Isteri Atas Kertas [6-Part 2]

5.1K 101 7
                                    

Sudah sebulan selepas aku bertunang dengan Fattah, akhirnya aku dengan Fattah akan nenikah dalam masa beberapa minit lagi. Eleh ingatkan dengan syarat aku, tu dia boleh menolak untuk berkahwin dengan aku. Rupanya, dia dah hantar orang untuk naik meminang selepas dari tu. Jadi that's mean syarat aku tu tak menjadi lah! Syarat tu akau rasa syarat yang paling susah dah. Tapi aku hairan kenapa dia masih terima juga. Aish, takpa Aleesya. 5 months tu tak lama. Lagipun aku boleh jer berlakon depan keluarga dia. Eleh, dia pun pandai berlakon apa? Tipu aku pasal nama dia. Keluarga dia. Diri dia. Ehh, semualah! Adui, apahal pulak aku yang gementar ni. Buat apa aku nak gementar? Kan aku dah bagi syarat dengan Fattah yang dia tak boleh sentuh aku. So, no touching-touching okay!

"Aleesya! Pengantin lelaki dah sampai! Cepat-cepat!" Umi pun masuk ke dalam bilik pengantin milik aku. Cantik umi hias bilik ni. Favourite colour; white.

"Oh ya? Hmm." Tak ada rasa happy pun dalam diri ni.

"Aleesya kenapa macam tak suka jer?"

"Memang Aleesya tak suka pun. Tapi nak buat macam mana kan? Wasiat~ Tak boleh nak bantah. Mesti kahwin~ Blablabla.."

"Aleesya, anak umi ni dah nak jadi isteri orang kejap lagi. Tolonglah ubah perangai tu sikit, sayang. Baik-baiklah dengan Fattah tu. Lepas ni jadi suami Aleesya dah. Jadilah isteri yang baik.. solehah. Yang dapat membahagiakan sua-"

"Enough, umi. I don't want to hear anything about that. Sakit telinga."

"Hmm, okay. Okay, cepat. Dah siapkan? Ayuh turun. Mereka dah sampai." Lalu umi pun memimpin aku turun dari tangga rumah aku tu.

Sewaktu aku turun, aku melihat Fattah dah bersiap sedia duduk berhadapan dengan Tok Kadi. Nampak hensem juga dia pakai baju melayu tu. Eh, enough ALEESYA! Ahh, gila! Sewaktu aku sudah sampai dekat bawah, aku duduk bersama umi dan adik Fattah, Farhana. Tapi, dari gaya minah kerek ni pun macam dia tak nak jer aku ni jadi kakak ipar dia. Samalah dengan abang dia tu, dua-dua kerek. Eh, aku tak ada hati pun nak kahwin dengan abang kau. Kalau tak sebab wasiat tu, eww sorrylah!

"Baiklah, boleh saya mulakan majlis akad nikah ni?" Kadi melihat kepada saksi-saksi untuk perkahwinan kami.

"Ada sebarang bantahan? Pihak pengantin lelaki?"

"Tiadaaa bantahan.."

"Pihak perempuan? Mana lah tahu pihak pengantin perempuan kita tak nak kahwinkan anak dara mereka ni."

"Tiadaa.."

"Okay, boleh saya mulakan Encik Fattah?" Fattah hanya mengangguk setuju. Eh, laju pulak dia mengangguk. Ish.

"Baiklah saya mulakan majlis kita pada pagi ni. Abdul Fattah Bin Mohd. Amin. Aku nikah akan dikau dengan Nurul Aleesya Syuhadah Binti Hakim Ahmad dengan berwalikan aku, dengan mas kahwin seperangkat alat solat di bayar tunai."

"Saya terima nikahnya Nur.." Tok Kadi hanya melihat hairan dengan Fattah. Wow! Dia dah tukar fikiran ker? Good job, Fattah!

"Boleh saya ulang kembali? Maafkan saya. Sedikit gementar." Semua orang terkekeh ketawa dengan joke Fattah. Pandailah awak buat joke bodoh tu.

"Baiklah, aku nikah akan dikau dengan Nurul Aleesya Syuhadah Binti Hakim Ahmad dengan berwalikan aku, dengan mas kahwin seperangkat alat solat dibayar tunai."

"Saya terima nikahnya, Nurul Alessya Syuhadah Binti Hakim Ahmad dengan mas kahwin seperangkat alat solat di bayar tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Alhamdulillah." Lalu kami pun mengangkat tangan untuk berdoa.

Akhirnya, aku sah menjadi isteri untuk mamat kerek ni. So, bermulalah kiraan aku untuk 5 bulan seterusnya. Hurry up, 5 months! Aku nak bercerai dengan dia ni cepat-cepat. Selepas tu, Fattah datang menghampiriku untuk menyarungkan cincin ke jariku. Maigad. This isn't true, right?? Aku dah kahwin ker ni? Lalu dia pun mencium dahiku.

"Yeay! Dah jadi milik saya!"

"Oi. Diamlah." Aku berbisik dengan dia sebab apa yang dia cakap tu telah menjadi bahan lawak untuk tetamu. Adui, baru kahwin dah malukan aku. Malunyaaa~

****

Hello guys! Double update special for you. But you know.. pendek sangat. I'm too busy right now with homeworks tapi saya dah janjikan nak buat double update. Janji tetap janji. Tapi it's okay.. bila dah hilang busy ni, boleh lah buat triple update maybe? Hahah! So, Aleesya dengan Fattah dah khawin. Apa akan jadi seterusnya? Stay tune for another new chapter soon! Thank you!

Isteri Atas KertasWhere stories live. Discover now