu menghantar mesej kepada Hoshi.
To : Bae
Oppa pergi kerja tu hati-hati. Jaga mata , jaga hidung , jaga mulut , jaga tangan , jaga kaki , jaga kereta. Hari ni first day kerja kan ? Have a nice day !Send.
Sunggi meletakkan hpnya ketepi lalu mencapai getah rambut nya yg sengaja disangkut di kepala katil.
Sunggi bangun dari katilnya lalu mengemas katilnya dan mencapai kain tuala untuk mandi.
********
Hari semakin berlalu dengan cepat. Kandungan Sunggi dah masuk 5 bulan. 5 bulan tu jugak lah Hoshi asyik ulang-alik balik kerja semata-mata nak jaga Sunggi.Tengah hari.
Tepat pada jam 2 petang , Sunggi bangun lalu menuju ke dapur. Mula berganjak ke hulur-hilir.
Sedang Sunggi membuka pintu peti ais , tiba-tiba hati nya rasa seperti tak selesa.
" Kenapa hati aku tak sedap ni ? " Sunggi mengurut dadanya. Cuba bernafas dengan tenang .
" Takde pape ni. Tenang Sunggi. Tenang. " Sunggi mencapai sayur saderi lalu dibawa ke papan pemotong.
Sebaik sahaja Sunggi meletakkan mata pisau di badan sayur ( lols ) , baru saja hendak menekan untuk memotong , hpnya mula berdering.
He's there in dark.
He's there in my heart.
He waits in the winds.
His gotta play a part.
Tr-Pada masa yang sama juga , Sunggi terpotong sedikit kulit jarinya akibat terkejut dengan deringan hpnya.
" Ahh ! Appeo ! Ish! " dengan jari yang berdarah ,Sunggi menjawab panggilan.
" Yeobeoseyo ? " Sunggi memulakan panggilan.
.....
" Mwo ?! Baik. " Mata Sunggi dah mula berkaca. Air mata tidak menunggu masa untuk jatuh berderai. Jadi air mata Sunggi jatuh berderai laju bagaikan air terjun.
Dengan jarinya yang sakit , Sunggi terus mencapai jaket cardigan nya lalu terus keluar .
Dengan jari yang berdarah , Sunggi memegang hpnya dengan erat. Berjalan kaki menuju ke pondok teksi.
" Ahjussi , bawa saya pergi Hospital Cheongwon sekarang. " ujar Sunggi dengan air mata yang membasahi pipinya.
" T-tapi sekarang masa rehat kami. " ujar seorang pemandu teksi.
" Please ahjussi. Ni pasal nyawa. " Sunggi menangis berpaut dengan tiang. Menangis teresak.
" Kami tak boleh melanggar prosedur kami. " ujar pemandu itu lagi.
" Ahjussi.. " Sunggi menangis dan menangis.
" Sunggi , kkaja. "
**********