Perempuan Cantik [5-Part 1]

5.4K 102 4
                                    

****

"Fattah, daddy nak kamu kahwin bulan ni." Ayat ni masih bermain didalam fikiranku. Kahwin? Daddy ni dah buang tebiat ker apa? Kang Fattah ada sakit jantung, tak ker mati Fattah dekat rumah ni. Dahlah aku ni pantang kalau lawan cakap daddy. Tak boleh nak bantah. Tapi kenapa daddy nak aku kahwin awal ni? Mentang-mentanglah aku ni satu-satunya anak lelaki tunggal dekat keluarga ni, takkanlah daddy dah nak buang aku kot?

"Tapi daddy, daddy tak fikir ker yang Fattah ni muda lagi? Macam awkward lah pulak kalau kahwin awal ni. And then, Fattah pun belum ada calon lagi. Takkanlah... daddy dah carikan untuk Fattah?!"

"Muda Fattah kata?? Muda?! Fattah tu dah nak masuk 27 tahun ni! Tu bukan dah muda lagi, dah nak masuk bujang lapok dah. Bujang lapok, Fattah. B.U.J.A.N.G.L.A.P.O.K. Kawan-kawan Fattah pun dah ada yang ada anak. Berderet-deret lagi anak mereka. Ada yang boleh buat pasukan bola sepak dah. Fattah takkanlah takda keinginan nak kahwin. Atau jangan-jangan.. anak daddy ni... tak mungkin"

"Eh! Manalah sampai ke situ pulak daddy! Ish, daddy ni! Fattah masih ada keinginan nak kahwinlah, cuma jodoh tu belum sampai lagi. Ada ker cakap anak daddy ni bukan-bukan. Ehh, minta dijauhkan."

"Tu sebab daddy nak sampaikan jodoh Fattah tu.. Fattah, daddy pun nak merasa menimang cucu sendiri. Asyik-asyik pegang cucu orang, tak bestlah! Nak juga menimang darah daging sendiri. Jeles betul daddy bila kawan-kawan daddy dah ada yang jadi atuk. Umur daddy pun memang dah ngam jadi atuk dah. Dahlah anak daddy ada dua jer. Kamu dengan adik kamu, Farhana. Tapi Farhana pun sekarang tengah busy dengan Uni dia. Pulang pun jarang sangat Ana tu. Busy mengalahkan orang yang bekerja. Lepas tu, takkanlah pula daddy nak suruh Farhana kahwin dulu dari kamu? Nanti orang kata kamu ni bujang tak laku, baru tahu! Then, mumy pun dah lama meninggal dunia. Rindu.Takkanlah Fattah tak kasihan dengan daddy ni? Daddy sunyi. "

"Ala daddy ni. Tulah Fattah dah kata. Sepatutnya, daddy yang kahwin.. bukannya Fattah. Jadi ada juga yang tolong tengok-tengokkan daddy nanti."

"Ish, apa kamu merepek ni? Orang suruh dia kahwin, dia pulak sibuk nak kahwinkan kita. Daddy tak nak dengar apa-apa, daddy nak Fattah kahwin juga bulan ni. Daddy dah jumpa calon sesuai untuk kamu."

"Siapa juga calon yang daddy nak kahwinkan dengan Fattah ni?"

"Nurul Aleesya Syuhadah Binti Hakim. Anak arwah uncle Hakim yang CEO Hakim Holding tu. Anak dia cantik.. baik.. sesuai untuk Fattah."

"Aleesya?"

"Yer Aleesya. Kamu belum pernah jumpa ker? Sebenarnya, dah lama daddy nak kahwinkan anak jantan daddy yang sorang ni dengan anak arwah uncle Hakim, belum Alessya tu lahir lagi daddy dia nak kahwinkan dengan kamu. Lepas tu-"

"Lepas tu apa daddy?"

"Eh, sabarlah dulu. Mentang-mentang orang nak kahwinkan dia, tak sabar-sabar pulak nak dengar tentang bakal isteri dia sampai potong cakap daddy. Lepastu, kami pun bercadanglah bila kamu dua besar nanti kami nak kahwinkan anak kami. Nak jadi besanlah macam tu. Tapi malangnya daddynya si Aleesya tu meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya baru-baru ni. Sebab tulah daddy nak tunaikan hasrat arwah uncle Hakim pasal perkahwinan kamu dua ni."

"Hmm.."

"Nanti kamu jumpalah si Aleesya tu dekat Hakim Holdings.Tapi kamu jangan nak mengaku dulu yang kamu tu Fattah, bakal suami dia. Biarlah wasiat daddy dia dulu ceritakan semua. Nanti dia tahu tentang kamu, and then dia tak berminat, HAHA! Last-last dia taknak kahwin dengan kamu. HAHA! baru kamu tahu membujang sampai ke tua."

"Eleh, daddy ni. Macam lah dia tu satu-satunya wanita yang ada dekat dunia ni. Kalau Fattah petik jari, 10 yang datang tau! Berderet-deret lagi."

"10 yang datang tau~ Jangan nak perasanlah, Fattah. Kalau dari dulu petik jari, 10 yang datang.. kenapa dari dulu tak pandai nak kahwin?? Banyak cakap sangat kamu ni."

"Yelah daddy. Ikut suka daddylah. Fattah ikut jer semua yang daddy cakap. Kalau Fattah bantah pun, memang tak ada sudahnya kan? Okay, nanti Fattah jumpa 'perempuan cantik' yang nama dia Aleesya tu. Sekarang, Fattah nak naik tidur dulu. Satu hari ni daddy dera Fattah buat kerja banyak dekat office tu. Dah nak patah segala tulang belakang Fattah ni. Good night, daddy!"

****

Another busy day at Hakim Holdings. Hmm, susah juga jadi CEO ni. Ingatkan boleh duduk-duduk goyang kaki macam bos. Rupanya, jadi CEO ni lagi busy dari orang yang kerja sebagai kerani. Well, kau juga yang tandatangan wasiat tu kan. Padanlah dengan muka kau, Aleesya. Eh, cakap pasal wasiat. Kenapa aku rasa macam ada jer yang aku lupa ah? OMG! Aku lupa yang aku ada temu janji dengan Encik Johari petang ni! Jam berapa sekarang ni? Alamak, dah pukul 3 petang. Aku janji dia 2.30 petang. Mesti dia dah tunggu lama ni. Ehh, aku harus bergegas ke sana ni. Setiba sahaja aku dekat kereta Vios aku, peguam tu tiba-tiba call aku. Aduh!

"Hello Encik Johari. I'm on the way to your place. I'm so sorry. Saya betul-betul lupa tentang wasiat tu. Okay-okay, I'll be there in 20-25 minutes. Okay, thank you."

Padan lah muka kau, Aleesya. Terlalu sibuk dekat office sampai lupa tentang pembacaan wasiat tu. Eh, bodoh betullah. Semua perkara nak dilupa.

Hello guys! Cerita ni pendek kan? I'm so sorry guys! Ini jer idea yang sempat saya taip. 906 words jer dapat update sebab chapter yang ni akan ada part yang seterusnya. Kalau ada typo tu, harap dimaafkan lah. Haha :D So, stay tuned for another update later! -Tasha♥

Isteri Atas KertasWhere stories live. Discover now