Our Wedding.

6.3K 83 2
                                    

"Yeay! Dah jadi milik saya!"

"Oi. Diamlah." Aku berbisik dengan dia sebab apa yang dia cakap tu telah menjadi bahan lawak untuk tetamu. Adui, baru kahwin dah malukan aku. Malunyaaa~

****

Selepas acara akad nikah tu habis, kami pun menjemput para tetamu yang hadir untuk menjamu selera. Aku? Mestilah lapar, tapi nak buat macam mana? Umi suruh aku dengan Fattah untuk bertemu sapa dengan tetamu yang hadir tu dulu baru makan. Aish, dahlah ada muka-muka orang yang aku tak kenal dekat sini ni. Mestilah kau tak kenal Aleesya oii. Ni semuakan ahli keluarga Fattah. Keluarga kau ada nak datang? Kalau setakat Bibik Lastri, Umi dengan family sebelah abah yang seciput jer datang, masih tak boleh nak lawan keluarga si Fattah ni. Satu kampung kot! Bahagian umi? Satu pun tak datang. Even Tok Wan pun tak datang. Ya Allah, sedihnya aku. Orang yang aku paling sayang pun dah bencikan aku sampai taknak tengok cucu dia kahwin. It's okay, Aleesya. Kahwin jer pun. Lagipun kahwin aku ni bukannya bertahan lama pun. 5 bulan jer. Sewaktu aku bercerita dengan Aunty Lang iaitu adik kepada abah Fattah, tiba-tiba tangan aku di tarik lembut oleh Fattah.

"Kau nak apa main tarik-tarik tangan aku ni ah?" Bisikku ke telinganya.

"Awak sinilah kejap, saya nak kenalkan awak dengan bestfriend saya."

"Kau tak nampak ker aku tengah berbual dengan makcik kau ni? Eh, kau suka sangat cari pasal dengan aku kan." Bisikku lagi sambil tersengih dengan Aunty Lang yang hairan dengan gelagat kami berdua.

"Aunty Lang, boleh tak pinjam isteri kesayangan Fattah ni jap? Kejap jer. Nanti Fattah kembalikan balik." Eleh, tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Ala, Fattah ni. Aunty Lang baru nak berbual dengan Aleesya. Malam nanti boleh lah Fattah pinjam. Sekarang aunty nak pinjam dulu. Haha." Aik, ingat aku barang ker nak pinjam sana pinjam sini?

"Malam nanti tu cerita lain, aunty? Kan sayang? Fattah janji Fattah kembalikan balik. Just nak kenalkan Aleesya dengan kawan Fattah jer. Kejap jer." Ish. Mamat gatal. Kau jangan nak sengih lebih dekat sana. Tumbuk mata tu 'karang baru tau!

"Haha. Aunty main-main jelah. Pinjam jelah, nak ambil terus pun boleh. Haha." Eh, orang tua ni. Dia nak ambil macam mana? Memang dah milik dia. Aku pun dengan sakit hati ikut jer cakap mamat kerek ni. Entah dia nak bawa aku pergi mana.

"Selamat Pengantin Baru, Nurul Alessya Syuhadah Binti Hakim." Kenapa aku macam kenal jer suara perempuan ni?

"Siapa kau?" Kenapa aku macam cam jer muka dia ni ah?

"Aik, dah tak ingat saya dah? Sahara Zulkifli. Rasanya baru 6-7 tahun kita tak jumpa. Takkan dah lupa?" Dunia aku terasa semakin gelap teringatkan masa lalu ku dengan perempuan ni. Kisah lama giat berputar di dalam kepalaku.

"Sayang, ni bestfriend merangkap best P.A abang dekat pejabat tu. Sayang kenal ker?"

"Oh, wow! Nor Sahara Zulina Binti Zulkifli. Long time no see, girl. Oh yeker, abang? Bestfriend merangkap P.A awak? Good. Hmm. Good choice. Mestilah kenal, kenal sangat!" Senyum sinis aku lemparkan ke muka bitch ni. Eleh kau Fattah. Buat-buat muka terkejutlah pulak sebab aku panggil dia abang. Eww, tak ingin okay nak panggil kau abang. EWW!

"Nah, saya ada bawakan hadiah untuk awak berdua. Perlahan-lahan tau. Mahal tu. Again, selamat pengantin baru, Aleesya and bos saya yang kacak sorang ni!"

Isteri Atas KertasWhere stories live. Discover now