( Sunggi's POV )
" Puan Kwon.. Puan Kwon.. " kedengaran seseorang sedang mengejutkan aku yang sedang lena tidur. Kacau.
Aku mencelikkan mata.
" Ermm ya ? " aku menggosok mata aku perlahan-lahan. Sakit di belakang masih lagi pedih.
" Kami nak ambil darah Puan Kwon untuk ujian darah dengan memastikan Puan Kwon tidak mengalami kencing manis. " terang jururawat yang ditugaskan.
" Erm.. okay. " aku menghulurkan tangan aku.
Sebaik sahaja jururawat tersebut mengeluarkan jarum suntik. Dan disapukan dettol sedikit di bahagian urat. Dan dicucuknya.
Ergh !
Aku mengetap gigi. Erm sakit.
Dan dia menarik keluar jarum tersebut.
Terasa sengal-sengal sakit. Dan jururawat tersebut meletakkan kapas sedikit.
" Saya minta diri dulu. " jururawat tersenyum dan beredar.
Aku hanya menganggukkan kepala.
Keseorangan dalam wad ni. Takpa , ada baby teman. Aku mengusap perut aku yang bulat. Bila nak keluar ? Mummy tak sabar nak tunggu baby keluar.
Krekkk !!
Pintu wad bilik aku dibuka.
" Yeobo-ah.. " Hoshi menerjah masuk dan menghampiri katil aku. Dibelainya rambut aku lalu dihenyakkan punggungnya ke atas kerusi pelawat.
" Oppa baru datang ? Kerja ke hari ni ? Dah makan ? Dah mandi ? Rumah siapa kemas ? Makan apa tadi ? Siapa masak ? Kerja hari ni balik pukul berapa ? " bertalu-talu soalan aku diberikan. Hohoho mianhae oppa. *evil laugh*
" Hmm mana satu nak jawab ni. Hehehe. Oppa dari tadi datang , jumpa doktor tadi. Tak kerja. Dah. Dah mandi. Oppa kemas tadi. Makan roti kosong je. Yeobo takde siapa nak masakkan. " Hoshi mencebikkan bibirnya. Aingg >< geramnyaa.
" Hehehe kenapa tak makan makanan berat sikit ? " Aku membelai pipi nya.
" Sebab oppa masakkan makanan favourite Sunggi ni ha , tu sebab sanggup makan roti je. " Hoshi tersengih sehingga menampakkan barisan gigi.
" Makanan apa ? Nak tahu. " aku dengan excitednya ingin menahu.
" Taraaaa ~ Jjangpeong dengan Dumpling. " Hoshi mengeluarkan tupperware .
" Wahh!!! Sedapnya. Tak sabar rasanya. " aku menepuk2 tangan. You know excited bila dapat makanan feveret.
" Sini oppa suapkan. " Hoshi mencedukkan sedikit makanan dan disuapkan kedalam mulut aku.
Sedap. Masakan air tangan suami. Hohoho.
" Yeobo-ah , sekolah akan buka tak lama nanti. " hoshi masih menyuapkan makanan ke mulut aku.
" Lagi 3 bulan je pun , lepas pantang terus sekolah buka. " ujar aku.
" Ye lah , habis tu baby siapa nak jaga ? " Hoshi menanya. Tangannya diletakkan seketika.
" Minta lah mama jaga. Eh suap balik. " ujar aku lagi.
" Hehehe. Lupa. Tapi takpe ke nanti kalau oppa takde dekat sisi Sunggi nanti ? "
" Takpe lah. Dekat rumah boleh jumpa. " aku mendekatkan hidung aku dengan hidung Hoshi. Sweet tak ?
" Alo , nanti oppa rindu. " Hoshi buat gedikss. ( ._. )
" Macam Sunggi cakap tadi , kat rumah boleh jumpa. " kali ni digesek-gesek pula hidungnya.
" Ermm okay. " Hoshi mengecilkan hidungnya.
Dan tiba-tiba , secara slow motion nyaa , sudu yang dipegang Hoshi tadi jatuh , dan Hoshi jatuh rebah.
" Hoshii !!!! "
_________