Pagi pagi lagi Jongup dah bangun. Dia pergi ke dapur menyediakan sarapan pagi untuk Youngjae dan Zelo yang masih lagi diulit mimpi. Jongup meninggalkan nota di peti ais bahawa dia pergi keluar berjoging dengan membeli bahan itu masak tengah hari nanti.
Zelo terbangun kerana bunyi jam loceng Youngjae.
Zelo menggerakkan Youngjae kerana dia takut hyungnya dikacau lagi.Zelo: Hyung bangun lah
Menarik selimut daripada YoungjaeYoungjae: 2 minit..2 minit..sambil menarik kembali selimut.
Zelo: Biarlah hyung! Saya nak mandi.
Zelo meninggalkan youngjae. Dia pergi ke bilik Yongguk kerana bilik airnya yang paling cantik dan bersih sekali.
Youngjae yang fikir zelo menunggunya terus tidur.
Youngjae terasa selimutnya ditarik tarik.Youngjae: Hey!! Zelo siap kamu nanti saya bangun.
Youngjae berkata sambil matanya ditutup rapat.
Sekali lagi selimutnya ditarik.
Youngjae cepat cepat bangun.Youngjae: Zelo!!!!!
Dia lihat sekeliling tiada orang langsung.
Youngjae terfikir mungkin zelo bersembunyi kerana tidak mahu dimarahi.
Nafsunya untuk tidur lebih lama terbantut.
Dia mengemaskan bilik tidur dan pergi ke dapur.
Kelihatan zelo dan jongup menunggunya dimeja makan.
Youngjae membasuh mukanya dan terus minum jus oren dan roti sardin yang disediakan.
Selepas habis licin dia letakkan diatas singki.Youngjae: Kamu berdua tak nak makan ke?
Youngjae menghulurkan gelas yang berisi jus oren pada zelo dan jongup.
Tiada jawapan yang diberi.
Mereka hanya tunduk ke bawah.
Youngjae memandang mereka dengan pelik.
Selama beberapa minit dia mengambil jus oren dan meletakkannya didalam peti ais.
Semasa dia menutup peti ais dia ternampak satu nota.Youngjae: Nota apa ni?
Selepas dia habis membaca nota itu dia terkaku.
Nota tu Jongup tinggalkan untuk dia.
Dia keluar bersenam.
Habis siapa yang menemani dia makan?
Youngjae tidak mahu memandang ke meja makan.
Dia risau dia akan jadi seperti himchan.
Youngjae memandang ke arah pintu dan lari sepantas mungkin.
Larian dia terhenti selepas dia melanggar sesuatu. Youngjae memegang kepalanya.
Dia melihat zelo dihadapannya.Zelo: Hyung kenapa?
Zelo menolong youngjae bangun dari jatuh.
Youngjae: Zelo jom.keluar
Zelo: kejap tunggu saya tukar baju.
Youngjae: Ehhh!! Jangan pergi ke bilik kamu.
Youngjae menarik kembali zelo ke sisinya.
Zelo bingung tapi dia mengikut saja. Youngjae memberi zelo meminjam pakaiannya.
Selepas bersiap mereka keluar rumah.
Ada kereta yang ditinggalkan untuk emergency.
Mereka segera memasuki kereta dan meninggalkan perkarangan rumah.Youngjae: Telefon Jongup kata jangan balik lagi
Zelo: Tapi..kenapa?
Youngjae: Buatlah cepat
Zelo: Okay okay
Selepas beberapa minit. Mereka nampak Jongup diperhentian bas.
Jongup segera masuk ke dalam kereta.
Nasib baik dia belum lagi membeli bahan masakan.
Mereka berehat direstoran klasik.
Banyak hidangan yang disediakan.Jongup: Sebaik je tak beli lagi bahan nak masak
sambil menghirup sup ayam
Youngjae: kyaa!! Hyung buat ni untuk kamu berdua juga.
Dia mengunyah nguyah ayam goreng yang dimasukkan ke dalam mulut.
Zelo dan Jongup membatukan diri.Youngjae: Tadi saya kena kacau sama macam Himchan hyung kena
Jongup: siang hari?Youngjae mengangguk..
Zelo yang tadinya sibuk bermain telefon mematikan telefonnya dan letak ke sebelah.
Zelo: Cakap pasal gangguan...
Zelo terdiam. Seperti berfikir banyak kali untuk memberitahu atau tidakYoungjae: kenapa
Zelo memandang hyungnya..
Zelo: masa mula mula kita pindah..waktu yongguk hyung kata saya mengigau tu..sebenarnya saya nampak dua orang budak budak perempuan berlari ke arah buaian tu.
Youngjae: Habis macam mana kamu boleh tertidur?
Zelo: Itu yang saya musykil tu.
Air teh suam dihirupnya.
YOU ARE READING
Kisah Seram (B.A.P)
RandomMengisahkan sekumpulan group baru yang bergelar b.a.p. Kisah seram mereka terjadi pada hari mereka pindah ke bangunan baru ataupun rumah besar diatas bukit. Satu demi satu gangguan yang menganggu mereka berenam. Watak utama: Bang yongguk Dae...