*Part ni saja nak tambah extra seram.
Yongguk: makan je la ramen tu
Yongguk mengambil mangkuk kosong dan mengisi penuh lalu diberikan pada Daehyun.
Daehyun: gumawo hyung.
Jongup dan himchan banyak mendiamkan diri. Jongup yg “ cedera parah” di belasah tadi masih mampu tersenyum.
Yongguk: lepas makan kita pergi kedai kek.
Yongguk mengajak daehyun. Daehyun mengangkat mukanya melihat Yongguk seperti tidak percaya.
Daehyun: Jjinjja? ( betul)
Zelo memotong pertanyaan daehyun.
Zelo: nak ikut! Nak ikut jugak hyung!!
Yongguk: mana boleh daehyun je boleh.
Zelo membuat muka tidak puas hati.
Ramen dimangkuk dihabiskan.
Selesai makan daehyun dan yongguk menaiki kereta meninggalkan perkarangan rumah.
Zelo dan himchan berdiri diluar rumah sehingga kereta itu hilang dari penglihatan.
Himchan: Daehyun tu..susah pujuk betul kan.
Zelo yang muka baru bangun tidur itu mengangguk.
Zelo: sebaik yongguk hyung pandai pujuk..
Belum sempat mereka hendak masuk ke rumah buaian dipokok menarik perhatian mereka berdua.
Buaian itu bergerak perlahan secara tiba tiba.Zelo: angin kan..
Dia cuba untuk tersenyum.
Lepas saja dia cakap buaian itu terus laju bergerak
Zelo & Himchan: Ahhhhhh!!! Lari!!!!
Mereka berdua berlari selaju yg boleh memasuki rumah. Pintu ditutup dan dikunci. Termengah mengah mereka memandang wajah satu sama lain.
Zelo: hyung..tadi..
Himchan: jangan tegur kita buat biasa saja ..
Himchan cuba mengelak zelo dari terus menyebut perkara tadi. Mereka berdua terus ke dapur. Jongup membasuh pinggan manakala youngjae masih lagi makan.
Kehadiran zelo dan himchan yang tercungap cungap itu membuatkan jongup musykil.
Jongup: Asal dgn korang ni..
Kata jongup sambil membasuh pinggan seperti seorang suri rumah.
Zelo: tadi kan kitaorang nampak..
Himchan dengan secepat mungkin menutup mulut zelo menggunakan tangannya.
Himchan: nampak bintang..cantik..
Dia sengaja menipu.
Jongup: bintang? Lama juga tak tengok bintang atau bulan..betul tak youngjae?
Sengaja dia menyelit nama youngjae sekali.
Youngjae: hari hari aku nampak.
Mulutnya dilap bersih menggunakan tisu.Jongup: hari hari?
Kata jongup keliru.
Youngjae: Hari hari aku tengok
“ bulan ” !Jongup terdiam dia tidak menghiraukan youngjae.
Youngjae: Aku cakap hari hari aku tak tengok bulan la!
Youngjae bangun dan mendekati jongup yang sedang membasuh pingan. Dia berang jongup tidak memahami lawaknya itu.
Tidak semena mena bajunya basah sebab dicurah air oleh jongup.
Youngjae: Jongup kya!!!
Youngjae memukul jongup dibahu menggunakan tangannya
Jongup: siapa suruh kutuk nama keluarga saya lagi....
Apron dibuka dan dilipat.
Youngjae: kamu ni! Sekarang saya kena tukar baju! Ni baju kegemaran saya la...mak saya beli masa saya habis sekolah menengah..
Panjang betul bebelan si youngjae ni.
Jongup: macam saya kisah.
Nampak gayanya jongup masih tidak berpuas hati dengan youngjae.
Jongup: mangkuk tu! Sape nak basuh! Kamu pergi basuh cepat! Pali!
Jongup menolak badan youngjae.
Youngjae: kya!! Saya nak basuh la! Saya hyung kamu tau!
Jerit youngjae.
Jongup: basuh la mangkuk tu pemalas!
Peperangan tercetus
Youngjae: pemalas? Kalau malas saya takkan masakkan makanan untuk kamu la sepanjang mereka tiada. Kalau pemalas saya takkan teman kamu dirumah baik saya pergi bercuti tau!
Youngjae membasuh mangkuk selepas menghabiskan ayatnya.
Himchan dan zelo masih lagi ketakutan jadi mereka tidak mahu masuk canpur.
Jongup masuk ke biliknya untuk berehat manakala youngjae dibiliknya untuk mengganti baju
Zelo: hyung kita nak pergi mana ni
Mereka berdua masih lagi didapur.Masih lagi berdiri ditempat yg sama.
Himchan: jom la duduk dekat atas tengok tv. Kita berdua mesti takde pape.
Kata himchan yang belum pernah dikacau selepas cuti. Mungkin dia lupa perasaan melihat makhluk halus itu dulu.
Zelo hanya mengikut saja.***
Jongup membelek telefon sambil baring diatas katil. Sengaja pintu kacanya dibuka luas bagi membolehkan angin sejuk masuk ke ruang bilik.
Jongup berasa bersalah memarahi youngjae. Mungkin dia terlebih emo tadi.
Bunyi derapan kaki dibahagian bawah membuatkan jongup bangun dari tempat baringnya.
Dia cuba memandang ke bawah. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat lembaga yang tidak berkepala berjalan menaiki tangga untuk naik ke ruangnya. Setiap tangga itu dibasahi dengan air.
Mulalah muncul peluh2 sejuk membasahi badannya.
Jongup secepat mungkin menutup pintu kaca. Kini dia berada di veranda biliknya sendiri.
Angin seperti bermain dengannya. Entah mengapa dia dapat rasakan angin bertambah kuat berbanding tadi. Rambutnya yang sedikit panjang kelihatan mengikut corak hembusan angin.Lembaga yang tidak berkepala mula kelihatan. Dia berjalan ke arah jongup. Ketakutan extreme mulai dirasa. Dia tidak pernah melihat hantu dihadapannya. Dulu ricky kene rasuk pun dia da trauma inikan pula lembaga ini. Cerita seram tokyo ghoul mulai terbayang di minda. Risau jika lembaga itu berjaya membuka pintu ini apa akan terjadi padanya?
Jongup bersusah payah menekan pemegang pintu dengan kedua belah tangannya. Matanya ditutup rapat. Bila bila masa saja lembaga itu bakal berada dihadapannya.
Selepas beberapa minit...
Jongup memberanikan diri membuka matanya. Susuk tubuh yang berada seinci saja dari pintu kaca jelas dilihat dihadapannya.
“ Ahhhhhhh!!!!!!!!!”
Jongup menjerit kuat. Dia hampir terdorong jatuh ke bawah. Sebaik dia bukan zelo. Dia masih dapat mengimbangi badannya.
Lembaga itu cuba untuk membuka pintu kaca membuatkan jongup memberanikan diri untuk mempertahankan diri. Nak tak nak dia kena tahan. Sepenuh kekuatan dikeluarkannya.
“ Tak...tak boleh...” dia cuba untuk melawan.
Gegaran yang kuat dipintu dapat dirasai. Tangannya terasa kebas yang amat sangat. Dia tidak dapat merasai tangannya. Pandangan matanya kabur. Jongup tidak berdaya untuk menahan pintu itu lagi. Dia tidak bertenaga. Jongup terjatuh lemah ke veranda.
“ Jongup hyung!!” jeritan itu kedengaran ditelinganya tapi matanya berat sekali untuk dibuka.
YOU ARE READING
Kisah Seram (B.A.P)
RandomMengisahkan sekumpulan group baru yang bergelar b.a.p. Kisah seram mereka terjadi pada hari mereka pindah ke bangunan baru ataupun rumah besar diatas bukit. Satu demi satu gangguan yang menganggu mereka berenam. Watak utama: Bang yongguk Dae...