Zelo's p.o.v
“ weh ricky jangan main main”
Aku menyentuh lengan Ricky yang sejak tadi ketawa.Ricky mendongakkan wajahnya ke arah aku.
Matanya bertukar menjadi hitam penuh. Urat urat mulai muncul diwajahnya membuatkan aku membisu.
Aku terkaku apa yang telah terjadi pada ricky.“ Kau takut?”
Suara garau keluar dari mulut ricky.
Suara ricky tidaklah segarau itu menaikkan bulu roma aku.“ ricky..” aku menarik lengan ricky bagi menyedarkannya namun dia menepis tangan aku sehingga aku dapat rasakan berada diawang-awangan.
Mataku tutup rapat.
Keadaan menjadi gelap.
Aku mendengar jeritan Amber dan Henry memanggil nama aku.Aku memberanikan diri melihat kembali. Adakah aku sudah terhempas ke lantai.
Aku pandang rome dibelakang sedang memegang aku erat.Rome: Are you alright?
Rome bertanya tetapi pandangannya diarahkan pada Ricky.
Nasib rome sempat memegang aku jika tidak pasti aku sudah berguling guling ke lantai.Entah apa yang rome fikirkan.
Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.Henry: weh zelo ko okay.
Tangan aku digenggam Henry kuat.
Dia turut memegang tangan Amber sekali.
Mungkin dia risau kami akan terpisah.
Aku kembali berdiri seperti biasa.
Ricky yang tadinya duduk kini berdiri juga.
“ Pergi kalian dari rumah aku!!”
Jeritan itu sedikit sebanyak membuatkan aku terkesima.
Sakit pulak hati aku. Sewenang wenangnya hantu itu menggunakan badan ricky sebagai perhitungan.
“ Hey Hantu! Ni rumah kami la!”
Aku geram membalas.
“ Bila masa rumah kau?! ”
Ricky menuruni tangga mendekati aku.
Rome mulai menerjah kearah Ricky.
Rome: weh pegang badan ricky!!
Rome berjaya menjatuhkan Ricky ke belakang.
Amber, Henry dan aku sepantas kilat mengikut kemahuan Rome.
Kami menggunakan segala kudrat yang ada bagi memegang dia.
Rome menampar Ricky berkali kali.
Walaupun agak kasar asalkan hantu itu keluar pun dah cukup baik.
Pedas sangat ayat hantu tu sampai aku pun hilang sabar terhadap ricky yang tak bersalah.
***
Youngjae dan Jongup memasuki bilik himchan.
Mereka terkejut kerana bilik himchan tingkapnya terbuka.
Mereka dapat lihat bulan bewarna seakan akan merah.
Bunyi salakan anjing menaikkan lagi rasa ketakutan mereka.Jongup: hyunggg...
Dia menggigil memegang belakang baju Youngjae.
Kepalanya dinyorokkan dibelakang.Sejujurnya dia tidak mahu melihat apa apa.
Keadaan bilik yang gelap yang hanya disinari bulan dan lampu suluh menyukarkan youngjae melihat.
Youngjae: jongup mana suis lampu?
Youngjae berjalan mendekati tepi katil Himchan sambil meraba raba dinding.
Jongup: mana la saya tau..waa!!
Jongup terkejut dan jatuh kebelakang apabila ricky muncul dari belakang pintu.
Youngjae yang turut memusingkan badan ke hadapan turut jatuh terduduk dihempap Jongup.Ricky tersenyum sinis.
Jongup menutup mukanya dengan kedua dua tangan.Youngjae dan Jongup mengesak ngesak ke belakang hingga ke dinding.
Youngjae: ricky..
Youngjae cuba memanggil ricky walaupun dia sedar itu bukan ricky.
Ricky keluar bilik dan pintu bilik himchan tertutup kuat.
Youngjae dan Jongup segera berlari ke arah pintu.
Mereka berusaha membuka pintu namun tidak berhasil.
Jongup: hyung..ricky..
Suaranya terketar ketar.
Youngjae: aku tahu..
Youngjae mengeluh.
Kasihan dengan ricky.
Pada awalnya dia sudah berkata pada ricky untuk selalu dengannya tetapi tidak sangka begini pula jadinya.**
Selepas beberapa kali tamparan ricky merengek.
Ricky: aww aww sakitnya muka aku..
Kami melepaskan pegangan setelah sedar Ricky telah kembali.
Kami memapah ricky ke atas.
Rome: aku minta maaf ricky..so sorry..
Kedua dua belah tapak tangan dirapatkan.tanda meminta ampun.
Ricky: apa yang jadi sebenarnya?
Ricky duduk sambil tangannya memegang pipi kanannya yang bengkak macam kena sengat tebuan dah.
Henry: serius ke kau x ingat?
Henry dengan perasaan ingin tahu.
Ricky menggelengkan kepala.
Rome: Dah la..jom kita turun.
Belum sempat mereka ingin turun mereka mendengar ketukkan yang kuat dibilik himchan.
Amber: bunyi apa pulak tu.
Lengan Henry menjadi sasaran pegangan kuat Amber.
Zelo: jangan risau biar aku buka.
Dia cuba berjalan ke arah bilik Himchan.
Tombol pintu dibukanya lemah.
Sebaik saja pintu dibuka youngjae dan jongup meluru keluar.
Jongup terjatuh diatas lantai
Ricky memegang tangan Jongup bagi membantu.
Selepas mendongak dan melihat Ricky yang menolongnya dia berjalan kebelakang.
Jongup: zelo..ricky..dia..
Wajah jongup pucat.
Rome: kami tahu dia dah okay.
Ricky keliru kenapa Jongup dan Youngjae ketakutan melihatnya.
Ricky: kenapa?
Jongup menggeleng gelengkan kepala.
Kami keluar semula dari rumah dan berhimpun dikhemah milik Amber.
Henry: are u sure boleh tidur sorang?
Henry seperti ulat bulu yang sudah miang.
Lengan henry dicubit amber.
Rome: jangan risau kami akan tidur dekat khemah henry sebelah je.
Ungkapan Rome menenangkan hati Amber. Dia tersenyum.
Henry yang perasan Amber senyum pada Rome membuatkannya jealous.
YOU ARE READING
Kisah Seram (B.A.P)
RastgeleMengisahkan sekumpulan group baru yang bergelar b.a.p. Kisah seram mereka terjadi pada hari mereka pindah ke bangunan baru ataupun rumah besar diatas bukit. Satu demi satu gangguan yang menganggu mereka berenam. Watak utama: Bang yongguk Dae...