Monolog [13- Part 1]

2K 30 11
                                    

Fikiran ku masih buntu. Masih tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku, apa yang dimaksudkan oleh mak saudara aku tu. Tiba-tiba Fattah mengejutkan aku dari khayalan ku itu.

"Awak? Eh, apa mak lang tulis tu? Senyap pula awak. Selalunya awak kalau tak gembira, membebel jer mulutnya."

"Ah? Hmm takde apa². Tak payah lah ka baca. Sibuk je hal orang. Ni, aku punya. Kau takde. Pi minta dengan daddy sana kalau nak."

"Nasib tudung, kalau bukan tudung .. I ambil tu.."

"Oh nak ker? Nah ambil lah. Bagi personal assistant kesayangan awak tu. Semalam bukan main kau yer. Nak selfie tu lah. Ni lah. Sampai aku kau sindir².."

"Allah.. jeles ker? Tulah saya dah cakap. Saya bawak awak selfie dengan PA kesayangan saya tu dekat photo booth, awak tak nak. Jual mahal sangat. Lepas tu, sekarang baru nak jeles."

"Oh kesayangan.. baguslah. Lepas bercerai dengan saya nanti, kahwin lah dengan dia. Dia pun macam terhegeh-hegeh juga nak kan kau. Macam tak suka jer aku kahwin dengan kau. Jadi, baguslah tu. Awal-awal dapat pengganti."

"Ah, ah.. mula lah tu nak ungkit-ungkit pasal cerai. Baru jer kahwin kelmarin dah nak cerai. Ingat senang ker saya lafaz perkataan tu? Saya bukan lelaki macam tu yer. Ingat sikit."

"Apa-apalah. Ada aku kesah. Manalah tau, saya ni kan jahat. Kalau boleh dikatakan, memang kurang ajar-"

"Ya, ada sikit.."

"Aku dengar tu. Taulah aku macam tu, kau jelah yang baik." Aku terus berdiri dan menuju ke dapur.

"Eh, takkan merajuk kot? Pandai juga merajuk awak ni kan!"

"Awak ingat saya garang-garang tak pandai merajuk? Saya pun perempuan lah! Dahlah, bagus aku tolong umi masak."

"Eh, siapa nak tolong saya kemas ni? Dahlah sampah sarap dia jer yang banyak."

"Ah, padan muka. Awak kemas sendiri. Saya tak nak tolong awak."

Aku pun terus menuju ke dapur untuk membantu umi masak untuk makan tengahari. Jarang sebenarnya aku bantu umi di dapur. Mungkin hanya 2 kali sebulan. Maklumlah, aku kerja dari pagi hingga ke petang. Kalau lunch confirmlah aku makan dekat luar. Umi jelah yang makan dekat rumah dengan bibik.

"Aik, tak pernah-pernah masuk dekat dapur. Apa mimpi Aleesya ni masuk dekat dapur? Selalunya, kalau tak dekat bilik layan k-pop dia, dekat office lunch dekat luar."

"Umi, umi sepatutnya bersyukur.. Aleesya masuk sini tolong umi. "

"Yelah, umi bersyukur sangat anak dara- eh.. bukan anak dara dah.. hahah"

"Umi tolonglah. Ish, nak masuk bilik lah kalau macam tu.."

"Eh, umi main-main jer. Takkan ambil hati kot.. Tolong umi potong bawang tu. Tu je kan yang kamu tau buat?"

"Ish, umi ni. Jangan lah cakap macam tu.. Nanti mamat kerek dekat luar tu dengar.." Tiba-tiba mamat kerek tu muncul dekat sebelah umi.

"Ah ah.. tak nak saya dengar apa ni? Kenapa saya dengar nama saya kena sebut-sebut ni?"

"Eh. Perasan. Takde orang sebut nama dia."

"Dia sebut nama kamu tadi Fattah. Dia kata dia tak nak umi cakap kuat-kuat yang dia tu tak reti nak masak." What the.. Apa yang umi kata tu buat aku terbeliak mata mendengar semua yang dikatakan kepada Fattah.

"Umi! Apa ni. Manada. Aleesya pandai masakla-"

"Oh tak pandai masak.. nak kena tarik telinga ni.."

"Ah, cuba lah tarik. Aku bagi siku kang. Menyesal nanti."

"Aloloo~ Janganlah, saya tak kesah pun awak tak nak masak. Nak makan dekat luar tiap-tiap hati pun takpe. Saya tak kesah. Asal awak dengan saya. Masak tu bila-bila boleh belajar."

"Wah, sweetnya menantu umi ni. Untunglah kamu Aleesya.. Susah tau dapat laki macam Fattah ni.."

Aku memandang tajam tepat ke arah matanya. Nak saje aku korek-korek biji mata dia tu baru buang dekat sampah. Tanpa membuang masa, aku pun mula membuat kerja yang di beri oleh umi. Dengan bantuan mamat kerek tu. Sambil sibuk-sibuk kupas bawang tu, tiba-tiba aku boleh pulak ternampak cara Fattah potong bawang tu. Ya Allah, kenapa lah aku tak pandai macam tu? Potong bawang pun dia dah pro, mesti masak pun pandai mamat kerek ni.

"Pandai potong bawang.."

"Bolehlah, kampung-kampung jer."

"Apa kampungnya ni Fattah? Cantik jer, tersusun jer semuanya. Bukan macam Aleesya comot ni. Dia tau kupas bawang jer. Cuba suruh dia potong bawang tu. Ah, alamatnya memang bawang tu berpetak-petak lah."

"Yelah umi. Semualah salah Aleesya. Alessya jelah yang bodoh. Semua pun tak pandai. Kenapa tak suruh jer menantu kesayangan umi ni masak?" Aku pun terus berhenti dan membasuh tangan dekat sinki. Tak tau kenapa aku lain mood semacam. Mood orang lepas kahwin kot. Penat lagi ni. Baju kahwin pun masih tergantung lagi dekat pintu. Selepas aku membasuh tangan, aku pun naik ke dalam bilik. Malas nak dengar bebelan umi yang asyik nak salahkan aku tak pandai nak buat kerja. Ahhhhh! Kalau lah aku tak cuti, confirm dapat lepaskan semua stress ni dekat office. Saya lagi sanggup duduk lama-lama dkt office ni dari tinggal dekat rumah ni.. Stress tau tak?!

Aku pun menyambung tidur sebab malam semalam punya penat belum hilang lagi. Petang sajalah aku kemas barang-barang yang aku guna untuk nikah kelmarin. Baru saja ingin melelapkan mata, aku terdengar pintu bilik tersebut dibuka oleh seseorang.

"Aleesya?" Aku tak menyahut panggilannya.

"Alessya? Tidur ker?"

"Tak. Tengah masak ni. Tak nampak?"

"Awak, kenapa ni? Pelik semacam jer. Selalu tak pernah nak merajuk-rajuk. Selalu macam saya jer yang merajuk, tak pernah nampak awak macam ni."

"Kau apa tahu? Kau bukannya perempuan." Tanpa menghadap mukanya langsung.

"Oh ya. Saya lupa. Isteri saya ni period rupanya. Patutlah perangai dia lain macam betul hari ni."

"Kan saya dah kata."

"Hmm, rehatlah. Saya tau awak masih penat. Tapi jangan lupa bangun makan tengahari nanti. Umi dengan saya masak sedap-sedap tau."

"Awak makan jelah sorang. Saya malas nak makan. Tiada mood."

"Hmm, yelah. Nanti lapar turun juga tu. Have a good nap, sweety. Rest ya. Jangan nak main phone pulak."

"Ish. Keluar tutup pintu." Dia pun berlalu pergi.

Selepas dia keluar dari bilik, aku pun cuba untuk melelapkan mata. Nampaknya tak berkesan. Tiada langsung rasa nak melelapkan mata. Penat memang penat. Entah kenapa tadi terasa betul nak tidur, tapi lepas dah berbaring dekat katil tak jadi pulak nak tidur. Aku pun mula bermonolog sendirian.

Betul ker dengan apa yang aku buat ni? Betul ker dengan pilihan yang aku pilih ni? Kenapa tak bulan-bulan lalu tu aku tolak saja lamaran Fattah tu? Kenapa abah buat aku macam ni? Ya allah. Sesungguhnya aku tak sanggup buat lelaki tu menderita untuk hidup bersama ku. Tak pernah pun terdetik di hati ini untuk menjadi seorang yang derhaka. Apalagi apabila sudah bergelar seorang isteri. Aku juga ingin menjadi seorang isteri yang baik, yang dapat menyayangi dan disayangi antara satu dengan yang lain bersama suami tercinta. Tapi Fattah? Dia bukan pilihan aku. Dia bukan pilihan hati aku. Malah bukan juga pilihan hidup ini untuk hidup bersamanya sehingga ke akhir ayat. Fattah pilihan abah aku. Tapi kenapa aku yang kena menderita dan harus laluinya bersendirian? Apakah perjanjian itu salah? Apakah perjanjian untuk kahwin lepas tu bercerai dengan begitu saja itu juga salah? Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Patutkah aku lupakan perjanjian itu dan cuba membuka hati ini untuk mencintai suami ku itu?

I'm back, readers! Sorry pendek sebab dia ada part yang kedua selepas ini. Thanks for reading Isteri Atas Kertas and please show some support on lokal stories dengan read, vote, comment and letakkannya dekat reading list awak semua! Thankyou! Oh yer, jangan lupa support satu lagi cerita baru saya "Love, Insyirah!" ya! Okay. Selamat Hari Raya Aidilfitri♡ Maaf Zahir dan Batin yaa!

Isteri Atas KertasWhere stories live. Discover now