Youngjae baring diatas katilnya sambil bermain telefon. Daehyun asyik bercakap tanpa henti dekat himchan. Nampak sangat dia sedang bersemangat untuk bersembang.
Bunyi telefon membuatkan mereka terbantut untuk meneruskan perbualan.Bunyi ketukkan diluar tetapi tiada siapa yg ingin membuka pintu.
Daehyun: eh kau ni memang aku je kan rajin kena bukakan pintu.
Daehyun sengaja menyindir youngjae yang dari tadi bermain telefon.
Dia berjalan ke arah pintu.
Sedang dia membuka pintu himchan menjerit supaya jangan buka pintu mengejutkan dia.
Daehyun: jangan buka kenapa!
Daehyun tertinggikan nada suaranya kerana terlalu terkejut.
Kehadiran nenek itu disebalik pintu membuat himchan bertambah panik.
Nenek: kamu semua dah tahu?
Suara nenek itu yg perlahan tapi amat jelas didengar menambahkan lagi gemuruh. Himchan yang turun dari katil terus menarik tangan daehyun. Daehyun terdorong ke arah himchan. Himchan menyuruh daehyun berdiri dibelakangnya. Youngjae yg sedar keganjilan itu terus mendekati mereka.
Youngjae: kenapa ni?
Himchan memandang youngjae dan memberi isyarat supaya tidak bergerak dan menyorok dibelakang daehyun seperti daehyun lakukan pada himchan.
Himchan: yongguk cakap betul cakap youngjae.
Lancar saja dia bercakap walaupun dia sebenarnya cemas
Youngjae: betul cakap saya?
Youngjae berfikir apa yg dia telah cakapkan.
Youngjae; hey! Betul la! Baru sekarang kamu nak percaya?! Dan..nenek tua ni..
Youngjae mula melangkah ke hadapan.
Himchan: hey kamu buat apa ni!
Himchan marah dengan sikap youngjae yg tiba tiba berani.
Youngjae : kenapa kita kena takut dengan dia!
Kini youngjae hanya beberapa inci dari nenek itu.
Nenek: sebab..cerita yg saya kasitau kamu tu semuanya betul..hahaha
Nenek itu ketawa. Youngjae masih lagi tidak berganjak.
Nenek: kecuali yang satu ni..saya ni cuma emak tiri kyungha..
Youngjae sedikit terkejut..
Nenek: jira tu anak yatim mana ada mak bapa atau sedara mara.
Nenek itu ketawa lagi. Dah la rupa macam nenek kebayan. Bertambah lagi dengan ketawa dia.
Tanpa berlengah youngjae menolak nenek itu dan menarik tangan himchan yang turut menggegam tangan daehyun. Penat dia nak tunggu nenek tu habis ketawa. Mereka bertiga melarikan diri secepat mungkin. Semasa melarikan diri masing masing melepas genggaman tangan tadi. Larian mereka terhenti selepas ternampak pak cik itu diruangtamu.
Pak cik: kamu semua nak pergi mana ni?
Dengan lirikkan senyuman yg amat menyeramkan. Mereka bertiga memandang satu sama lain.
Daehyun: kami dah tau penipuan kamu berdua!
Daehyun memberanikan diri. Pak cik itu semakin berjalan menghampiri dia.
Himchan: apa yg kamu buat ni daehyun!
Himchan cemas sebab daehyun masih lagi tidak berganjak. Lainlah tadi hanya nenek tapi inikan seorang lelaki.
YOU ARE READING
Kisah Seram (B.A.P)
RandomMengisahkan sekumpulan group baru yang bergelar b.a.p. Kisah seram mereka terjadi pada hari mereka pindah ke bangunan baru ataupun rumah besar diatas bukit. Satu demi satu gangguan yang menganggu mereka berenam. Watak utama: Bang yongguk Dae...