Semakin hari semakin berjalan waktu dengan cepat. Nampaknya hubungan Hoshi dengan Sunggi masih tak baik. Dah hampir 7 bulan mereka berumah tangga tanpa perasaan serta cinta. Malah , banyak pergaduhan pula.
" Hoi , apa lah budak perempuan zaman sekarang ? Bangun pun lewat. Hish. Hoi tomboy. " Hoshi menggoncang tubuh Sunggi.
Sunggi mengeliat.
" Nak apa ? Urm jangan lah kacau aku. Hish. " Sunggi menarik selimut lalu menutupi setubuh dirinya.
Hoshi pantas menarik.
" Bangun lah. Kau tu kan isteri aku. Kau kenalah masak. Kemas rumah. Ni tak , tidur je kerja kau. " Hoshi menarik sedikit telinga Sunggi.
" Yah!! Sakitlah! " Sunggi menepis tangan Hoshi dan menggosok telinga nya yang kepedihan.
" Dah kau bangun sekarang. " Hoshi menarik tangan Sunggi.
" Bangun. " sambungnya lagi.
" Kalau aku tak nak , kau nak buat apa ? " Sunggi memberatkan diri nya sambil membaringkan dirinya.
" Aku kiss kau nanti. " Hoshi smirk.
Gulp." Berani ke ? " Sunggi memberanikan diri walaupun hati dia ragu2.
" Kau ingat aku tak berani ? Heh. Tengok masa wedding lah. Aku kiss kau. Dalam lagi ciuman tu. " Hoshi smirk again. Okay.
" Ish blah lah. Tepi. " Sunggi menolak badan Hoshi ke tepi dan membuatkan Hoshi berganjak sedikit ke tepi.
Sunggi bangun lalu mecapai towelnya dan pergi mandi. Done.
******
( Sunggi's P.O.V )Selesai sudah bersiap , Sunggi turun ke ruang tamu.
Kelihatan Hoshi sedang memasak di dapur.
Pandai ke dia ni masak ? Dan sejak bila pulak rajin masak ni ? Haih.
Sunggi terus menarik kerusi meja makan dan menghenyakkan punggungnya.
" Kau masak apa tu ? " aku memuncungkan sedikit bibir aku yang munggil ini ke hadapan. Hahaha. Perasan pulak.
" Aku masak Omellete Cheese With Salad. " Hoshi teruskan sesi memasak dia.
" Salad ?! Aku tak makan sayur lah. " aku merungut.
Mana taknya , sayur mana aku nak telan. Benda alah hijau tu , omg no. Takkan aku telan dalam anak tekak ni.
" Ala , bukannya boleh mati pun. Kau ni. " ujar Hoshi tanpa melihat aku.
Dia focus masak. Okay biarkan.
" Urm tak nak lah aku makan. " aku sedikit merajuk.
" Gedik lah weyh Sunggi ni. Sayur pun tak nak makan. Makan. Kalau kau tak makan sayur nanti , aku kiss kang baru tahu. " Hoshi mencekak pinggangnya.
Gila ke apa mamat ni ? Buang tebiat kut pepagi tak habis2 kiss dia tu. Urgh dah lah tu.
" Ish , kau ni! "
" Ha pilih cepat. Aku tak takut okay nak kiss isteri aku. " hoshi bercakap seolah olah urmm pape je lah. ( padahal otak saya dah blank T.T )
" Ye lah ye lah , aku makan. " aku terpaksa mengalah. Hurm.
Hoshi sambung memasak semula. Kejap2 dia ke sana ,kejap2 dia ke situ. Aku pulak naik bosan tengok.
" Nah makan apple ni. " Hoshi menghidangkan buah epal merah serta hijau kepada aku. Aku apa lagi , makan lah.
" Omellete Cheese With Salad dah siap. " Hoshi sedang mengagihkan makanan tersebut.
" Kkaja makan. " Hoshi mula menyuapkan sesudu Omellete ke mulutnya.
Yummy.
Boleh tahan lah masakkan dia ni. Sedap. Urm tapi dengan adanya salad tu , aku rasa macam tak de selera terus. Urgh.
" Hui , salad tu makan. " Hoshi menegur aku.
" Tak nak lah. " aku mengerutkan dahi.
" Hish degil betul budak ni. " Hoshi terus menceduk sedikit salad ke sudunya , dan disuakan ke arah aku.
" Nganga. " Hoshi mengarahkan aku untuk menganga.
Aku pula hanya menutup mulut ku dengan rapatnya. Gila kau aku nak makan salad tu ? Erk.
" Makan lah. Sikit je. " Hoshi tetap suakan.
" Tak nak. "
" Makan lah. "
" Tak nak Tak nak. "
" Urm ,makan lah sikit. Mana tau lepas ni kau takkan rasa dah salad ni. " Hoshi buat ayat sedih pulak.
Heish dia ni ke. Aku dah la sensitif dengan ayat sedih.
" Ye lah. Aku makan. "
Dengan berat hatinya , aku nganga kan mulut aku , dan Hoshi menyuapkan ke dalam mulut aku.
Kunyah.
Kunyah.
Kunyah.
Dan telan.
Sedap jugak.
" Sedap ? " Hoshi mengajukan soalan.
Urm...
" Sedap. " aku jawab.
" Kau ni nak aku suap jugakkan. " Hoshi mula tertawa.
Gila ke apa mamat ni ?
Selesai sudah sesi makan , Hoshi macam biasa lah tengok tv. Cerita feveret dia , Pinguin.
Aku pula sidai kain. Dua bakul. Banyak. Bukan nak tolong mamat tu. Herh.
( nobody P.O.V )
Dengan matahari teriknya , Sunggi sensorang sidai kain.
" Kau pergilah rehat. Panas ni. Kau pun dan kerut dahi je aku tengok. " Hoshi mengambil sehelai baju lalu menyidaikannya.
" Ah , aku okay. Cuma pening sikit. " Sunggi mengipaskan dirinya.
" Aku kata pergi rehat. Pergi. " Hoshi menolak sedikit badan sunggi.
" Urmm. "
Sebaik sahaja Sunggi membuka pintu rumah , Sunggi rebah.
********
![](https://img.wattpad.com/cover/57585756-288-k218190.jpg)