Hyung! Balik cepat!

255 38 0
                                    

Youngjae baring diatas katil selepas menukar baju. Sengaja dia menutup pintu sekali. Malas jika si olaf itu masuk di biliknya. Baju kesukaannya dibasahkan jongup.

Baru saja nak pejamkan mata pintu biliknya diketuk. Youngjae membuka pintu dengan malasnya.

“ kenapa”

Himchan berada dihadapan pintu. Muka himchan berubah selepas youngjae bercakap begitu.

Himchan: kau kenapa ha moody je

Himchan seperti terasa sikit dengan perangai si youngjae ni.

Youngjae: da la hyung saya nak tido tak de mood ..

Youngjae membiarkan pintunya terbuka dan merebahkan diri diatas katil.

Himchan: ikut suka kau lah

Malas baginya untuk mengikut perangai si youngjae ini.

Himchan: tapi kalau ada apa apa kitaorang dekat dapur okay?

Himchan masih lagi concern.

Sebenarnya youngjae cuma memejamkan matanya saja. Dia tak tidur pun. Selepas yakin himchan pergi ke dapur youngjae membuka luas matanya. Entah mengapa dia bersikap dingin begitu. Mungkin kerana perasaan marahnya pada jongup tadi masih ada. Handphone di sebelahnya menjadi teman

Youngjae mendapat panggilan dari daehyun.

Youngjae: daehyun?

Daehyun kelihatan cemas.

Youngjae mulai bangun. Kini dia hanya duduk diatas katil.

Daehyun: kenapa dgn jongup?

Suara daehyun kelihatan semakin risau.

Youngjae: kenapa dengan jongup?

Youngjae mengulangi semula pertanyaan daehyun. Dia tidak faham apa yang daehyun cuba katakan.

Daehyun: youngjae kamu kat mana ni

Daehyun pelik kenapa youngjae seperti tidak tahu apa apa

Youngjae: bilik..

Ayatnya tergantung.

Lampu biliknya tiba tiba menyala dan terpadam

“ kenapa la dengan lampu ni..”

Youngjae bercakap sendiri. Daehyun yang masih ditalian tidak diendahkan.
Youngjae menghampiri suis lampu.

Matanya tertarik pada seorang orang tua yang bongkok melalui depan biliknya dan terus pergi ke dapur. Semasa orang tua itu melalui biliknya kedudukan mereka hampir sekali. Jelas betul wajah orang tua itu dapat dilihat Sepanjang orang tua itu lalu dia tidak lepas memandang youngjae dengan bengis sekali. Youngjae tidak dapat melakukan apa apa reaksi. Dia terlampau terkejut

“ Youngjae?! Youngjae?!”

Daehyun cuak youngjae tidak membalas.

Kaki youngjae secara automatik berganjak ke belakang.Kini dia dapat bertindak balas walaupun sedikit lambat  Dia terduduk diatas katil kembali. Lututnya dirapatkan ke dada. Dia memeluk lututnya. Mukanya ditutup menggunakan lututnya.

Youngjae tidak pernah berasa setakut ini. Selalunya dia berani saja tapi bukan malam ini

Youngjae: apa yang aku nampak tadi bukan halusinasi kan? Korang..balik la cepat..

Bunyi tapak kaki seseorang seperti mendekatinya.

Youngjae cuba mendongakkan kepalanya.

***

Daehyun: hyung! Kita kena balik cepat.

Daehyun menarik baju yongguk yang selesai membayar.
Yongguk terdorong ke daehyun.

Yongguk: kejap.

Yongguk membetulkan bajunya yang menampakkan bahunya sebab ditarik daehyun. Nasib baik bajunya besar kalau kecik dah lama dah koyak rabak

Dua orang couple yang ingin masuk ke kedai kek memandang mereka dengan pelik.

Daehyun tidak kisah dia hendak balik secepat mungkin.

Semasa didalam kereta telefon berdering kembali

*buat pembesar suara

Yongguk: yea jongup? Eh zelo kenapa?

Yongguk pelik kenapa zelo asyik menggunakan telefon jongup untuk menelefonnya.

“ hyung! Balik cepat!”

Suara zelo tidak berapa jelas.

Yongguk: kitaorang dalam kereta ni..

“ kod merah! Kod merah!”

Jeritan zelo yang terakhir dengan diikuti jeritan himchan membuatkan mereka berdua berpandangan satu sama lain. Nampak sangat situasi yang amat menakutkan telah terjadi.

Daehyun: kita kena cepat.

Perlahan saja daehyun bercakap tapi jelas benar ketakutannya. Yongguk mengangguk. Dia faham benar kerisauan daehyun tu.

Yongguk risau jika perkara menjadi lebih teruk.

Yongguk menekan pedal minyak dan memandu selaju yang boleh. Dia perlu cepat sampai. Sebenarnya kedai kek yang berdekatan rumah mereka sudah tutup jadi yongguk tetap pergi ke kedai kek yang lain untuk menjaga hati daehyun.


Kisah Seram (B.A.P)Where stories live. Discover now