Padan lah muka kau, Aleesya. Terlalu sibuk dekat office sampai lupa tentang pembacaan wasiat tu. Eh, bodoh betullah. Semua perkara nak dilupa.
Secret Recipe, KL Times Square.
Selepas aku sampai dekat KL Times Square ni, aku mencari parking sebelum berjumpa dengan Encik Johari dekat Secret Recipe. Well, aku memilih tempat ni pun bukan sebab nak dengar pasal wasiat abah tu, aku sebenarnya nak makan kek dia jer lepas tu nak tengok juga mamat mana ntah yang nama Fattah dan kononnya nak dijodohkan dengan aku ni. Malas ahh nak dengar wasiat dia tu. Lagipun mesti pasal kahwin. And aku taknak kahwin. Lantaklah dengan wasiat abah tu. Suka hati abah jer nak kahwinkan aku dengan mamat nama Fattah tu. Aku mesti yakinkan lelaki tu supaya tak nak kahwin dengan aku. Biarlah dia nak reject aku ke apa, yang penting aku tak kahwin dengan dia. Ehh, sakit hati aku! Ada ker patut abah kahwinkan aku dengan usia aku yang muda ni? Kenapa abah tak suruh jer perempuan jalang tu kahwin baru, jadi taklah menyemak sangat muka dia dekat keluarga aku. Ehh, dia bukan keluarga aku pun. Cuma bekas keluarga jer. Eh, sejak bila kau mengaku tu keluarga kau Aleesya? Aduh, parking ni! Susah betullah nak cari parking masa-masa macam ni! Tulah kau Aleesya. Sepatutnya set lah alarm dekat phone ker, tulis dekat note-note kecil ker. Ini tidak! Macamlah ingatan dia tu kuat sangat! Yes! Parking ni lah aku tunggu. And finally, I got my parking~ Selepas jer aku keluar dekat kereta Vios aku tu, aku terus bergegas masuk ke pintu utama untuk menuju ke Secret Recipe. Sebelum aku sempat masuk, aku terlanggar dengan seorang mamat yang familiar dengan diri aku.
****
Setelah aku berjumpa dengan Aleesya, wow! She's pretty. Comel jer bila dia masuk dekat dalam pejabat dia tadi. Daddy yang suruh aku jumpa dia sebenarnya. Wah, inikah yang dinamakan cinta pandang pertama? Banyaklah dengan cinta pandang pertama kau, Fattah. Berangan jer lebih.
"Well, may I know who are you?" Wow, suara dia pun ayu jer bercakap. Padan betul dengan ciri-ciri wanita idaman aku.
"Assalamualaikum, Cik Aleesya Syuhadah?"
"Hmm~ Waalaikumsalam. Well, who are you? What are you doing at my office?"
"Can't you take a sit first? After that, I'll answer all your lovely question."
"Ehh, suka hati kau pulak nak arah aku. Kau fikir ni pejabat kau ker? Ini pejabat aku. Susah sangatkah nak jawab soalan aku? Aku tak rasa soalan tu susah." Aik, punya main garang wanita ni. Habislah riwayat aku nanti bila dah kahwin dengan dia. Tak bolehlah nak tambah satu lagi T.T HAHA! Kidding jer, dah garang macam ni ada hati lagi aku nak tambah satu. Enough lah satu, itu jer yang aku mampu. Nanti aku tak dapat bahagiakan Aleesya, tak ker aku berdosa nanti.
"Garangnya, Cik Aleesya ni. Tak baik garang-garang. Nanti saya garang balik, tak ker mengandung cik Aleesya nanti?" Aku nak joke sikitlah.
"Wah~ kasar joke awak. Memang awak dah puas tinggal dekat dunia ni? Macam awak nak mati awal jer aku tengok?"
"Eh, taklah sampai nak mati awal. Saya nak juga merasa hidup alam perkahwinan. Kata orang alam perkahwinan ni best shangattt~ Sayang kot kalau tak dapat rasa alam perkahwinan tu!"
"Oi. Kau datang sini, nak apa sebenarnya? Jangan nak buang masa aku, boleh tak? Kau jangan sampai tangan aku ni sampai dekat pipi kau tu. Seminggu kau tak bercakap nanti. Jangan main-main dengan aku. Aku paling pantang orang main-main dengan kalau aku dah serius macam ni." Ya Allah! Garangnya wanita ni. Kalah singa!
YOU ARE READING
Isteri Atas Kertas
RomanceNurul Aleesya Syuhadah Binti Hakim Ahmad ialah seorang anak jutawan terkenal di Malaysia. Suatu hari, ayahnya telah meninggal dunia dan meninggalkan wasiat yang akan membuat seluruh hidupnya berubah 360°. Apakah yang akan terjadi kepada Aleesya? "A...