Titt.. titt..
Kedengaran suis nyawa (?) berbunyi menandakan pernafasan masih lancar dihembus.Hoshi meniti setiap saat yang di tunggu. Jantungnya berdegup laju. Tak menentu. Wajahnya diraup. Rambutnya pula diserabaikan hingga kelihatan kusut masai.
Hoshi mundar-mandir di hadapan wad ICU yang menempatkan Sunggi untuk dirawat. Sesekali diintai melihat Sunggi melalui pintu yang mempunyai cermin bulat.
" Bro.. Sunggi macam mana ? " Minghao menerpa Hoshi yang berjalan mundar mandir.
" Doktor tak keluar lagi. Aku risau ni. Kalau aku tak tinggal dia sendirian dekat rumah , tentu tak jadi macam ni. " Hoshi meluahkan kekesalan yang dihadapi.
" Tabah bro. Aku faham akan perasaan kau. " Minghao menepuk sabar bahu Hoshi.
' Itulah perasaan aku bila aku sendiri gagal untuk meluahkan perasaan aku dekat Sunggi. Rasa kesal selubung diri aku. ' bisik hati Minghao. Minghao tersenyum. Tidak tahu apa yang dikatakan seterusnya di dalam hati.
Hanya kedinginan air-cond menemani mereka berdua. Hoshi masih lagi berjalan mundar-mandir. Dirinya diselubungi rasa kesal bercampur sedih membuatkan pemikirannya kusut. Manakala Minghao pula terlelap di kerusi pelawat.
Krekk..
Pintu wad ICU dibuka dan terkeluarlah seorang doktor bersama 2 orang jururawat. Hoshi terus menerpa ke arah doktor tersebut." Doktor , bagaimana keadaan isteri saya ? " Hoshi peka terhadap doktor yang berdiri di hadapannya.
" Encik ahli keluarga pesakit ? Kalau begitu , mari ikut saya ke bilik saya. " Doktor tersenyum pendek.
" Baik. " Hoshi menuju ke bilik doktor. Meninggalkan Minghao yang sedang lena tidur di kerusi pesakit.
Bilik Doktor
( Hoshi's POV )
" Silakan duduk. "
" Doktor , keadaan isteri saya bagaimana ? " Aku mulai resah. Tengok muka doktor pun dah bolh luluh jantung ni.
" Begini , menurut pemeriksaan kami , luka di belakang Puan Sunggi agak dalam. Kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan pada bayi yang dikandungnya. " Doktor membetulkan kaca matanya.
" Jadi , sekarang kondisi dia okay ? " Aku bernafas dengan laju. Tak laju mana.
" Kondisi dia buat sekarang ni masih stabil. Cuma , dia perlu tinggal di hospital buat sementara waktu. Bayi mungkin akan lemah jika Puan Sunggi tidak berehat dengan secukupnya. " Doktor berhujah.
Aku melepaskan nafas hela yang lega. Diusap dadanya. Senyuman mula terukir setelah berjam-jam tidak senyum.
" Kalau begitu , boleh saya pergi lawat isteri saya ? "
" Sudah tentu boleh. " Doktor tersenyum.
" Terima kasih doktor. Saya minta diri dulu. " aku terus keluar dari bilik Doktor.
Aku mula tersengih. Sengih tak henti. Bahagia rasanya.
Setibanya di wad ICU , tiada kelibat Minghao di kerusi pelawat. Dah balik ke ?
Aku berjalan menuju ke wad ICU. Dengan sekilas pandangan , aku ternampak Minghao sedang mencium tangan Sunggi.
" Minghao ? " aku memecahkan suasana sunyi.
Minghao terkejut lalu melepaskan tangan Sunggi.
" Kau buat apa tu ? " aku menghampiri Minghao. Pelbagai soalan hinggap di otak aku.
Aku cuba tenang. Jangan fikir bukan-bukan.
" A-a-aku cuma rindukan kan kakak aku je. Muka Sunggi macam kakak aku. Tu je. Kau jangan fikir bukan-bukan. Aku bukan nak rampas Sunggi. " terang Minghao.
Dengar huraian yang Minghao katakan , aku terasa lega.
" Oh , sangkakan apa lah tadi. " aku tersenyum.
Mana mungkin kawan baik aku nak rampas isteri kawan baik dia.
" Apa doktor cakap ? " Minghao menanya.
" Doktor cakap Sunggi stabil. Cuma perlu banyak rehat. Dia kena stay seketika dekat wad ni. " Aku membelai helaian rambut Sunggi. Kelihatan cantik walaupun sedang tidur.
" Baguslah. Ermm aku nak balik ni. Dah pukul 2 pagi ni. " Minghao melihat jamnya.
" Oh , hati-hati. "
Kelibat Minghao mula menghilang dari pandangan aku. Aku menghampiri Sunggi.
Mesti dia derita kesakitan sekarang ni.
Aku membelai rambutnya. Air mata mula menitis.
Dan , pandangan aku mula gelap.
__________