Zelo dan himchan menonton tv diruangan atas. Untuk beberapa minit saja zelo sudah berasa haus.
Zelo: hyung jom teman saya minum air.
Zelo nampaknya takut untuk ke dapur berseorangan.
Himchan: jangan kacau la please la kau da besar kot..
Dia malas untuk pergi teman sebab cerita kesukaannya sudah start ditv.
Zelo: okay..tengok la tv tu puas2
Rasa rugi pulak ikut si himchan ni baik saja zelo temankan jongup atau youngjae. Pintu bilik youngjae masih berkunci.
Zelo teringat akan jongup yang sedang dibilik mereka sorang sorang. Jadi zelo tak payah la takut ke dapur. Gelasnya diisi air oren. Dia minum sampai dua gelas penuh. Selesai saja minum dia basuh gelas minumannya tadi disingki risau jika dibiarkan jongup akan memarahinya pula.
Nampak gayanya jongup dan youngjae masing2 tidak ada mood nak bersembang.Sedang asyik membasuh gelas jeritan jongup dibilik sekali gus membuatkan zelo terkejut beruk. Jantumg dia berdegup kencang. Gelas yang selesai dibasuh diletakkan dirak pinggan mangkuk.
“ kenapa dengan jongup hyung”
Zelo bercakap dalam hati.
Perlahan saja dia berjalan ke arah bilik.mereka.
“ Jongup Hyung!!!!” Zelo menjerit
Dia risau kerana jongup tidak menjawab. Apa la yang merasuk zelo sehingga dia tidak mengendahkan perasaan takut itu. Dia melihat jongup tidak berada di atas katil.
Sekujur tubuh yang dikenali didekati. Pintu kaca ditarik. Jongup terdampar diatas lantai dengan keadaan yg tidak sedarkan diri. Zelo mengangkat jongup dan baringkan diatas katil.“ Apa yang jadi kat Jongup hyung”
Zelo berbisik. Badan jongup basah lencun dengan peluhnya sendiri. Zelo mencapai telefon Jongup dan menelefon bang yongguk.
Zelo: hello hyung!
Selepas beberapa minit perbualan zelo mematikan telefon.
Dia dapat merasakan seperti ada seseorang yang sedang memandangnya sejak dia berbual dalam telefon lagi.
“ Jongup?”
Jongup duduk diatas katil tetapi dia memandang ke arah lantai.
Zelo cuba untuk mendekati Jongup.
Tiba tiba tangannya dipegang oleh seseorang.
“ omma....”
Mulutnya turut ditekup.
Himchan berada disisinya.Himchan: ko tak rasa ke jongup pelik.
Zelo mengangguk. Dia tidak dapat bercakap sebab mulutnya ditutup erat.
Himchan melepaskan zelo. Dia menarik zelo supaya lebih dekat dengan dia sebelum membisikkan sesuatu.
Himchan: zelo..kalau apa apa jadi kamu jangan tinggalkan hyung(abang) okay?
Himchan memberi peringatan pada zelo. Sejujurnya dia bukanlah seorang yang berani tapi dalam situasi begini dia kenalah jaga adik adik dia seperti yang bang yongguk selalu katakan.
Zelo: macam mana kalau saya tak nak lari tapi kaki saya berlari.
Satu pukulan perlahan singgah dikepalanya.
Zelo merengek. Himchan menunjukkan isyarat supaya senyap.Himchan berjalan dihadapan sekali. Diekori zelo yang asyik memegang bahunya.
Himchan: jongup...
Tangan himchan memegang bahu jongup.
Jongup memegang bahu himchan kembali sekali gus dia mendongak dan memandang tepat ke arah himchan
Memberi pandangan bengangnya.“ kenapa korang masih tinggal disini? Bukan kami dah bagi amaran keluar?”
Suaranya yang halus sekali membuatkan himchan menelan air liur.
Himchan: zelo..zelo..tolong hyung ..
Himchan tiba tiba rasa kaku. Dia berasa takut sampai tidak dapat bergerak. Zelo cuba untuk menarik tangan jongup yang sedang memegang bahu himchan tapi tidak berhasil. Jongup menolak zelo sehingga dia berguling guling diatas katil dan terjatuh diatas lantai.
Zelo: hyung..tak berhasil..
Zelo menjerit kecil dengan badannya masih lagi terbaring diatas lantai.
Himchan mengambil langkah drastik.
Himchan: kau ingat kitaorang takut ha hantu!
Himchan cuba memprovok. Dia mendapat idea melalui cerita2 seram yang dia sering tonton.
Muka jongup berubah menjadi lebih menakutkan. Dia mulai bangun. Pegangan dibahu himchan dilepaskan. Jongup berubah menjadi kasar. Dia mulai mencekak tangannya dileher himchan membuatkan badan himchan ternaik ke atas.
Himchan: zelo! Zelo!
Himchan memanggil cemas.
Zelo cepat bangkit. Dia lari dan menolak badan jongup sekuat yang boleh.
Mereka bertiga sama sama terjatuh ke atas lantai.
Zelo dan jongup berpadangan antara satu sama lain.Himchan: jongup dah sedar ke..
Himchan memegang sikunya yang sakit tapi dia masih lagi baring.
Zelo: Dia dah sedar tapi dia la bukan jongup hyung..
Zelo cuba untuk merangkak dan meninggalkan himchan. Himchan tidak perasan sebab dia sedang memandang ke arah lain.
Bawah katil menjadi tempat zelo menyorok. Dia cuba mencapai kembali telefon jongup diatas katil dengan segala tenaga yang ada.
Himchan yang mula perasan kehilangan zelo cuba untuk bangkit dan turut ingin melarikan diri tetapi jongup lagi cepat. Dia menarik kaki himchan membuatkan himchan terjatuh ke depan. Sebaik dia berjaya tahan dengan tapak tangan. Cuma tu la tadi siku yang sakit sekarang lutut pula.
Zelo yang perasan himchan dihadapannya cepat2 mendail nombor yongguk.
Zelo: hyung! Hyung! Balik cepat kod merah! Kod merah!
Tiba tiba telefon tidak dapat digunakan. Himchan cuba untuk meminta pertolongan zelo dengan menghulurkan tangannya. Zelo menyambut dengan baik tetapi alangkah buruknya nasib bila tenaga makhluk halus yang berada dalam badan jongup lebih kuat. Dia menarik kaki himchan sehingga zelo turut ditarik keluar dari bawah katil.
Himchan: haaa!! Appa!! Appa!!
Dia merengek kesakitan. Tangannya yang memegang erat tangan zelo terasa sakit yang amat. Tambahan lagi kaki dia
yang ditarik.Zelo: hyung!!!
Himchan terlepas tangan zelo.
Himchan: i can't handle it anymore!!
Dush! Dush!! Himchan sedaya upaya menendang jongup.
Sekali, dua kali cubaan akhirnya berjaya.
Akhirnya jongup terjatuh
Zelo dengan pantas duduk diatas badan jongup.Himchan: nak buat apa?
Himchan cemas.
Jongup: rome pernah cuba cara ni dulu kat ricky harap berjaya.
TAMPAR! TAMPAR! TAMPAR!
Himchan: woi woii da ko balas dendam ke ape ni.
Himchan menolak zelo. Jongup seperti pengsan. Mereka letak jongup diatas katil. Masing masing malas untuk berbicara.
Harap harap bang yongguk balik cepat.
YOU ARE READING
Kisah Seram (B.A.P)
RandomMengisahkan sekumpulan group baru yang bergelar b.a.p. Kisah seram mereka terjadi pada hari mereka pindah ke bangunan baru ataupun rumah besar diatas bukit. Satu demi satu gangguan yang menganggu mereka berenam. Watak utama: Bang yongguk Dae...