Bab 6

7K 114 1
                                    

Gambar

- Syamira -

Ketika sinar mentari menerangi alam, pengantin baharu bersiap-siap untuk ke Port Dickson. Mereka bertolak seawal tujuh pagi lagi supaya perjalanan menjadi lancar. Bagi membiasakan diri apabila tinggal berdua di rumah, mereka pun keluar rumah untuk bersiar-siar. Ahmad Ilman yang merancang untuk ke sana. Dia mempunyai agenda tersendiri. Nura Afyna yang mengetahui pada waktu pagi semasa menunaikan solat subuh turut terkejut dengan perancangan suaminya yang tidak dipersetujui bersama. Mereka pergi ke rumah mertua, bersalaman dengan kaum keluarga yang ada.

"Abang tunggu dalam kereta ya sayang" laung Ahmad Ilman apabila isterinya masih bersalaman dengan keluarga.

"Ok, Ilman" spontan isterinya menjawab.

"Fyna panggil suami dengan panggilan namanya?" Puan Mahirah menegur anaknya dengan nada yang perlahan.

"Yamak"

"Fyna kena panggil suami dengan panggilan yang menggembirakan dia" lembut emaknya menasihatinya.

"Dia okey je mak"

"Memang nampak okey tapi dalam hati? Kita tak tahu"

"Yalah mak, in shaa Allah Fyna cuba" dia lantas memeluk emaknya.

Dalam perjalanan menuju ke destinasi, mereka diam seribu bahasa. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Nura Afyna yang rasa kesunyian menekan punat yang berbentuk bulat untuk memasang radio. Ahmad Ilman mendengar bunyi yang hadirnya dari getaranspeaker radio. Dia berasa tercabar kerana isterinya menyentuh barangnya tanpa kebenaran daripadanya.

"Fyna takde hak nak pegang barang-barang saya" marahnya. Isterinya terkejut lantas memarahinya pula.

"Fyna ada hak, Fyna kan isteri Ilman. Ilman lupa ke?" bentak isterinya.

Pertelingkahan menjadi tegang diantara mereka. Masing-masing tak mahu mengalah. Radio terusdimatikanoleh Nura Afyna. Dia terus menarik mukanya menghadap ke tingkap di sebelahnya. Tiba-tiba ada seekor anjing melintas jalan. Brek kecemasan lantas ditarik Ahmad Ilman. Kedua-duanya terlantun kehadapan. Nasib baik tiada sesiapa yang tercedera. Anjing itu pun tidak mengalami apa-apa kecederaan lantas melarikan diri ke semak samun bersebelahan jalan raya besar.

"Sayang tak apa-apa ke?" soal Ahamd Ilman kepada isterinya sambil mengusap kepala isterinya.

"Fyna okay je, Fyna minta maaf ye" balas isterinya. Ilman mengangguk lantas berkata kepada isterinya.

"Abang pun nak minta maaf, salah abang juga sebab marah-marah Fyna"

Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, Nura Afyna memegang lengan suaminya supaya tak memarahinya lagi. Mereka kembali ceria dan memasang radio. Tanpa disedari rupa-rupanya mereka telah sampai ke destinasi yang ditujui. Ahmad Ilman mengeluarkan tikar manakala Nura Afyna membawa keluar bekalan untuk dimakan bersama. Mereka berkelah di bawah sebuah pokok yang rendang dan redup.

"Sayang, kita nak honeymoon kat mana? Abang cadang kita pergi ke Cameron Highlands" Ahmad Ilman mula berbicara apabila mereka sudah duduk di atas tikar.

"Fyna tak kisah, dekat mana-mana pun Fyna ikut. Lagipun Fyna tak pernah survey dalam internet, destinasi mana yang paling terbaik untuk melancong" jawabnya.

Ketika mereka menikmati roti sandwich yang pertama kalinya dibuat oleh Nura Afyna untuk suaminya, mereka berpeluang menyaksikan keindahan alam di kala matahari semakin naik menerangi alam semesta.

Sungguh, Tulus MenyayangimuWhere stories live. Discover now