Bab 11

1.7K 75 14
                                    

Menggigil seluruh badan Fazlina apabila teringat semula apa yang telah berlaku sebentar tadi. Dia mula berpeluh sedangkan badannya terasa sejuk dengan tiupan pendingin hawa kereta Azmin. Kulit muka semula jadinya yang berwarna putih kemerah-merahan itu menjadi pucat. Begitu juga dengan bibirnya yang berwarna natural bright pink itu semakin memutih. Sungguh dia sedang berada dalam ketakutan.

Kata-kata yang sama terimbas-imbas dalam ingatannya. Adakah ia benar? Bukankah dia di dalam suatu mimpi? Ah betapa leganya jikalau ini semua hanyalah mimpi, hanyalah permainan syaitan ketika tidur.

Azmin yang sedang memandu hanya mampu mengeratkan genggaman tangan adiknya itu. Bertuah Fazlina kerana mendapat seorang abang yang sangat memahaminya.

***Flashback***

Azmin dan Fazlina berjalan beriringan ke bilik karaoke yang telah ditempah sambil berpegangan tangan. Semasa Azmin hendak menutup pintu sebaik sahaja masuk ke bilik karaoke, tiba-tiba ada seseorang menahan pintu dari luar daripada ditutup.

Pintu itu dikuak buka sedikit. Fazlina yang sudah selesa duduk di sofa yang disediakan sambil bermain telefon, menoleh ke arah pintu. Terlihat abangnya sedang bercakap dengan seseorang. Dia hanya nampak satu susuk tubuh yang agak sado di hadapan abangnya itu.

Disebabkan terlalu ingin tahu, Fazlina bangun dan mula berjalan ke arah Azmin untuk memastikan apa yang sedang berlaku. Mereka yang berbual di pintu itu terus menoleh ke arah Fazlina sebaik sahaja dia berdiri di sebelah abangnya.

Akhirnya Fazlina terpaku apabila ternampak seraut wajah yang amat dikenali. Ternganga.

"Fafa? Dia kata ada perkara urgent nak jumpa Fafa. Fafa kenal tak mamat ni?" Serius sahaja dua jejaka itu melihatnya. Terasa seram sejuk pula berada dalam keadaan yang sebegini serius.

"Err, ye umm.. Bekas.. Bekas classmate Fafa dulu masa... Masa kat Universiti.." Tergagap-gagap Fazlina menjawab abangnya apabila pandangan Tengku Faizal memanah tepat ke anak matanya. Jantung berdegup kencang. Kedua-dua anak matanya melompat daripada mata abangnya, kepada mata Tengku Faizal, dan kembali kepada mata abangnya kembali.

"Fazlina, I need to speak to you privately." Nada suara Tengku Faizal diperlahankan tetapi kedengaran tetap tegas.
"Private? Kau fikir dia ni murah sangat ke senang-senang je ajak ke tempat private . Kalau betul ada benda penting nak cakap dengan dia, cakap sekarang lah. Kalau takde baik kau blah." Tegas Azmin sambil mengangkat penumbuk kanannya dalam posisi bersedia untuk dihayunkan ke arah muka Tengku Faizal.

Fazlina cuba menarik turun tangan abangnya itu tetapi gagal. Alahai.. Fazlina yang terlalu lembik ke atau Azmin yang terlalu kuat. Setelah sedaya upaya berusaha untuk menurunkan semula penumbuk Azmin, akhirnya diturunkan juga. Tangan yang tadinya dijadikan penumbuk kini memeluk Fazlina dari siring dengan kemas. Kini menggantikan ugutan signal penumbuk kepada ugutan mata tajam pula.

Tengku Faizal meraup wajahnya dengan kasar lalu membalas pandangan tajam Azmin. "Bagi aku satu alasan yang munasabah kenapa aku perlu 'ajak' kau dengar perbualan kami ." "Because I'm her brother and I have the right to know." Balas Azmin.

Wajah serius milik Tengku Faizal berubah. Terkejut dengan apa yang didengarnya. Haih rupanya selama ni dia tersalah faham. Bukan teman lelaki Fazlina tetapi abangnya lah pula.

"Uh.. em okay, so let's head to somewhere more private." Kata Tengku Faizal dengan kekok sambil membelakangi mereka untuk berjalan menuju keluar KBOX. "You may come in." Azmin menarik lengan Fazlina dan mengajak Tengku Faizal duduk di sofa yang telah disediakan di dalam bilik Karaoke itu.

Tengku Faizal menghentikan langkahnya dan menghadap semula ke arah mereka. Lalu melangkah masuk bilik Karaoke itu.

Azmin: "So first, kau pernah dating dengan Fazlina?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 23, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku Encik GangsterWhere stories live. Discover now