Isteri Atas Kertas [6-Part 1]

5.3K 88 0
                                    

"Ya, Cik Aleesya tahu semua ni. Tetapi mungkin dia tak tahu pasal Encik Fattah lagi. Sebab saya belum bagitahu details pasal encik." Selepas jer Encik Johari menghabiskan dialog dia tu, aku melihat ada seorang wanita yang keras membatu di hadapan pintu masuk Secret Recipe ni.

****

Eh, malang betul lah. Asyik-asyik jumpa mamat kerek tu. Boleh-boleh pulak aku terlanggar dengan mamat kerek gatal ni. Aku pun terus menuju ke Secret Recipe tetapi sebelum aku tiba di restoran tu, aku melihat kedai Victoria Secret yang wow! Super sexy lingerie dia! Hmm, kalaulah aku ada boyfriend atau laki kan bagus. Bolehlah aku beli ni terus. Tapi, apalah sangat nak guna lingerie ni. Kalau dah memang sexy, tak payah nak pakai tu pun boleh. Sebab kalau kau pakai pun, akhirnya kau cabut jugakan? Okay enough with your pervert mind, Aleesya. Aku pun kembali menuju ke Secret Recipe untuk berjumpa dengan Encik Johari.

Setiba sahaja aku dekat pintu masuk Secret Recipe tu, aku melihat ada seorang jejaka yang duduk dekat Encik Johari. Dia ker lelaki yang nama Fattah tu? Wait the minute. Kenapa aku tengok macam aku kenal jer dia ni? What the hell! Itu kan Amin! Yang dia duduk dekat situ apahal? Atau jangan-jangan dia tu..

"Oi. Apa yang kau buat dekat sini? Kau ni asyik-asyik nak kacau aku kan."

"Eleh, siapa kacau awak? Saya memang datang sini nak jumpa Encik Johari."

"Eh bawa bertenang, Cik Aleesya.. Ya memang betul saya yang panggil Encik Fattah untuk kenalkan Cik Aleesya dengan dia. Kan dia bakal suami Cik Aleesya."

Masa ku seakan terhenti apabila terdengar apa yang Encik Johari jelaskan kepada aku sebentar tadi. What the hell is this?! Amin tu FATTAH? Lelaki yang nak dikahwinkan dengan aku ni ialah Amin??? Fattah tu Amin?? Eh apa semua ni???

"Encik Johari jangan nak main-main dengan saya. Betul-betullah, jangan mainkan saya macam ni."

"Tak Cik. Saya tak tipu Cik. Encik ni memang Encik Fattah."

"Well, terkejut ker Cik Aleesya Syuhadah yang saya ni sebenarnya Fattah.. bakal suami awak??" Ya Allah. Geramnya aku melihat muka dia yang serupa beruk tu.

"So, kau lah Fattah? Wow, good actor lah awak ni kan. Pandai sangat nak tipu orang. Fuck you."

"Eh, tak boleh cakap macam tu sayang. Tak baik tau."

"Pi matilah dengan sayang kau."

"Okay enough both of you. Cik Aleesya dan Encik Fattah dapat bertengkar selepas ni. Yang lagi penting sekarang ni, saya nak sampaikan wasiat arwah."

Selepas melihat Encik Johari mula penat dengan pergaduhan kami, aku pun duduk lalu kami pun membincangkan hal-hal wasiat abah.

****

"After wasiat ni siap di tandatangan, Cik Aleesya dan Encik Fattah harus kahwin dengan segera."

"Okay, saya boleh terima kahwin dengan mamat kerek ni.. but tak bolehlah terima macam tu jer. Mestilah ada syaratnya."

"Syarat?"

"Yer, syarat. Saya boleh kahwin dengan dia, tapi dengan syarat hanya 5 bulan. So, that's mean saya ni cuma isteri atas kertas dia sajer. And-"

"-awak fikir kahwin ni macam main guli ker? Even main guli pun susah juga! Awak-"

"Kau diam. Aku tak cakap dengan kau. Aku cakap dengan Encik Johari. So I'll continue. Selama 5 bulan tu juga, dia ni langsung tak boleh sentuh saya. Sikit pun. And, aku taknak tinggal dengan dia. That's mean dia ni tak boleh bawa saya pindah pergi mana-mana. Saya nak tinggal dekat rumah saya sendiri."

"Eh awak. Awak tak boleh sesuka hati nak buat syarat macam tu. Tau tak syarat awak tu dah melanggar tanggungjawab saya sebagai suami nanti? Awak ingat awak yang tanggung semua dosa tu? Saya-"

"Awak diam!" Semua orang dekat Secret Recipe tu terkejut melihat kami bertiga.

"Eh, awak fikir aku nak kahwin dengan kau sangat ker? Kalau tak sebab wasiat abah ni, sorrylah aku nak kahwin dengan kau!"

"Saya tahu.. tapi awak tak boleh nak sesuka hati buat syarat yang tak masuk akal! Semua syarat awak tu teruk!"

"Eh, aku kahwin dengan kau sebab nak fulfill hajat abah aku. Lepas jer aku tunaikan hajat dia tu, kita cerailah. Bukan susahkan?"

"Susah nak cakap dengan wanita macam awak, Cik Aleesya. Okay, I accept all the rules that you give to me. Tapi awak tunggulah, saya akan berusaha pikat awak sampai dapat!"

Eleh, macamlah dia dapat pikat aku dalam masa 5 bulan tu. Sorrylah. Aku takkan termakan janji manis kau tu. Sikit pun tak! Selepas dari tu, aku pun pulang untuk berehat. Ah, macam-macam betul jadi hari ni. Penatnya. Tapi sebelun aku masuk ke kereta, tangan aku di pegang oleh seseorang.

"Aleesya.."

****

Gilalah syarat Aleesya ni! Kahwin sebab nak fulfil hajat abah dia jer? Dia ingat saya ni apa? Lelaki dayus? Senang-senang jer ceraikan isteri sendiri sebab benda yang langsung tak munasabah? Eh ni dah melampau. Aku terus mengejar Aleesya dekat parking untuk bercakap tentang syarat dia tu.

"Aleesya.. aku ada benda nak cakap dengan kau."

"Oi! Apa main pegang-pegang ni? Tau tak benda tu haram?"

"Ala, tu awak fikir pula kalau haram. Jadi yang awak tak pakai tudung tu?"

"Eh, kau diamlah. Jangan nak jadi ustaz dekat sini. Suka hati aku lah nak bertudung ker tidak, hidup aku.. dosa aku. Bukan dosa kau kan?"

"Tapi bila dah kahwin, semua tu jadi dosa saya tau tak."

"Oi. Kau tak payah nak ceramah aku. Kau nak cakap apa? Cakaplah!"

"Ok fine. Aku just nak cakap, boleh tak ubah syarat tu? Awak gila ker? Syarat awak semua tu memang tak masuk akal! Saya tak terima syarat tu!"

"Kau nak aku ubah apa lagi? Eh, sorry. Tapi apa yang dah keluar dari mulut aku, aku taknak tarik balik. Awak terima jelah. Okay, tu jer kan? Saya nak balik."

"Eh, tunggu! Aleesya, tunggu! Aish.."

Isteri Atas KertasWhere stories live. Discover now