Mamat Kerek [2]

7.6K 138 9
                                    

"Aleesya. Umi tak nak tahu, umi nak Aleesya ikut cakap abah tu. Sebenarnya, umi dah tahu pasal tu. Dan memang lelaki pilihan abah tu memang pasangan yang baik."

Apa yang umi katakan tu semua masih terngiang-ngiang didalam fikiranku. Sebenarnya apa yang istimewa sangat dengan lelaki tu? Apa yang sebenarnya abah nak dari aku ni? Yang abah sibuk nak kahwinkan aku dengan lelaki tu pun dah kenapa. Ehh, aku baru rasa nak maafkan jer abah. Tapi sebab wasiat bodoh tu, benci aku makin membuak-buak!

"Cik Aleesya? Cik Aleesya? Cik, wasiat arwah Tuan Hakim ni belum habis lagi. I still have more things I want you to know." Habis. Habis melayang segala pemikiran aku.

"Ah? Apa lagi? Nak kata apa lagi ni? Dah lah satu perkara ni paling bodoh aku pernah dengar, sekarang nak tambah lagi satu? Saja jer nak menambah kesusahan aku."

"Sebenarnya, arwah nak Cik kahwin dengan Encik Fattah bersebab." Fattah? Tu ker nama mamat yang abah nak sangat kahwinkan aku dengan dia?

"Oh~ jadi nama dia Fattah? Tulah nama lelaki pilihan abah tu? Hmm. Abah ni, dah pergi tu pergi jelah. Nak menambah masalah aku apahal?!"

"Aleesya. Tak baik cakap macam tu. Kesian arwah abah, nak." Eh, perempuan jalang ni. Nak menyampuk hal aku pula. Ada juga yang nak kena hempuk ni.

"Kau apahal? Menyibuk hal orang? Kau nak bela abah? Eleh, sedarlah diri tu sikit. Kau dengan anak kau tu perampas suami umi dan abah aku! Kalau kau tak kacau suami orang, mungkin semua ni tak akan jadi! And lagi satu. Aku tak suka kau panggil aku nak. Aku bukan anak kau pun. And.. aku tak nak kau jadi ibu aku pun! Dasar perempuan perampas!" Perempuan tu pun menangis teresak-esak. Eleh, kau fikir dengan tangisan kau tu boleh buat aku terharu? Menangislah dekat kubur abah. Ni nak menangis depan aku.

"Aleesya. Tolonglah! Umi dah banyak bersabar dengan apa yang Aleesya buat sekarang ni. Tolong jangan macam ni. Aunty Mia bukan perampas! Sebenarnya, umi yang suruh abah khawin dengan aunty Mia sebab.."

"Sebab apa umi?"

"Sebab-" iPhone 6s aku pun berbunyi. Bodohlah! Siapa yang jahanam sangat nak call aku waktu-waktu macam ni? Saja nak kacau aku!

"Hello? Yeah, that's my name. I'm the co-CEO of Hakim Holdings. Why? What? Oh, okay. I'll be there in 30 minutes." Apasal lagi P.A abah ni telefon aku? Adui, serabut betullah kepala aku! Lepas satu, satu masalah datang lagi. Aku terus mengambil sebatang pen untuk menandatangan semua wasiat bodoh tu.

"Encik Johari. Please postpone all this stupid things. I need to go now. I will call you later. Okay? Umi, I need to go. Nanti I will tell Pak Leman to pick you up from this stupid house. See you later and we're not done yet. And you, awak jangan ingat saya dapat terima awak dengan anak awak tu! Ingat tu sampai mati!" Aku mengambil beg tangan Gucci yang aku letak dekat meja makan lalu mengambil kunci kereta dan berlalu pergi.

Sesampai sahaja dekat pejabat, aku melihat ada seorang lelaki yang tengah duduk di dalam pejabatku. Siapa mamat ni? Tak pernah nampak pun lelaki ni selama ni? Takkanlah umi atau siapa-siapa ambil orang ni untuk berkerja? Aku masuk ke pejabat dan melihat lelaki tu menoleh ke arahku.. hmm.. wow! Boleh tahan kacak juga mamat ni. Eleh, tapi muka macam ni mesti anak ikan datin-datin.

"Well, may I know who are you?"

"Assalamualaikum, Cik Aleesya Syuhadah?" Eh, mamat ni. Nak tunjuk alim depan aku konon ustaz ni. Macamlah dia tu alim sangat!

"Hmm~ Waalaikumsalam. Well, who are you? What are you doing at my office?"

"Can you take a sit first? After that, I'll answer all your lovely question." Aish, senyuman dia tu. Boleh cair juga kalau ada minah-minah gedik nampak senyuman dia. Gila anak ikan datin ni.

Isteri Atas KertasWhere stories live. Discover now