Faizal, Fazlina, Vivien dan Safwan berjumpa di luar bilik studio seperti yang dijanjikan. Faizal bertekad untuk memulakan perancangannya.
Tiba-tiba pintu bilik studio terkuak luas menandakan seseorang menarik pintu dari dalam. Kang Ha Neul, pelajar yang bertugas di dalam studio, tersenyum-senyum sambil melihat telefon bimbitnya yang berjenama Samsung itu.
Kang Ha Neul adalah pelajar yang berasal dari Korea Selatan. Dia lah satu-satunya pelajar University Of Cambridge yang fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kalau dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang bukan berasal dari negara tu lah. Oleh itu, dia dilantik untuk menjaga dan mengawal studio apabila diperlukan.
Mereka pelik dengan telatah Kang Ha Neul. Mereka hanya merenung ke arah Kang Ha Neul tanpa sepatah kata. Kang Ha Neul akhirnya mematikan telefon bimbitnya lalu memandang hadapan.
Kang Ha Neul terlompat sedikit apabila tersedar bahawa terdapat 4 pasang mata sedang memerhatinya dari tadi. Pipi putihnya mulai berwarna merah-merahan akibat menahan malu.
"Erm, annyeonghaseyo Ha Neul, we're sorry to make you surprised, hehe. Actually we have something to discuss with you." Vivien cuba menjelaskan.
Vivien peminat setia Korea, terutamanya Got7. Oleh sebab itu dia pandai menggunakan beberapa perkataan Korea.
"Annyeong, oh uh, come on in." Kang Ha Neul menjemput mereka semua ke dalam studio.
Setelah masing-masing mengambil tempat duduk, mereka pun menjelaskan tujuan mereka ke studio dan meminta izin untuk menggunakan 'The Main Microphone'.
Setelah dibenarkan oleh Ha Neul, mereka pun memulakan operasi. Sebaik sahaja Ha Neul memberi signal, Faizal pun memulakan pengumumannya.
"Good evening to all students and teachers of University of Cambridge. I, Faizal, and some of the nominees of Prom King and Queen, would like to give some speech, if you don't mind." Faizal berhenti seketika.
"Hello, I am Tengku Faizal Wansyah bin Tan Sri Iskandar. Please vote for me for your 2015 Prom King and Fazlina or Vivien for your 2015 Prom Queen. Thank you." Mata Fazlina, Vivien dan Safwan terbeliak, eih, tu je ke? Biar betul? Simple sungguh! Dah lah takde kata-kata manis.
Selepas Faizal menamatkan ucapannya, mereka pula bergilir-gilir untuk memberi ucapan serta kata-kata manis. Setelah itu, 'The Main Microphone' dimatikan.
"Mission accomplished. Kan senang? Tak payah nak jumpa satu-satu pelajar kat U ni, membazir air liur je. Haa, bijak tak aku?" Faizal sengih seperti kerang busuk.
Mereka pula ketawa kecil. Ha Neul pula terus melayan telefon bimbitnya. Ye lah, mana laa dia faham Bahasa Melayu 😂.
Sekali lagi Ha Neul tersenyum-senyum melayan telefon bimbitnya. Fazlina menegur, "Haa, Ha Neul, texting your girlfriend huh?" Vivien menyambung, "Don't forget to invite us to your future wedding ya!"
Fazlina dan Vivien tersenyum kecil. Ha Neul tersengih mendengar kata-kata dua orang teman baik itu. Pipi Ha Neul pula kembali merah menahan malu. Haha, kan dah kantoi.
Mereka mengucap terima kasih dalam Bahasa Korea untuk Ha Neul lalu pergi menuju ke kelas seterusnya.
****************
"Faaaaaz!" Vivien menjerit apabila ternampak Fazlina yang baru sahaja keluar dari kelas Madam Adeline.Fazlina pula mencari-cari arah suara yang menjerit namanya itu. Memang dah pasti suara Vivien. Tetapi, mana orangnya ek? 'Haiiyerr, tak kan lah dia tak nampak aku?' Vivien berjalan pantas ke arah Fazlina sambil membebel.
YOU ARE READING
Suamiku Encik Gangster
AcciónCerita di mana seorang gadis playgirl bernama Fazlina Syazana telah mencetuskan beberapa masalah akibat beberapa ex-boyfriend yang tergila-gilakannya. Selain perebutan cinta, terselit juga beberapa orang yang mahu membalas dendam atas kesalahan Fazl...