Selamatkan kami yongguk

250 31 0
                                    

Yongguk sampai dekat kereta dan membuka pintu kereta. Kosong. Mereka berdua tidak berada disitu.

Yongguk: pelik la bukan ke mereka kat sini..kalau mereka masuk ke dalam rumah mesti dah lama bertembung dengan aku.

Yongguk bertambah pelik.

“ mereka berdua keluar sekejap tadi”

Suara nenek dari arah belakang mengejutkan yongguk. Hampir saja dia menjerit. Nasib baik tiada sesiapa disitu. Iya la dia penyanyi rap. Cool adalah

Yongguk: keluar? Tapi kereta kan ada lagi

Yongguk bertambah pelik.

Nenek: ish kamu ni naik kereta pak cik la..

Nenek itu menambah.

Yongguk: saya tak faham la diorang pergi mana? Kenapa tak bagi tahu saya?

Yongguk bertambah pelik. Jaranglah mereka berdua buat hal.

Nenek: mungkin mereka tergesa gesa.

Senang betul nenek itu balas.

Yongguk: tapi macam tak logik. Bukan baru beberapa minit lepas pak cik tu tunjuk dekat saya mana bilik smua ke.

Yongguk mula berasa sangsi. Semuanya macam suatu penipuan.

Nenek: kamu ni..banyak tanya betul!

Nenek tu sepertinya marah

Yongguk: ha?

Yongguk seperti terkejut dengan perangai nenek tu yg tiba tiba berubah. Padahal tadi punyala asyik senyum je. Ni macam orang lain pula.

Nenek itu berlalu meninggalkan yongguk. Yongguk tidak berpuas hati dia cuba menghubungi jongup melalui telefon tetapi telefon tidak diangkat. Dia mencuba nasib lagi sekali.

“ moon jongup apa yg berlaku”
Yongguk bercakap sendirian. Sedang yongguk ingin berjalan masuk ke dalam dia nampak sesuatu yang berkilau dari jauh.

Yongguk berlari perlahan mendekati tempat yang bersilau tadi.

“ inikan cermin mata zelo”

Yongguk terkejut. Cermin mata itu berdekatan dengan tempat kolam ikan.

“ zelo sayang cermin mata ni tipu la dia keluar dan tinggalkan cermin mata kat sini”  semakin kuat perasaan ingin tahu dari dalam diri yongguk.

Sebelah kolam ikan itu ada bilik kaca yang dipenuhi bunga.Mungkin bilik itu memang bilik untuk bunga kot. Yongguk ternampak sesuatu yg tidak patut. Pak cik itu sedang memegang jongup yang telah pengsan. Zelo kelihatan telah diikat.

“ apa semua ni..betul la cakap youngjae”

Yongguk berasa seram sejuk. Kenapa mereka berlaku kejam pada zelo dan jongup. Dia cepat cepat mendail nombor telefon himchan.

“ Himchan! Korang bertiga kena keluar dari rumah tu sekarang!”

Yongguk cemas

“ kenapa yongguk?”

Himchan membalas

“ Apa yg youngjae cakap itu semua betul! Cepat! ”

Yongguk berkeras.

“ Weh daehyun! Jangan buka pintu la!”

Suara himchan yang menjerit kuat itu membuatkan yongguk tersentak

“ himchan?! Himchan?!”

Himchan tiada ditalian lagi.

“ Ahh apa semua ni.. keliru. Apa yg sebenarnya berlaku pada kitaorang ni ”

Yongguk bising. Tak sampai beberapa minit dia terdengar pintu ditutup. Yongguk menyorok dibelakang semak.

Dia berwaspada. Kayu didalam semak dicapainya. Apa nak jadi jadilah. Dia cuma ingin menyelamatkan adik adiknya dari nenek dan pak cik yg aneh itu

Pak cik itu kemudian masuk ke dalam rumah. Yongguk mengambil masa seketika untuk memastikan semuanya selamat.
Perlahan yongguk membuka pintu. Zelo dengan mulutnya ditutup dengan kain meronta ronta selepas melihat hyungnya.

“ Zelo! Jongup!” yongguk tanpa membuang masa terus membuka ikatan ditangan zelo. Jongup turut dibuka tapi dia pengsan. Yongguk memegang kepala jongup dan dia perasan ada darah disitu.

“ Jongup cuba melawan tapi dia kena pukul dengan pak cik tu ”

Zelo berbicara selepas dia dapat bersuara kembali.

Yongguk mengambil sapu tangannya yang sebaik lah bersaiz agak besar muat muat untuk mengikat kepala sijongup tu

“ kita kena selamatkan mereka yang lain”

Yongguk dan zelo mengangkat jongup ke dalam kereta mereka.

Mereka memandang satu sama lain.

“ Jangan risau hyung ada” .

Sejujurnya yongguk pun berasa takut tapi disebabkan dia seorang abang dia kenalah bersikap seperti seorang abang juga.

Kisah Seram (B.A.P)Where stories live. Discover now