Henry Lau & Amber Liu Falling in Love

273 38 0
                                    

Amber berasa tidak selesa dan dia ingin ke tandas.

Perlahan pintu biliknya ditolak dari dalam. Suasana ruang tamu yang hanya ditemani cahaya lampu di dapur menaikkan bulu romanya. Dia memandang tepat ke arah mereka semua yang sedang tidur nyenyak.

Tiba tiba amber tertarik pada seseorang yang sedang mengeliat. Dia memakai hoodie bewarna merah jadi wajahnya tidak kelihatan dengan jelas. Lelaki itu duduk pada mulanya dan selepas itu berdiri dan berada dihadapan Amber. Senyuman manis dihadiahkan pada Amber. Dengan mukanya  yang mengantuk dan nampak sangat mamai kelihatan sungguh comel dimata amber. Lelaki yang berada dalam kelompok lelaki paling berkulit paling putih dalam sm entertainment siapa lagi kalau bukan Henry Lau.
Mata yang kecil bersinar dalam gelap.

“ Kenapa? ” dia mengosok gosok matanya beberapa kali.

“ nak pergi tandas”  amber menjawab.

“ Dekat bilik sebelah ni pun ada tandas” Henry membuka pintu bilik Daehyun untuk aku. Dia masuk ke dalam bilik sambil memasang lampu.

“ Dah masuk la.” Henry kembali keluar bilik. Dia hanya teman Amber dihadapan bilik.
Dia risau jika agak keterlaluan jika dia memasuki bilik itu. Dia risau mereka yang lain fikir yang tidak sepatutnya.

“ Aih..ngantuknya mata” Henry menguap beberapa kali. Kelopak matanya minta ditutup. Henry duduk dihadapan pintu. Dia menyandarkan kepala dan belakang badannya didinding.

**

Amber keluar bilik air. Perutnya tidak sakit lagi. Entah apa yang dia makan sehingga perutnya sakit dia pun tidak tahu. Amber melihat disekiling bilik Henry tidak berada disitu. Dia menutup suis lampu dan pintu. Semasa dia menoleh ke bawah dia perasan Henry bersandar didinding.

“ Dah la comel..baik pula tu..tapi malangnya bukan milik aku”

Amber mengeluarkan isi hatinya buat pertama kalinya dia berani berbicara sebegitu dihadapan Henry Lau, lelaki yang menjadi idaman hati. First time dulu dia jumpa henry lau menegurnya bersama donghae first time itu jugalah hati dia sudah terpahat. Amber selalu menyembunyikan perasaan sebenarnya dari henry kerana segan dan risau mereka tidak rapat lagi.

Henry lelaki pujaan ramai gadis kerana comel,kacak,baik dan peramah manakala dia hanya seorang gadis kasar yg berpakaian lelaki mana layak hendak berdamping dengan henry. Jadi kawan pun ramai yg suka membandingkan dia dengan artis wanita lain. Siap ada yang menuduhnya sebagai lesbian lagi.

“ Ah Amber sorry” Henry cepat cepat mengelap wajahnya menggunakan kedua belah tapak tangan apabila perasan amber berada dihadapannya sekarang

“ Tidak ada apalah awak pergi lah tidur” Amber bingkas bangkit.

Henry tidak mahu pisang berbuah dua kali dia harus berani sampai bila dia perlu berdiam diri pada Amber mengenai perasaannya.

“ Amber kejap”

Henry turut bangun
Amber kini dihadapannya.

“ Sebenarnya...”

Henry gelisah. Ada bunyi pelik yang menarik perhatian mereka tapi bunyi itu telah hilang. Beberapa saat saja bunyi itu kedengaran.

“ Bunyi apa tu?”

Amber bertanya pada Henry. Henry hanya menggelengkan kepalanya.

“ Okay la saya nak tido” Amber berjalan ke hadapan .
Henry terus menarik tangan Amber.

“ Saya sayangkan awak! Amber saranghaeyo!” henry hampir terjerit dan matanya ditutup rapat. Risau dengan reaksi yang bakal diterimanya nanti.

Dia dapat merasakan tangannya digenggam. Amber tersenyum lebar ke arahnya.

“ i love you too” ungkapan itu mampu merebahkan Henry.

“ since when?! ” Henry seperti tidak percaya. Cinta dia dibalas dan dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“ Since the first time i saw you”

Kali ini dia tergelak kecil. Mereka berpandangan mata antara satu sama lain. Gembira dengan apa yg telah diluahkan dalam hati mereka selama ini. Harinya sudah datang.

*okay akhirnya henber bersama yeah!! Kesudahan yg baik utk mereka selama berada dalam rumah b.a.p.

Kisah Seram (B.A.P)Where stories live. Discover now