Henry Lau

259 41 1
                                    

Henry's p.o.v

“ Daripada aku terus dekat sini baik aku tengokkan Amber”

Aku berlalu pergi meninggalkan ruang dapur.

Langkah aku tertumpu di bilik youngjae.Pintu bilik youngjae terbuka luas.

Amber duduk diatas katil dengan bantal kecik diperutnya. Amber yang tadinya ralit bermain hanphone memberikan pandangan pada aku.

“ are u alright?”

Kata aku sambil masuk ke dalam bilik.
Aku melabuhkan punggung disebelah Amber.

Amber memandang aku agak lama sebelum memberikan jawapan.

“ i'm fine” dia tersenyum sambil matanya tertutup.

Aku hanya mengangguk faham.
Comel betul bila dia senyum begitu pada aku nak je aku kasi tau dia tapi aku malu.

Disebabkan aku tidak mahu dia berasa pelik aku keluar dari bilik tapi langkahku terhenti bila dapat rasakan lengan aku ditarik perlahan ke belakang.

“ ya?” aku dapat rasakan otot otot aku lemah hampir saja aku tidak dapat berdiri. Amber masih lagi mendiamkan diri.

“ duduk sini i need a friend to talk” aku tersenyum mendengar amber menuturkan kata itu.

Amber si gadis yang boyish. Suka berpakaian seperti lelaki tetapi dia bukanlah pengkid ataupun lesbian. Sifatnya yang kasar mampu menarik aku untuk lebih mengenali dia dengan lebih rapat.

“ sure” aku kembali diposisi tadi.
Entah kenapa aku masih lagi berasa tidak selesa. Mungkin kerana kami berduaan saja dalam bilik.
Walaupun aku happy dia suruh aku temankan dia untuk berborak tapi masih perasaan tidak selesa itu wujud.

“ em amber jom duduk luar nak tak? If you don't care” aku bangun kembali.

Amber hanya mengikut dari belakang.

“ whatcha doing” si penyibuk rome tiba tiba berada dihadapan bilik. Dia memegang secawan air chocolate.

“ nah” rome melepasi bahu aku dan memberikan cawan itu pada Amber.

“ habiskan air tu then you can go” sakit hati aku melihat rome tersengih dekat Amber. Kalaulah amber tiada disitu dah lama aku tumbuk muka rome.

Aku tidak tahan dengan situasi itu aku pun bergerak ke luar rumah.
Aku melihat dibelakang amber tidak mengikuti aku seperti tadi.

Buaian dihalaman rumah aku jadikan tempat duduk.
Aku hanya memandang ke bawah melihat rumput.

“ kalau rome suka kat Amber nampak gayanya aku kena bla lah.”

Aku bercakap dengan diri sendiri. Entah kenapa aku rasa aku membuat kesilapan yang bodoh dengan terlalu rapat dengan artis perempuan di sm sehingga Amber salah tafsir.
Dia fikir aku rapat dengan dia tiada maksud lain selain kawan.

Dengan perangai aku yg selalu mengutuk dan bercakap agak kasar dengan dia lagi. Pasti dia takkan perasan aku sukakan dia..
Tapi aku suka dia..

Aku getapkan gigi.
Entah kenapa aku sendiri tidak faham dengan diri ini.

Aku suka dia tetapi layanan aku pada dia ibarat melayan kawan lelaki.

Sejak hari sampai disini barulah aku melayan dia dengan agak baik kerana takut dia dirampas rome.

“ Aku hipokrit!!” aku menjerit. Aku bangun dari buaian. Menyepak tanah sekuat hati hingga aku terjatuh.

“ ouch” aku terdengar seseorang sedang merintih. Aku mendongak melihat. Aku terkejut melihat Amber menutup mulutnya dengan kedua dua belah tapak tangan.

Aku pantas bangkit. Pegangan tangan pada mulut Amber aku leraikan.

“ sorry sorry” aku gelisah melihat mulut amber berdarah.
Aku mengesat darah dimulutnya dengan hujung baju aku.
Sebaik aku memakai baju berlengan panjang.
Rupanya tanah yang aku sepak tadi mengandungi batu dan terkena pada Amber.

“ Are u alright?”

Aku bertanya padanya sambil mengelap sisa darah yang ada.
Pandangan aku ditumpukan sepenuhnya pada mulut amber yang berdarah itu.

“ Answer me why..” aku tidak boleh menghabiskan ayat apabila mata aku bertentang dengan mata Amber. Dia memandang aku sepanjang aku mengelap bibirnya.
Pandangannya tidak beralih walau sesaat. Aku dapat rasakan degupan jantung yang agak laju pada saat ini. Seakan aku sedang berlari. Aku tidak dapat bernafas dengan sempurna.
Aku tidak lagi mengelap bibir Amber. Masih diposisi sama tetapi aku mendongak ke atas melihat ke langit.

Aku berharap dia mengalihkan pandangannya namun tidak berhasil.
Entah hantu mana yang menyampuk Amber aku pun tidak tahu.

Aku cuba mengawal emosi aku. Nafas aku turun naik diperlakukan sedemikian.

“ korang ke..na..okay bye” Jongup yang keluar tadi terus masuk ke rumah sepantas kilat mungkin kerana pelik melihat keadaan aku dengan Amber begitu. Amber berjalan masuk ke dalam rumah. Dia meninggalkan aku tanpa memberikan jawapan. Nampak sangat Amber sedang marah dengan aku.

Aku kembali duduk dibuaian tidak tahu apa yang patut aku lakukan yang pasti aku buntu.

“ susah pula nak ungkapkan”.

*okay jangan cemuh dan kecam henry dia lelaki yg baik cuma kadang2 dia sendiri tak faham dgn diri sendiri*

Kisah Seram (B.A.P)Where stories live. Discover now