Yongguk bangun paling awal. Dia terkejut melihat Youngjae dan Daehyun disebelahnya sedang tidur. Dia bangun tanpa menggerakkan mereka. Dia melihat pintu bilik himchan terbuka luas. Begitu juga tingkap biliknya. Zelo dan jongup kelihatan didapur sedang makan sarapan.
Yongguk: Awalnya kamu bangun
Jongup: Zelo ni ha mengigau tengah-tengah pagi
Zelo hanya mendiamkan diri..minumannya dihabiskan.
Yongguk: Kamu nampak Himchan?
Jongup: Kenapa dengan dia?
Bertanya secara spontan. Gelas zelo ditindihkan bersama gelasnya. Dia membasuhnya disingki. Jongup membuka pintu belakang. Di belakang rumah mereka hanyalah bangunan-bangunan di bandar soul. Mungkin kerana mereka tinggal diatas bukit.
Zelo mengikut Yongguk mencari Himchan.
Mereka terkejut apabila Himchan terbaring dekat dengan buaian. Zelo dan Yongguk berlari ke arah himchan. Badannya basah. Bajunya penuh dengan kekotoran tanah. Yongguk menggerakkan Himchan namun dia tidak juga jaga. Zelo berlari semula ke dalam rumah bagi mengambil air dan mendapatkan semula Jongup. Daehyun dan youngjae yang berada diatas melihat Zelo yang cemas begitu menarik mereka untuk ke bawah.Zelo: Jongup cepat ke depan!
Jongup tanpa bertanya apa apa terus berlari ke depan.
Daehyun: Kenapa Jongup.
Jongup tanpa mengendahkan mereka berlari..zelo mengikut dari belakang sambil memegang segelas air.
Youngjae dan Daehyun memandang sesama sendiri.
Mereka turut berlari sama.
Himchan masih lagi dipangkuan Yongguk tidak sedarkan diri.
Zelo menghulurkan segelas air pada yongguk.
Beberapa percikan air di renjis dekat Himchan.Himchan mula membuka mata. Dia melihat sekeliling.
Tangannya memegang kepalanya yang sakit.
Dia cuba untuk bangkit tapi gagal.
Ahli b.a.p yang lain memberikan sokongan. Daehyun dan Zelo memapah Himchan manakala jongup menyusul dibelakang.
Yongguk memegang tangan Youngjae.Yongguk: Tunggu..semalam kamu tidur bilik hyungkan?
Yongguk inginkan kepastian.
Youngjae: saya pun tak sedar. Bangun-bangun sebelah daehyun.
Yongguk: Kamu boleh pergi.
Youngjae memasuki rumah mereka tanpa bertanya apa apa.
Yongguk berasa aneh apa yang telah berlaku pada himchan dan mengapa youngjae dan daehyun boleh tidur bersama dengannya?
Dia perlu menyelidik.Himchan mandi membersihkan diri. Ahli b.a.p yang lain berkumpul diruang tamu yang kosong itu.
Mereka memandang satu sama lain. Wajah daehyun paling pucat sekali. Dia sepertinya ingin mengatakan sesuatuYongguk: Kamu semua rasa kenapa Himchan jadi begitu?
Youngjae: Mungkin dia mengigau
Jongup: Betul tu macam zelo semalam
Sambil menunjukkan jarinya ke arah zelo.
Zelo: Hyung! Saya mana pernah mengigau
Cuba menepis tuduhan Jongup kepadanya.
Yongguk: Dan kamu Daehyun kenapa boleh tertidur dekat sebelah saya? Dengan Youngjae pulak tu..
Daehyun duduk bersila. Pandangannya tetap diposisi tadi. Memandang ke bawah.
Yongguk: Daehyun??
Youngjae: Dae kenapa?
Daehyun mengambil masa beberapa minit. Sukar untuk dia mengatakan perkara yang luar biasa begitu.
Daehyun: Sebenarnya semalam..saya..
Daehyun menceritakan segalanya pada mereka semua. Youngjae yang tadinya duduk berjauhan dari mereka kini mendekati mereka kembali.
Mereka terdiam. Sepertinya tidak percaya apa yang diungkapkan tadi.Himchan: Semalam aku pun kena
Mereka terkejut melihat Himchan dibawah.
Himchan: Aku nampak daehyun dengan Youngjae kat buaian tu aku turun bawah. Aku sedar tu bukan korang.
Daehyun: Semalam aku ketuk bilik kau bagai nak rak asal tak buka?
Himchan: Aku buka...mungkin lewat beberapa minit saja.
Ahli b.a.p memandang satu sama lain. Yongguk seperti memikirkan sesuatu.
Yongguk berdiri.Yongguk: Mulai esok kita dilarang untuk tidur lewat dan keluar dari rumah mulai pukul 10.30.
Mereka seperti tidak berpuas hati tapi mereka takut keadaan berulang lagi.Semua b.a.p kecuali yongguk:
Yessir!
YOU ARE READING
Kisah Seram (B.A.P)
AcakMengisahkan sekumpulan group baru yang bergelar b.a.p. Kisah seram mereka terjadi pada hari mereka pindah ke bangunan baru ataupun rumah besar diatas bukit. Satu demi satu gangguan yang menganggu mereka berenam. Watak utama: Bang yongguk Dae...