Fazlina, Vivien dan Lizzy berketawaan sambil berjalan menuju ke dobi untuk mengambil semula pakaian masing-masing.
Mereka berjalan beriringan ke arah letaknya pencuci kain milik Fazlina. Sebaik sahaja Fazlina mengeluarkan gaun berwarna ungu itu, mata mereka terbeliak seolah-olah ternampak hantu. Lizzy menjerit sekuat-kuatnya.
Ergh, nasib baik tiada orang di dobi pada masa Lizzy menjerit tu.
"MY DRESS!" Dengan segera Lizzy merampas gaunnya dari tangan Fazlina. Dia membelek-belek gaun yang berlubang-lubang dengan kesan digunting itu dengan muka tidak percaya.
"The Prom will be held tomorrow night, and there's no time for me to buy a new dress, I'm busy! Hmm, I think I won't attend the prom tomorrow." Air mata Lizzy mula menitis. Fazlina merangkul Lizzy dari tepi, tidak putus-putus memberi semangat.
"Vivien, go and check if our dresses in your washing machine are torn out as Lizzy's." Arah Fazlina kepada Vivien.
Lizzy yang kini menangis teresak-esak dibawa duduk di bangku panjang yang telah disediakan khas untuk digunakan dalam dobi.
Fazlina mengeluarkan sapu tangannya dari poket lalu mengelap air mata yang masih mengalir di pipi Lizzy. Fazlina sedang ligat berfikir. Takkanlah pembasuh kain dia rosak? Baru beberapa bulan digunakan. Antara yang tercanggih punya pula tu.
Vivien berjalan dengan membawa bakul yang dipenuhi dengan kain-kain yang telah dikeluarkan dari mesin pembasuhnya.
Vivien: "Kita punya safe.."
Fazlina: "Glad to hear that.. Hmm kau rasa macam mana gaun si Lizzy boleh begini? Kau sendiri pun ada nampak kan aku dah tekan butang soft spinner."
Vivien: "Aku rasa ada orang sengaja buat camtu lah. Sebab takkanlah washing machine kerjakan sampai begitu. Tapi aku tak pasti lah."
Lizzy: "English, please."
Mereka terdiam sejenak. Mata Fazlina memeriksa sekeliling dobi. Ah! Buntuh!
Suasana di dobi sunyi sepi. Selepas seketika, Vivien mula bersuara.
Vivien: "Ah! I've just remembered!"
Lizzy+Fazlina: "What?"
Vivien:"As Lizzy and I are the same size, why don't you just borrow my dress? I brought my last year's birthday dress. Yeah it has been used but it's still clean and it still looks brand new too! Let's check it out, shall we?"Lizzy mengukir senyuman kecil. Masih berasa sedih dengan gaun yang baru dibelinya itu. Hugh! Sampai nya hati 'the wanted person' nak buat benda sekejam itu! Siapakah dia?!
Mereka berjalan menuju ke bilik Vivien untuk sesi peminjaman pakaian. Hm, sekurang-kurangnya ada juga pakaian yang boleh dipakai oleh Lizzy untuk Prom Night esok.
****************
Majlis yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar dimulakan dengan meriah sekali. Grand Hall telah dihias kemas dan cantik dengan belon-belon dan reben-reben oleh beberapa sukarelawan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah yang baik hati. Semua pelajar dikehendaki mengundi sebelum memasuki Grand Hall itu.Semua pelajar perempuan mengenakan gaun pilihan sendiri manakala pelajar-pelajar lelaki mengenakan Tuxedo pada malam itu.
Fazlina, Vivien dan Lizzy sedang seronok bersembang di suatu sudut dalam dewan itu sehinggalah tiba masa yang dinantikan.
Mrs Fiona yang merupakan MC pada majlis itu membuat pengumuman tentang pertandingan Prom King and Queen of the year. Dengan mesranya dia menjemput Fazlina, Vivien, Marshalle, Faizal, Safwan dan Chris naik ke pentas.
YOU ARE READING
Suamiku Encik Gangster
AzioneCerita di mana seorang gadis playgirl bernama Fazlina Syazana telah mencetuskan beberapa masalah akibat beberapa ex-boyfriend yang tergila-gilakannya. Selain perebutan cinta, terselit juga beberapa orang yang mahu membalas dendam atas kesalahan Fazl...