Bab 10

4.1K 151 31
                                    

5 tahun kemudian...

"Ha, Man, dah kejutkan adik-adik kamu?" Puan Sri Hazizah menanya Izman sebaik sahaja ternampak kelibatnya yang sedang menuruni tangga itu. "Hmm mummy, dah lenguh dah ni tangan Iman ketuk pintu deorang, tak bangun-bangun lagi. Free-free dah buat senaman tangan mengetuk pintu deorang tu." Balas Izman dengan geram.

Puan Sri Hazizah tergelak kecil mendengar jawapan Izman. "Yelah, kalau macam tu, Iman sarapan lah dulu ye. Ejan and daddy tengah menunggu tu." Izman hanya mengangguk lalu pergi ke dapur.

Langkah Puan Sri Hazizah yang baru sahaja ingin menaiki tangga terhenti. Kedengaran bunyi tapak kaki seperti orang berlari menuruni tangga besertakan gelak tawa.

"YES! AYISH MENANG!" Jerit Faris keriangan sambil tercungap-cungap. Ternampak kelibat Faris yang berlari menuruni tangga, muka Puan Sri Hazizah terus merah padam. Huh, panjang umur!

"Ayish! Janganlah jerit! Nanti mummy dengar lah." Jerit Fazlina dengan suara yang diperlahankan sedikit. "Main kotor lah kau Ayish!" Teriak Azmin pula yang juga sedang berlari menuruni anak tangga membelakangi Fazlina.

Sesampai sahaja Fazlina dan diiringi dengan Azmin, langkah mereka yang tadinya berlari kini terhenti. Alamak! Kelihatan Puan Sri Hazizah sedang menarik telinga Faris dengan geramnya.

Puan Sri Hazizah menoleh pula ke arah Fazlina dan Azmin. "Dah nak berapa kali dah mummy pesan, jangan. berlari. turun. tangga!" Muka Puan Sri Hazizah yang tadinya merah dengan perasaan geram, kini semakin menghilang. Kembali ke warna kulit asalnya.

"Sorry mummy, we won't do it again." Azmin memeluk mummynya dari siring lalu berjalan beriringan ke dapur. Fazlina dan Faris hanya mengekori dari belakang.

Hati yang penuh dengan kegeraman terhadap anak-anaknya kini terubat setelah dipujuk oleh Azmin. Ha nasib baik Azmin pandai memujuk! Kalau tak, memang mummy akan mula membebel pada pagi yang tenang ini.

"Let's have breakfast together as a family today" Pujuk Azmin. Mereka memang jarang makan semeja sekeluarga. Daddy sentiasa sibuk dengan kerja. Selalu fly sana, fly sini.

Begitu juga dengan abang sulung Fazlina, Afzan. Semenjak syarikatnya tersendiri semakin mengembang, semakin sibuklah juga dia untuk mengurus hal-hal kerja. Maklumlah, kerja sebagai CEO syarikat arkitek ni tidaklah semudah mana. In fact, nampaknya tiada kerja yang senang pun.

Mereka berempat mengambil tempat duduk masing-masing untuk menjamah makanan yang terhidang di atas meja. Terdapat nasi goreng yang dimasak oleh Babu Siti. Antara semua masakan Babu Siti, mereka paling gemar memakan nasi gorengnya. Nasi goreng masakan Babu Siti tidaklah seunik mana, tetapi terdapat rasa di dalam nasi goreng itu yang membuatkan mereka tertarik. Entah apa sahaja rahsia resipi nasi goreng Babu Siti itu.

Selain itu, terdapat juga telur dadar yang bulat dan dipotong segi tiga seperti potongan pizza dan beberapa lagi lauk pauk yang dihidang di atas meja.

Sedang mereka menjamu selera, Puan Sri Hazizah yang duduk bertentangan dengan Fazlina menghentikan suapannya lalu memandang sayu ke arah anaknya itu. Fazlina yang perasan dengan perubahan wajah mummy nya itu pun meletakkan semula sudu dan garfu di atas piringnya. Dah tahu apa yang bakal dia hadapi.

"Fafa, sampai bila lagi Fafa nak macam ni?" Sayu suara Puan Sri Hazizah menanya anaknya itu. Memang sudah Fazlina agak soalan itu akan melucur dari mummy nya. "Alaa mummy, Fafa belum bersedia lagi lah mie. Fafa masih belum puas dengan kebebasan Fafa. Nanti kalau Fafa dah rasa bersedia untuk menerima tanggungjawab bekerja, Fafa bagitau mummy juga, okey?"

Alasan yang sama Fazlina berikan setiap kali dia ditanya atau dipujuk oleh ahli keluarganya. Setahun lepas Fazlina telah menghabiskan pelajarannya di Uni, sampai sekarang masih belum mencari kerja. Mana tidaknya mummy nya tak risau. Inilah akibatnya jika terlalu dimanjakan dengan kebebasan, susah hendak memikul tanggungjawab.

Suamiku Encik GangsterWhere stories live. Discover now