"Class dismissed" Kata Miss Fiona selepas memesan untuk menghantar homework esok.
Oleh sebab sekarang lunch time, pelajar-pelajar di kelas mengemas barang mereka dengan steady. Selepas mengemas barang, mereka semua menyerbu pula ke arah Faizal untuk berkenalan. Vivien pun ikut serta dengan 'sesi pengenalan' tu kecuali Fazlina. Fazlina hanya berdiri di suatu sudut sambil menunggu Vivien.
Sejak tadi Fazlina memerhati Faizal melayan kawan-kawan sekelas. Hm, dari tadi tak senyum. Bad mood ke? Heish, Fazlina pun tak nak fikir banyak pasal mamat tu. Nanti sakit otak pula.
Setelah deorang semua dah habis berborak, Fazlina dan Vivien terus pergi ke kantin makan tengah hari. Vivien mula bersuara untuk memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Kenapa kau tak join tadi berborak dengan Faizal? Aku nampak kau sunyi je berdiri dekat tingkap tu" Kata Vivien. "Hmm.. Kau pun dengar and nampak kan macam mana dia layan aku tadi. Sakit hati tahu tak. Orang nak mulakan conversation dah kena cakap macam tu." Kata Fazlina dengan nada suara tak puas hati.
"Hm ya laa ya la, sorry beb." Vivien menolak tray makanan nya ke tepi dengan perlahan. Fazlina hanya meneruskan minum jus orennya dengan muka no feeling.
"Tapi kan Faz, kenapa Safwan bergegas keluar sebaik sahaja Miss Fiona tamatkan kelas??" Vivien tanya, hairan dengan sikap Safwan. Vivien perasan bahawa air muka Safwan berubah sejak nampak Faizal masuk kelas. Kenal ke?
"Kau ni Viv, salah ke kalau dia nak keluar kelas? Mana tahu lah dia nak ke toilet ke atau lapar sangat ke. Heishh dah lah, jangan cakap benda-benda yang berkaitan dengan mamat tu, sakit telinga lah." Kata Fazlina, geram sangat nak cakap pasal Faizal tu.
"Hmm ya laa.. Eh Faz, boleh tak temankan aku pergi locker jap? Terlupa pula nak bawa buku latihan English." "Hmm ya lah, lagipun buku sejarah ni berat sangat lah. Ok jom." Mereka beriringan ke locker 639 (locker Vivien) dan 640 (locker Fazlina).
Sampai sahaja di locker, mereka terserempak dengan Faizal yang sedang menyusun barang-barangnya di locker 641.
Vivien terus menyapa sambil mempamerkan senyuman manis, "Hai Faizal". Faizal menoleh ke belakang lalu membalas balik. "Hai Viv.. And hai Fazrina"What?! Fazrina?! "Excuse me? My name is Faz(LI)na." kata Fazlina sambil menekan perkataan 'Li'. "Sama je la tu" balas Faizal acuh tak acuh. "No, Fazlina and Fazrina are NOT the same." Bantah Fazlina. "Hm, baik aku panggil kau mak cik je lah, senang cerita."
Vivien menarik tangan Fazlina, membawanya ke taman untuk menenangkannya sebelum dia meletup. Faizal tersengih melihat gelagat dua BFF tu. Salah sikit je pun dah mengamuk? Cerewet sangat! Rasa nak muntah pun ada.
"Faz, calm down lah, perkara kecik je pun." Vivien cuba menenangkan Fazlina. Fazlina memang seorang yang panas baran+kuat merajuk. Memang susah nak pujuk.
"Pardon me? Small matter you said?" Tanya Fazlina dengan nada tidak puas hati. "Cuba kau fikirkan, Fazlina and Fazrina. Beza 'L' dengan 'R' je lah beb. Besides, manusia kan tak lari dari kesilapan" Pujuk Viven. Apabila Fazlina fikirkan semula, betul juga apa yang Vivien cakap. Hehe, malu pula.
Mereka meluangkan masa di taman sambil menikmati keindahan alam itu. Tidak lama kemudian mereka terserempak pula dengan Safwan yang sedang duduk di bangku panjang. Vivien dan Fazlina duduk di bangku bersama Safwan lalu menyapa nya.
YOU ARE READING
Suamiku Encik Gangster
ActionCerita di mana seorang gadis playgirl bernama Fazlina Syazana telah mencetuskan beberapa masalah akibat beberapa ex-boyfriend yang tergila-gilakannya. Selain perebutan cinta, terselit juga beberapa orang yang mahu membalas dendam atas kesalahan Fazl...